Road to Melbourne. Episode 8: Urusan persekolahan Juwita di Melbourne

#RoadtoMelbourne.
Episode 8: Urusan persekolahan Juwita di Melbourne

Permohonan mendaftarkan Juwita ke Victorian Government School

Sebenarnya, bila aku inform IDP yang kami akan pergi sekeluarga, terus mereka tanya detail tentang Juwita. Ini kerana, mengikut undang-undang Victoria, kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas wajib masuk ke sekolah. Tidak ada pengecualian. Disebabkan Juwita berumur 8 tahun dan tahun depan akan jadi 9 tahun, dah tentu lah dia kena masuk primary school. 

Jadi, selepas sahaja aku bagi acceptance form dan bayar family health cover (lama dah cerita ni), terus IDP bagi booklet pasal Victorian Government School, application form, dan segala link yang berkaitan dengan maklumat lebih terperinci tentang sistem persekolahan di sana. Hadohhh jujur mak cakap, tak cukup otak nak fikir. Kita punya sekolah pun belum settle, sekarang nak kena fikir sekolah anak pula. 

Application form yang mengandungi 11 muka surat. Berpinau-pinau nak baca. Belum nak isi lagi tu


Mula-mula aku tanya IDP boleh kah nak hold dulu urusan ni sebab aku rasa macam nak pening hahaha! Tapi IDP kata mereka kena urus benda ni cepat sebab nak tunggu outcome dari sekolah sana pun ambil masa dan dateline application adalah 27 November. Waktu tu, IDP tak inform pula yang visa application pun perlukan bukti (CoA/ CoE) yang anak dah daftar sekolah. Bila dapat list document untuk visa application tu baru tau ooooo kisahnyaaaa..... Nasib baik aku dah settle kan awal hal ni.


Print out sendiri, lepas tu kita isi lah.... 

Bermula dengan mengisi application form

Memang mencabar betul nak isi borang permohonan sekolah Juwita ni. Kalau nak tahu, IDP suruh isi borang tu urgent. Masa tu hari Jumaat. Jadi aku spend 2 hari 2 malam hujung minggu itu mengkaji pasal Victorian School ni. Dah la application form tu minta kita senaraikan at least 5 sekolah yang kita pilih. Dalam website Victorian School, mereka memang ada senaraikan 97 accredited primary school untuk international program serata Victoria, tapi tak berapa membantu pun waktu itu.

Terbuntang mata tengok senarai sekolah yang 'accredited' serata Victoria. Jangan tertipu, ini senarai serata "Victoria" ye, bukan dalam Melbourne sahaja. Sekolah di Philip Island pun tersenarai ni. Jangan tersalah pilih, mati nak drive 2 jam pergi sekolah hahahaha!


Mula-mula memang aku keliru dan tak faham dengan accredited school yang website tu senaraikan. Aku ingatkan international student kena pilih sekolah dalam senarai tu sahaja. Maka makin pening lah aku sebab pilihan yang ada di area Melbourne tak banyak. 

Accredited school ini kebanyakannya bilingual dan converse 50-50 bahasa ibunda-english. Selain dari "chinese based" school, aku ada jumpa italian based, vietnamese based, dan Japanese based school. 

Masalah utama dalam memilih sekolah ini adalah website mereka tidak beritahu lokasi dengan detail. Dah jadi satu hal aku nak kena check satu-satu sekolah tu letak nya di mana dalam map. Dan kita sendiri kena google website sekolah itu satu persatu untuk tengok program yang mereka tawarkan. 

Logiknya, sudah tentulah kami kena pilih sekolah yang berdekatan dengan kawasan kami tinggal. Masalahnya exact location belum ada. Ha itu pun masalah juga. Rumah belum tau di mana tapi dah kena pilih sekolah berdekatan. Acaner?

Last-last aku research juga pasal sekolah government biasa di sekitar uniMelb. Setelah aku check balik, rupanya sekolah government biasa (non accredited) pun accept international student cuma mereka tiada program khas untuk pelajar international. 



Rupanya selain dari 97 accredited school yang tersenarai, kita sebenarnya boleh juga pilih government school biasa yang non accredited. Baca perenggan 3 tu (kalau nampak la kan)


Jadi, apa yang aku buat, aku just tengok dalam map semua primary school area Melbourne, dan kemudian aku check website sekolah tersebut satu persatu. Mana yang aku rasa bagus, aku tunjuk pada Juwita, tengok dia suka atau tidak. Biasanya Juwita akan lebih berminat hendak tahu school activity, sport team, PE, dan uniform sekolah. Aku pula, lebih tengok pada condition sekolah, class room, facilities, curriculum tambahan, program, dan percentage of international student yang sekolah tu ada. 

Shortlist 5 sekolah pilihan
Akhirnya berkat kesabaran, berjaya lah aku short list kan 5 sekolah pilihan sekitar university of Melbourne, dan terus aku emailkan application form pada hari isnin. 

Berikut adalah 5 shortlist sekolah yang aku pilih beserta alasannya:

1. North Melbourne Primary School (accredited) - antara banyak pilihan, sekolah ini yang paling unik. Tiada classroom, open learning, PE ada skateboarding lesson, ada kitchen-garden program, tiada uniform sekolah, student ada dlm 100 orang je. Sekolah ini 1st choice Juwita, tapi aku macam 50-50 juga nak letak first choice sebab sekolah ini bukan normal school yang kita selalu bayangkan dalam kepala otak kita. Ya lah, tak ada classromm. Cuma ada open space untuk learning and study. Lagi satu sebab letaknya di North Melbourne dan aku tak plan nak stay area North Melbourne.

2. Carlton North Primary School - aku suka sekolah ni sebab website dia kemas dan sekolah ni sebenarnya dah establish lebih 100 tahun. Ada annual year camps 3d/2n outside melbourne, ada swimming club/session, uniform sekolah tak wajib, student 300 lebih, FETE, LOTE - italian, dekat dengan uniMelb, area carlton/carlton north (which is memang area yang kitorang aim nak stay). Tengok macam best je kan cuma satu je, aku tak jumpa mana-mana yang menunjukkan sekolah ini ada kitchen-garden program. 

3. Princes Hills Primary School - sekolah ni atas sikit lokasi nya, iaitu di Princes Hill. Tapi aku suka sebab aktiviti luar dia banyak dan rate international student dia ok, tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit. Mix well. Ada camps, swimming, kitchen-garden program, uniform optional, building sekolah macam istana lama (or more like an old church). Best lah. Kalau pilihan aku, memang nak samada Carlton North atau Princes Hill. Cuma downside Princes Hills adalah dia jauh sedikit dari Unimelb. 

4. Carlton Garden Primary School - Dekat dengan park/ garden di tengah Carlton. Ada kitchen-garden program, PE banyak sports, ada annual camps, bangunan sekolah cantik, TAPI wajib beruniform. Hahahaha! Itu je downside yang buat Juwita turn off dengan sekolah ini. 

5. Collingwood College (accredited) - Ini sekolah besar dan berprestij. Ia lebih kurang seperti sekolah Tenby Juwita sekarang; ada primary dan secondary school dalam satu compleks (college kann). Hampir semua kemudahan mereka ada, macam gym, swimming pool, lab, dan macam-macam lagi lah, jadi pelajar tidak perlu keluar sekolah untuk menggunakan kemudahan awam (note: sekolah rendah lain tu, bila swimming lesson, mereka akan ke kolam renang awam di luar). Pemakaian uniform adalah diwajibkan dan aku perasan sekolah ini very academic oriented. Hmmmm.... Jauh gila pula tu dari unimelb (kalau rajin tengok lah Collingwood dalam map di mana. Memang jauh dari Unimelb) Letak jugalah dia dalam pilihan ke 5.


