Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Sebenarnya aku ke KL atas urusan #roadtoMelbourne juga. Aku ada pre-departure seminar bersama IDP di Renaissance Hotel. Renaissance dengan Concorde tu sebelah menyebelah aja tapi aku pilih untuk bermalam di Concorde kerana harganya lebih murah. Cheapskate kan aku? Kena jimat duit maaa, nak pakai pergi Melbourne nanti.

Masa aku mula-mula survey hotel di Agoda, Concorde ni cuma RM224 sahaja semalam beserta breakfast dan wifi. Renaissance pula RM350 tanpa breakfast. 2 hari 2 malam aku survey hotel dek nakkan yang paling value for money dan breakfast sedap. Ada la hotel lain lagi dalam shortlist aku, seperti Pacific Regency dan Sri Pasifik. Mula-mula sekali aku reject adalah Sri Pasifik kerana kami pernah bermalam disitu sebelum ini (ada review hotel ini di dalam blog ni kalau kalian rajin scroll label "travel n vacation"). Suami aku ada satu habit yang mana dia tak suka stay hotel yang sama berulang-ulang kali. Mesti nak cuba hotel lain pula lain kali. 

Jadi antara Pacific Regency dan Concorde akhirnya aku pilih Concorde kerana
ratingnya di Agoda dan Tripadvisor lebih tinggi. Malangnya waktu aku ingin menempah bilik, harga sudah berubah. Harga Concorde di Agoda sudah menjadi RM368 untuk deluxe with breakfast. Oleh kerana itu aku memilih untuk booking direct melalui official website hotel. Ada promo, RM281 Superior room termasuk breakfast. 

Happy nya budak ni dapat tidur hotel

Suami macam biasa, kerja selamanya....

Ternyata pilihan aku tepat sekali. Semasa check-in, bilik kami di upgrade ke Deluxe. Bukan itu sahaja, dah agaknya memang rezeki, dapat pula Juwita breakfast free esoknya bersama kami. Breakfast di Concorde adalah antara yang terbaik di KL. Pilihan memang banyak dan sedap. 

Dapat upgrade. 

Breakfast di Concorde Hotel KL. Ini pinggan aku. Pilihan makanan memang banyak, Malaysian style dan international style. 

Happy

Breakfast sambil berlatar belakangkan pemandangan ini. Indah kan?


Malam itu, kononnya suami ajak makan di Hard Rock cafe yang terletak bersebelahan dengan hotel. Malangnya, kami tak reserve awal-awal. Terlupa pula yang malam itu malam Jumaat, happy hour pula tu. Mesti lah fully booked. Dah tak ada rezeki nak makan nachos, aku pun dah pening kepala dek kerana demam dan batuk, maka terus balik semula ke bilik dan aku pun zassss tidur. 

Sejam lebih lepas tu, suami pergi turun bawah ambil pizza. Dok pikir-pikir tak tau nak makan apa, akhirnya suami order Dominos pizza aja. Room service bukan tak ada, tapi mahal pun iya, dan tak ada satu pun si Juwita berkenan. Pizza juga dambaan hati. 

Sambil makan pizza sempat menghayati view dari tingkap bilik waktu malam. WOW! Bukan selalu kan....

Esoknya selepas breakfast sempat lagi Juwita pergi swimming dahulu. Antara hotel di KL yang ada swimming pool yang dalam, kat Concorde ni lah. 2.3 meter dalam maksimumnya. Suka lah Juwita berenang. 

View kolam renang dari tingkap bilik. Kolamnya dalam, bermula dari 1.2meter di sebelah kiri dan paling dalam 2.3meter di belah kanan tu. Juwita pantang jumpa kolam dalam, eksyen la dia. Mak dia yang kecut perut kat dalam bilik. Mana tak kecut perut, dia berenang sorang-sorang!

Tepat jam 10.25, kami check out dan jalan kaki sahaja ke Renaissance sebelah tu. Tepat-tepat je sampai majlis baru nak mula. Dah dengar pre-departure seminar tu, bertambah berkobar-kobarlah kami nak berhijrah ke Melbourne. Hehehe~~ 

Tapi banyak lagi benda tak settle ni.

Anyway, untuk Concorde Hotel KL, aku bagi 4.1/5 bintang. Juwita kata dia tak boleh terima hotel 4 star tanpa bathtub. hmmm boleh lah diterima alasan tu sebabnya, Quality Hotel yang kami duduk keesokan harinya tu pun ada bathtub, walaupun....eh lain kali lah review pasal Quality Hotel. 


Til next time.....


Noor Hida 
Melaka, Malaysia
#roadtoMelbourne

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)