#RoadtoMelbourne All about continuing study in tertiary education in Australia

Oleh kerana aku kerap menerima soalan yang sama dari pembaca dan follower aku di Instagram berkaitan dengan cara dan bagaimana untuk sambung belajar di peringkat universiti di Australia, maka aku dedikasikan satu page khas untuk capaian yang lebih mudah.

Sebenarnya aku sudah dokumentasikan perjalanan aku dan keluarga sambung belajar di Australia di dalam blog ini dengan tema #RoadtoMelbourne. 

Ada 9 episod keseluruhannya dan diletak di bawah label #roadtoMelbourne. Kalau anda gunakan butang"search"  di sebelah atas blog ini, taipkan sahaja #roadtoMelbourne, akan keluarlah semua post-post berkaitan dengan topik ini. 

Cara lain untuk akses post berkaitan sambung belajar di Australia di blog ini adalah dengan menggunakan butang "Search Your Topics" yang berada di bawah blog description, dan click pada label yang bernama #roadtoMelbourne.

9 episod #roadtoMelbourne ini aku kira agak lengkap juga sebagai panduan untuk yang ingin tahu cara bagaimana untuk sambung belajar di universiti di Australia. Bermula dengan episod 1 berkaitan cara aku apply universiti, diikuti dengan proses-proses yang terlibat, persediaan yang perlu dibuat sehinggalah akhirnya tiba di Australia. 

Untuk memudahkan semua, aku tampal juga link post-post yang dimaksudkan di sini:

1. Tentang cara dan bagaimana untuk memohon sambung belajar peringkat universiti di Australia

Episod 1: Application to study Master 

2. Tentang menunggu tawaran dari universiti. Apakah expectation dan perasaannya ketika itu? Jenis-jenis tawaran (offer) yang bakal diterima dari universiti, perbezaan diantara conditional dan unconditional offer, strategi untuk "defer offer" ke semester yang berikutnya dan mengapa deferral of offer boleh jadi satu pilihan yang baik. 

Episod 2: Offer dari universiti

Episod 3: Conditional offer, deferral of offer, unconditional offer

Tentang cabaran dan halangan untuk menerima tawaran belajar dari universiti dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum dapat accept the unconditional offer dan terima COE (certificate of enrolment)

Episod 4: Cabaran untuk menerima tawaran universiti (accepting offer)

Tentang COE (Certificate of Enrolment) dan Visa requirement. Syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum dibenarkan submit student visa application. 

Episod 5: COE dan Visa requirement. Apa kah itu?

Tentang urusan-urusan rasmi yang perlu dipenuhi seperti mendapatkan rekod pergerakan keluar masuk negara, menterjemah dokumen-dokumen rasmi yang berbahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris, dan mendapatkan salinan pengesahan (certified copy) dokumen-dokumen salinan.  

Episod 6: Rekod pergerakan keluar masuk

Episod 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dll

Tentang mengurus persekolahan anak di Australia.

Episod 8: Urusan persekolahan Juwita di Melbourne

Tentang proses student visa application dan medical check-ups. Kemudian fasa menunggu lagi. 

Episod 9: Memohon student visa dan medical check-ups

Rewind and reflect. Akhirnya kami sekeluarga tiba di Melbourne. Aku telah memulakan sesi pertama pembelajaran, anak sudah memulakan persekolahan, suami sudah mula bekerja. Semester pertama, tahun pertama, kami masih cuba untuk settle down dan adapt dengan dunia baru ini.

Final episod: catch-up dan follow up

Kerana ramai yang bertanya, maka dibuat satu post khas bercerita tentang scholarship, award, loan, tajaan, dan segalanya yang berkaitan dengannya

Episod khas: scholarship, tajaan, loan, dan segala yang berkaitan dengannya


Semoga perkongsian aku ini bermanfaat dan memeberi inspirasi kepada orang lain di luar sana untuk mengejar impian dalam bidang akademik. 


Untuk makluman aku telahpun graduate pada 12 December 2018. Hampir 3 tahun sudah berlalu. 

Selepas aku grad, kami masih menetap di Melbourne dan bekerja disini. Kadang-kala aku masih menggigihkan diri mendokumentasikan sedikit sebanyak kehidupan kami di sini. Terima kasih kepada yang masih setia membaca. Entah apa lah yang kalian tunggu di blog tak seberapa ku ini, haha.

Semoga kalian terhibur dan mendapat manfaat darinya. 


Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku