Kemas kini gambar passport anak anda

Kemas kini gambar passport anak anda

Mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin juga tak ramai yang tahu bahawa gambar dalam passport kanak-kanak (bawah 12 tahun) perlu di tukar apabila usianya meningkat, atau dengan kata lain, bila wajahnya berubah. Kalau ikut kebanyakan orang cakap (yang saya baca di group, forum, dan blog lain) untuk passport bayi berusia 6 bulan (usia minima membuat passport) memang ada klausa yang menyatakan boleh dan perlu untuk update gambar terkini kanak-kanak itu apabila dia menginjak 2 tahun. Tak paham? Takpe. Mula-mula baca tu aku pun konpius juga.


Yang sebenarnya gini je, kalau rasa-rasa korang telek gambau anak korang dalam passport tu, lepas tu ko bandingkan dengan muka anak kau depan mata, agak-agak sama ke lain? Kalau kau sebagai mak tak sure gak, cer tanya asben. Pastu cer tunjuk kat atok ke, nenek ke.... Haaaa cuba bagi orang lain telek gambau passport lepas tu compare dengan muka anak kau real life depan mata. Kalau semua pun tergelak dan setuju bahawa gambar tu dah tak valid dengan wajah anak kau, haaaaa itu la tandanya kau perlu ke pejabat imigresen untuk kemas kini gambar passport. 


Tak payah nak follow sangat 6 bulan ke 2 tahun ke hape. Better be save than sorry lah heh. Untuk selamat orang cakap, buat aje lah daripada kena rijek passport di airport, erkkk!! 


Kaedah? Mudah aje nok. Begini caranya:

1. Pergi je ke pejabat imigresen macam biasa. Jangan lupa bawa empunya badan (si anak le kan), IC ibu, surat beranak anak dan gambar passport background putih 2 keping.

2. Amik nombor dan isi borang "menukar maklumat passport/gambar" (lebih lebih kurang gitu le tajuk nye oiii). Cakap je kat akak yang bagi nombor tu ko nak update gambar passport anak kau yang dah semakin matang wajahnya itew. Mesti dia bagi borang berkaitan punya. 

3. Tunggu.

4. Nombor di panggil. Apa lagi, pass le borang dengan segala benda yang di minta. 

5. Tunggu dia pulangkan IC dan surat beranak. 

6. Akak di kaunter panggil nak pulang IC dan surat beranak. Dia suruh datang 45 minit kemudian untuk collect passport.

7. Ko ada 45 minit untuk pergi sarapan pagi. Kalau taknak sarapan, ko boleh baca buku. Tak pun, ko boleh main FB tapi data bayar sendiri la haaa. 

8. After 45 minit, datang ke kaunter collection passport, ckp la nak ambil passport, tadi urusan update gambo. Nama anak sekian sekian. So akak tu suruh duduk lagi. 

9. Baru je duduk kejap, tak sempat buka buku, dah nama anak dipanggil. Pergi kaunter, mak kena sain, anak chop jari ibu, collect passport. 

10. Siap! 


Senang tak senang, 10 step jugak la kan. Pukul 9.10 aku sampai kaunter nombor, beratur, pergi ambil gambar, tunggu, sarapan, hapa bagai.... Pukul 11 dah settle. Service imigresen ni tak pernah menghampakan. Sentiasa effisyen dan tip top, walaupun orang penuh. 

Tapi biasanya lah kan, BIASANYAA hari Isnin dan Jumaat akan pack gile. Kalau nak lapang sikit datang hari Khamis. Tatau le kenapa. Lagi satu, orang cakap kalau buat kat UTC lagi lapang dan lengang. Orang yang cakap, aku takde pengalaman. 


Oh, ye. Kos nya pulak, gambar passport background putih 4 keping (ambil di kedai gambar ye, bukan di imigresen) RM12. Update gambar dalam passport adalah FREE. Diulangi, FREE sahaja, tiada bayaran lain dikenakan oleh imigresen untuk urusan ini. Jadi jangan buat banyak alasan, pergi update gambar passport anak korang. 


Ok sekian khidmat masyarakat hari ini. Di harap membantu lah sedikt sebanyak. Sebab apa? Sebab sebelum aku buat entry ni, siang malam aku google, masih tak berapa lengkap sangat maklumat yang dikehendaki. Jadi di harap entry ini bagaikan lilin yang dapat menyinari anda semua di kala kelam. Chehhh

Sekian, wasalam. 

           Sama ke lain? Sama ke lain? Sama ke lain?


           Di update begini. Jangan berangan dapat passport baru pulak yek


            Luar topik. Majalah ni last time beli masih 15 hengget. Bulan ni beli dah nak 20 hengget regenye. Penangan matawang.....



N. Hida
Klang, Malaysia

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne