Siri #RoadtoMelbourne FINAL EPISODE: Catch up and follow up


Hi everyone, its been a while...

Dah sebulan lebih blog ini menyepi tanpa berita. Agaknya siapa yang follow blog semata-mata mesti akan tertanya-tanya apa perkembangan terkini siri #roadtoMelbourne aku dan keluarga. Seingat aku, siri aku terhenti di takat aku ke KL menghadiri sesi pre-departure seminar bersama IDP. Entry tersebut adalah selingan kepada review Concorde Hotel Kuala Kumpur.

Baiklah, untuk yang tak follow instagram dan facebook aku, aku akan summarise-kan key event yang berlaku selepas itu di bawah ini. Kronologi bermula dari selepas pre-departure seminar bersama IDP di KL.



Kronologi selepas seminar IDP

1. Melawat KL Tower
Sebenarnya aku ada buat blog pasal lawatan kami ke KL Tower. Kami melawat KL Tower selepas pre departure seminar IDP. Malangnya aku lupa nak publish waktu itu dan penulisan entry itu pun sudah tidak kena dengan keadaan. Kalau aku rajin mungkin aku akan edit dan post semula sebab entry itu banyak panduan untuk sesiapa yang hendak melawat KL Tower.






Sempat melawat KL Tower sebelum meninggalkan Malaysia.


2. Pre-orientation University of Melbourne di KL Convention Centre. 
Ini berlaku seminggu selepas pre departure IDP. Kiranya waktu ini, tiap minggu lah kami ke KL. Kalau waktu seminar IDP kami duduk di Concorde, kali ini kami bermalam ni Hotel Bangi-Putrajaya Resort. Selepas pre-orientation sempat pula masuk Aquaria. (cadangnya memang nak blogkan pasal Aquaria dan Hotel Bangi-Putrajaya ni, tapi keadaan waktu itu sangat tidak mengizinkan).

Pre-orientation university of Melbourne di Kuala Lumpur

Ambil kesempatan singgah di Aquaria.


Dan bermalam ni Hotel Bangi-Putrajaya


3. Packing up luggage dan settle lain-lain hal.
Aku ada masa 2 minggu untuk packing barang kami bertiga. Paling tricky adalah nak packing skateboard aku. Bersungguh aku balut skateboard dengan baju tebal-tebal dan kemudian bubble wrap sebelum memasukkannya ke dalam luggage bag. Semuanya gara-gara rupanya skateboard aku tak muat masuk luggage bag biasa dan tidak boleh hand carry. huhu....

Selain itu kami juga ambil kesempatan masa yang ada untuk ke dentist cuci gigi, ke hair salon potong rambut, ke JPJ renew lesen memandu, ke kenduri bertemu sanak saudara, ke rumah mak betah makan sambal, ke KL lagi hantar kereta ke used car, ke bank untuk settle hutang piutang... eh banyak lah hal nya. Memang teramat sibuk dan serabut masa tu dengan macam-macam hal. Makan tidur semua jadi tak teratur. Anxiety lagi. Tiba-tiba terjaga tengah malam rasa macam takut lah apa lah, terasa tak nak pergi lah. Tah ape-ape je. Risau, takut, rasa tak percaya, rasa nak mati. Semua ada.

Paling menyerabutkan kepala otak adalah isu cari rumah sewa di Melbourne. Ya ampun tuhan saja yang tahu berapa banyak aku nangis tengah malam, berapa malam je aku dapat tidur lena, berapa malam aku sleepless..


4. Departure day on 14th February 2017
Oh my. Ni aku tak dapat nak explain macam mana perasaan aku waktu itu. Bercampur baur. Excited, takut, rasa tak sabar, rasa taknak pergi. Semua ada. Bila datang rasa takut tu, rasa macam taknak check in flight, pastu berharap flight delay. At worse point, aku rasa macam eh biarlah kapal terbang ni crash so that i don`t have to face the future. Tapi at the same time, aku cakap dalam hati, takkan nak end now. Aku excited at the same time. Excited nak start a new life in new place, new country, new environment, with my family. Tak sabar nak mulakan hidup baru, nak cabar diri sendiri. Of course its gonna be hard kan.. Of course its gonna be scary. Takkan nak mati sekarang. Biarlah hadap dulu.

ish.. susah nak explain.

Tapi kejap je sebenarnya perasaan tu. Dah check in masuk masa tunggu kat departure tu ok dah. Aku main Old Maid dengan Juwita dan suami.

Yang best lagi, both my family and my family in law datang airport to say good bye. Kawan aku pun ada datang. Sebenarnya takde la rasa sedih nak meninggalkan diorang. Ntah lah. Kadang orang tanya, ko sedih tak nak tinggalkan orang-orang yang rapat dengan kau? sebenarnya perasaan aku waktu itu tak ada sedih, tapi more to scary kot. Takut nak start hidup baru.


Dengan adik aku.

Dengan kawan2 gosip.

Sunrise dari ketinggian 40,000 kaki memang cantik kan...


5. Arrival day on 15th Fenruary 2017
Kami arrived Melbourne Airport keesokan pagi waktu tempatan jam 9.40pagi. Happy, excited, relax, tenang.... boleh dikatakan emotional state aku bila tiba di Melbourne 100% berbeza dengan state aku semasa nak meninggalkan Malaysia. Mungkin sebab aku percaya nasihat-nasihat orang bahawa "mula-mula je hard, belum sampai memang semua kabur n blur. Dah sampai nanti everything will be cmooth and clear" Jadi subconsciously mungkin mind aku stick pada tu kot.