Kenapa ada Accredited dan non-accredited government school? 

Mula-mula aku pun tak faham kenapa ada accredited dan non-accredited school. Dari bacaan, faham lah sikit-sikit beza antara 2 jenis government school ni (kedua-dua jenis sekolah ini adalah sekolah gomen tau. Kita tak cerita pasal private school pun kat sini) Accredited school ada program bahasa untuk pelajar international. Oleh kerana kebanyakan pelajar asing tidak fasih berbahasa inggeris, jadi ada program ESOL (English to Speakers of Other Language) dan program LOTE (Language Other Than English). Kebanyakan accredited school juga menjalani pembelajaran secara bilingual, iaitu 50% bahasa inggeris dan 50% lagi bahasa ibunda (jenis bahasa bergantung kepada sekolah). 

Sekolah government biasa (non accredited) pula tiada kelas khas bahasa inggeris kepada pelajar yang tidak berbahasa inggeris. Pelajaran juga dijalankan 100% dalam bahasa inggeris. Ini mungkin akan akan menyukarkan proses pembelajaran segelintir pelajar international.

Tapi kebanyakan non accredited government school tetap ada program LOTE. Bagi aku ini sudah cukup bagus. Bahasa tambahan, be it mandarin (Juwita pernah belajar mandarin di tadika), or french (Juwita sedang belajar french di sekolah), or even italian or latin, diajar dalam program LOTE di sekolah.  

Pendek kata, tidak ada masalah jika non-Australian mahu sekolahkan anak di non accredited school, dengan syarat ada kekosongan dan anak fasih berbahasa inggeris serta mampu mengikuti curriculum asas Victoria. Memandangkan Juwita memang asalnya dari sekolah inggeris (cuma dia sebelum ni mengikuti curriculum UK) jadi aku mengambil keputusan untuk mendaftarkan dia ke sekolah government biasa sahaja. Aku rasa Juwita tak akan ada masalah dari segi bahasa. 

Dari segi grade transition pun tidak ada masalah kerana Juwita akan memasuki tahun yang sama seperti semasa dia di Tenby iaitu year 4. Tidak ada tahun bertindih atau tahun gap. Lebih kurang macam sambung sahaja. Sebenarnya Juwita sudah menjalani year 4 selama 1 term (1/3 tahun) di Tenby. Ini kerana term 1 curriculum UK bermula pada bulan September. Jadi bila Juwita mula sekolah di Melbourne nanti, dia akan menjalani semula year 4 dari awal term yang bermula pada hujung Januari. Maksudnya secara teknikal, Juwita bakal menjalani year 4 yang panjang, iaitu selama 1 tahun 4 bulan kalau dicampur dengan 4 bulan di Tenby. Tapi itu tidak dikira tahun bertindih kerana hanya melibatkan 1 term sahaja.

Dari segi pergaulan pun aku rasa insyaallah dia boleh sesuaikan diri kerana selama ini pun dia bersekolah di International School. Paling penting yang buat Juwita excited adalah kerana majoriti sekolah yang aku dan dia pilih tidak mewajibkan pemakaian uniform! Wah seronoknya!!!

Seronok sebenarnya mempelajari tentang sistem persekolahan negara lain. Lebih-lebih lagi bila anak kita berpeluang merasainya sendiri. Lain kali aku akan cerita lagi pasal sekolah di Victoria ni. Buat masa ini belum ada pengalaman lagi, jadi belum banyak yang boleh diceritakan. 


