cerminku retak seribu




Cermin ini berusia 4 tahun, seusia dengan kereta ini juga. jadi kerana tak pernah ada tinted pon, maka jangka hayatnya hampir menemui penghujung.


Tak angin tak ribut (ok, mungkin ada angin sikit, lalu menerbangkan seketul batu yang super halus dan menghentam cermin ini secara lemah gemalai, lalu ia pon crack), hubby nak keluar jumpa client, sekali nampak dah retak seribu..




Lama jugak dok investigate benda nih.

1. Cubaan orang pecah masuk kah?


2. terkena lontaran batu budak nakal kah?


3. terkena batu yang terpelanting sebab orang mesin rumput kah?


4. atau kerana usianya dah lanjut, makan ketahanannya memang sudah kurang, jadi dengan sedikit hentaman batu halus pon bisa meretakkannya...


5. Kereta sebelah terlanggar ketika membuka pintu keretanya kah..


aku stick to the 4th. malas nak pikir panjang dah. Sebab tak ada budak nakal kat situ, tak ada orang mesin rumput, dan ia bukan tanda orang cuba pecah masuk sebab punca retak/ mark dia adalah halus, bulan dari kesan hentaman atau pukulan.




sekarang nih, tampal salotip saja. Belum rancang nak menyinggah ke mana-mana workshop lantaran masa yang kesempitan. Lagi pula, sedang tunggu salinan geran kereta, sebab nak tukar cermin windscreen sekali. Pon dah retak juga. (windscreen ada cover insurance. Alhamdulillah~ )


Syukurlah tahun ni tambah windscreen dalam insurance cover. Ada berguna juga itu benda~ haha~~~



~ tak biasa makan nasi pagi2, nak makan jugak.. kan dah sakit perut...

~ Saya beraya Haji di bandar bukit raja. Tak balik kampung. Siapa mau join saya??

~ kain belum hantar jahit -__-'

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)