Dah lepas gate. Aku, Juwita dengan beg ni semua kena lalu lane yang anjing hidu tu. Semuanya semata-mata kerana aku declare ada bawa medicine. Suami pula dah terpisah sebab dia ke toilet. End up dia kena masuk bilik soal siasat kerana berlenggang kangkung keseorangan. 


6. First 10 days
Kami duduk AirBNB. Sebuah rumah environmental friendly old victorian house yang sangat cantik. Pemiliknya bernama Jane. Kami tinggal bersama dia dan seorang lagi guess dari france bernama An Sofie.

Siapa yang follow instagram aku tahu lah betapa nice nya rumah tu. Ada huge backyard yang aku envy sangat-sangat. Kalau boleh, nak duduk je rumah tu 3 bulan. Kami extend our stay kat rumah ni for another 5 days sebab kami masih belum dapat secure mana-mana rumah sewa. Jadi total stay kami kat rumah ni adalah lebih kurang 2 minggu. Aku ingat lagi first night kat rumah ni lah kali pertama aku dapat tidur lena sepanjang malam like a baby. Aku tak ingat dah berapa lama dah aku tak dapat tidur malam....

Sepanjang stay sini, jangan kata kami tak usaha cari rumah. Hari-hari kami pergi inspection rumah dan submit application. In total, aku sahaja dah apply dekat 25 application (bayangkan berapa banyak rumah kami pergi inspection. Mostly aku pergi sorang, dan ada yang aku pergi dengan suami).


Impian dan cita-cita kononnya nak sewa rumah macam ni. hahaha!

Dan dalam pada itu, Juwita dah start sekolah sejak dari 16 February lagi. Bayangkan. Kesian but not kesian. Kesian sebab aku tau dia pun not ready mentally and emotionally nak start school. Not kesian sebab she have to, like it or not. And actually bagus dia pergi school sebab mak bapak dia nak ke sana ke mari inspection rumah.

Juwita first day school. Baju putih tu cikgu kelas dia, Stef Condello.


7. Next 3 days
We move from first AirBNB house to this second AirbNB house. What to do. We still haven`t got a house to stay yet. 




But then actually, we almost secure the house masa tu sebab aku contact this one landlord and I do the unthinkable thing. All this while, bila kita send application to rent to agent, we MUST offer higher than advertise. Why? because the competition is high. But for this landlord, i come clean. Aku cakap aku dah penat, kuliah aku dah nak start, aku takde dapat rumah lain, aku tak afford rumah dia tu, tapi aku desperate nak rumah. Boleh tak dia consider bagi sewa rendah sikit. AND YOU KNOW WHAT? She agree!

Airbnb kedua ni studio unit. Cantik dan selesa.

Tak tau la sebab dia kesian or sebab dia pun desperate nak cari penyewa juga, tapi kami dapat secure studio loft dia. On the day kami move from first airbnb to second tu (both houses located at Fitzroy, just few minutes walk. So kitorang jalan kaki je tarik luggage pindah rumah), we all lari jap ke Carlton North untuk sign agreement, bayar deposits dan first rent. Perghhhh tak tau nak cakap betapa legaaa nya kami waktu itu.

Tuhan je yang tahu berapa serabutnya kepala otak aku selama ni. Tuhan je tahu betapa stress dan depress nya aku waktu ni. Tak de sapa tahu dan aware. Sebab luaran aku happy. Sebab memang aku happy dan excited every single day. Cuma dalam otak aku non stop dok pikir pikir pikir dan aku tak boleh stop berfikir sampai segala benda terjejas. Dah settle ni baru aku bagitahu hahaha!


8. New house new beginning.
Kami pindah ke rumah sewa kami pada 2 March. Check out airbnb terus naik tram ke rumah baru. 2 kali trip juga la nak angkut beg-beg semua. Tapi yang pasti, Insyaallah ini adalah kali terakhir kami berpindah dalam masa 12 bulan ni.

Akhirnya, rumah sewa kami di Carlton North. 12 minit jalan kaki ke sekolah Juwita. 35 minit dari Uni Melbourne. Tapi kalau naik tram, 10 minit je.


9. Orientation uni (0 week)
Orientation fakulti aku pada 22 dan 28 Feb. Kali pertama jumpa classmate, jumpa professor, jumpa ketua program, jumpa budak-budak arts lain... At some point aku rasa orientation ni satu peluang aku untuk lari sekejap dari masalah utama masa tu iaitu masalah rumah yang tak dapat-dapat.  Duduk dalam uni baru terasa macam `eh aku ni student`. Baru datang balik feel student tu.



10. First class bermula (week 1 sampai la sekarang dah week 6)
Kelas pertama aku bermula 28 Feb dan sampailah sekarang dah minggu ke 6. Satu subjek intensive dah habis dah pun last week. Dah dapat grading pun untuk both essay assignment.  Aku ada satu lagi subjek tengah running dan next intensive subject will start by the end of April.




Overall boleh la aku katakan perjalanan #roadtoMelbourne ni memang menguji ketahanan mental, emosi, iman, dan fizikal. Dan sumpah aku cakap, makin lama makin mencabar perjalanan aku ini. Kalau tak tahan mungkin aku dah jadi gila atau mati. Tapi itulah, orang kata,

"WHAT DOESN`T KILL YOU MAKE YOU STRONGER"

Aku pilih untuk thrive dan move on. Sinar pasti menunggu di hadapan sana. Semoga aku, suami, dan anak bahagia dan berjaya di sini.



Sampai ketemu kembali di entry berikutnya.

Noor Hida Halim
Carlton North, Vic.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)