Proses mendaftar anak ke sekolah Victoria

First: fill in and submit application form
Dari pengalaman aku, mendaftarkan Juwita ke sekolah lagi rumit dari mendaftarkan diri aku di universiti. Selepas submit application form (yang aku cerita di atas tu), kita kena tunggu outcome dari sekolah pilihan dan kementerian pendidikan mereka. Untuk international student, bila kita apply sekolah di Melbourne, kita perlu apply melalui ministry of education mereka (Victoria gov.), bukan apply direct di sekolah yang kita pilih. Jadi, application form itu akan disemak dan diluluskan oleh Victoria gov. dan kemudian mereka yang akan tengok availability sekolah yang kita pilih beserta kesesuaiannya dengan education background anak kita (kementerian akan tengok dari segi keupayaan/ background bahasa inggeris anak kita dan samada anak kita ada year gap atau tidak)

Second: fill in and submit enrolment form and document
Next, bila sekolah yang kita pilih ada kekosongan dan mahu terima anak kita baru sekolah itu akan contact untuk beri enrolment form (kena isi dan hantar semula). Sebenarnya sekolah akan tengok lokasi tempat tinggal kita sebab mereka biasanya akan utamakan orang yang tinggal berhampiran sekolah. Misalnya jika kita tinggal di North Melbourne, anak kita memang tidak dapat enrol sekolah di Carlton walaupun Carlton dengan North Melbourne tu lebih kurang 5 - 6 km je. Tapi mungkin untuk international student ada kelonggaran disitu. Ye la kan, alamat rumah pun belum ada.

Juwita dapat sekolah Carlton North Primary school. Untuk stage ini, kita kena isi enrolment form dan sertakan salinan surat beranak (berbahasa inggeris) serta rekod imunisasi. Nasib baik lah rekod imunisasi tak perlu diterjemah kedalam bahasa inggeris. Hahaha! 

Third: accepting offer, tandatangan written agreement, dan bayar yuran sekolah
Dalam masa yang sama, Victoria Gov. juga emailkan 13 muka surat polisi dan tah hapa lagi yang aku belum sempat baca, letter of offer yang perlu dibalas dengan signed written agreement (disertakan sekali di dalam offer letter itu) beserta invoice untuk pembayaran. Ha? Pembayaran lagi? Iya, pembayaran lagi. Pening kepala aku memikirkannya. Pembayaran ini berjumlah AUD4434 yang merangkumi aud254 untuk application fee dan aud4189 untuk yuran 20 minggu persekolahan (1 semester/ setengah tahun). 

Long story short, we survive! Hahahaha! Korek sana korek sini, maka berjayalah kami membayar yuran Juwita itu. Kalau ikutkan, duit itu sebenarnya kami hendak buat deposit rumah sewa di Melbourne nanti. Nampak gayanya kena cari duit lain lah untuk sewa rumah. Huuuuu *nangis*

Forth: confirmation of school placement
Bila dah submit enrolment form ke Carlton North Primary school beserta surat beranak dan rekod imunisasi, dah tandatangan agreement dalam offer letter, dah bayar invoice bernilai aud4434, dan dah email semua benda tu ke IDP (IDP dah email semua benda ini ke pihak berkaitan), maka kita kena tunggu mereka berikan surat "confirmation of school placement". Surat dari Victoria school ini sama fungsinya dengan CoE aku, iaitu untuk mendapatkan student visa subclass 500. Tetapi ia bukan exactly seperti CoE sebab dalam masa yang sama, Juwita akan apply untuk dependent visa, bukan independent student visa.

Next stage is visa application
Lebih kurang seminggu lebih selepas aku membuat pembayaran, dapatlah surat confirmation dari Victoria government. IDP pun sudah email aku hari ini meminta kami set appointment untuk lodge visa application. Kami mengambil keputusan untuk apply visa minggu hadapan. Bila sudah submit visa application nanti, dalam masa 48 jam kita kena set appointment dengan doctor panel untuk buat medical check up pula.

Fuhh berdebar pula rasanya. Doakan kami ya!




till next time

Click sini untuk baca Episod 9 #RoadtoMelbourne berkaitan proses permohonan student visa dan dependent visa kami


Noor Hida Halim
#roadtoMelbourne


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)