Persekolahan anak di Australia (part 1: yuran sekolah)

Ini adalah perkongsian lanjutan dari episod #roadtoMelbourne dan sebahagian dari episod #melbournelife.


Sekolah rendah Jejuw. 
Dia tamat sekolah rendah tahun lepas. 
Tahun ni masuk sekolah menengah pula. How time flies kan? 
Hmm mendung pula gambar ni. 

Dari sejak kami berpindah ke sini awal tahun 2017 sampai lah sekarang aku masih menerima mesej dari pembaca berkaitan persekolahan anak. Antara soalan hangat adalah:
  1. Berkaitan yuran sekolah atau fee
  2. Cara nak daftar anak masuk sekolah kat sini
  3. Adaptasi anak dengan kurikulum di sini
  4. Budaya sekolah di sini (perbezaan dengan sekolah di Malaysia). 
Untuk part 1 ni, biarlah aku jawab soalan 1 tu dahulu.

Yuran sekolah/ school fee

Aku tau, ramai yang confius bab yuran sekolah. Ada orang kata FREE, ada orang kata ada bayaran/ fee/ yuran. Ada orang kata bayarannya ribu-ribu, ada orang lain pulak kata ratus-ratus je. Mana satu kan?

OK. Biar aku cuba jelaskan bagi terang sikit.

Sekolah awam di Australia adalah percuma.

  • Secara umumnya, sekolah kerajaan (public school) di Australia adalah percuma untuk rakyat Australia dan pemestautin tetap (Permanent Resident/ PR). 
  • Percuma maksudnya tak perlu bayar yuran pengajian macam universiti atau macam international school di Malaysia. 
  • Istilah percuma disini sama macam sekolah kebangsaan di Malaysia, iaitu, walaupun percuma, tetap ada bayaran kepada sekolah. Kat sini pun sama, ada bayaran awal tahun untuk bahan bantu mengajar, library, alatulis, dan sebagainya. Bayaran ini dipanggil "school resources".
  • Selain itu setiap bulan ada sahaja bayaran untuk pelbagai aktiviti seperti excursion, incursion, dan annual camp. Tambah tolak, aku rasa jumlah bayaran ke sekolah ada lah dalam aud600-700/tahun. Cuma bayaran ini tak selepuk begitu. Dia minta bila aktiviti tu datang. Bayar online dalam platform komunikasi online yang dinamakan Compass. 
  • Warga Australia tertentu boleh dapat potongan bayaran untuk annual camp dan excursion. Biasanya untuk ibu bapa yang memegang medicard. 
  • Ada juga bayaran yang menyerupai bayaran PIBG yang dinamakan "parent contribution". Bayaran yang ini tidak wajib. Optional sahaja. 
  • PENTING: International Student tak percuma.
Contoh jenis pembayaran sikit-sikit yang aku terangkan di atas. 
Ini salah satu resit bayaran bulan November, $12 untuk program cyber safety. 
Bayaran untuk program-program ada yang wajib, ada yang optional (kebanyakannya wajib). 
Kita kena beri consent dalam sistem online dan buat bayaran terus di situ.  

International student kena bayar international student fee 

  • International student di sini bermaksud pelajar asing yang belajar dengan memegang student visa di Australia. 
  • Anak kepada ibu/bapa yang belajar di institusi pengajian tinggi di Australia dengan student visa juga dikira sebagai international student (istilah yang diguna adalah "dependent international student"). 
  • International student fee ini dibayar kepada department of education state gov masing-masing, bukan kepada sekolah. 
  • Yurannya adalah seperti jadual di bawah. (Ini contoh yuran untuk dependent international student di Victorian school. Setiap negeri ada jadual pembayaran tersendiri, boleh cuba cari di website mereka, tapi lebih kurang begini juga lah jumlahnya). 
  • On top of this international student fee, anda masih perlu bayar ke sekolah untuk school resources, incursion dan excursion seperti yang diterangkan di atas. 
Yuran yang perlu anda bayar jika anda atau anak anda memegang student visa dan belajar di Victorian school. 

Pengecualian yuran (fee exemption) untuk beberapa kategori international student

  • International student fee tidak dikenakan kepada pelajar (anak yang bersekolah) kalau ibu/bapa merupakan pelajar master by research atau sedang membuat research/phd di institusi pengajian tinggi di Victorian university. (lain negeri lain regulation berkaitan ini, jadi kena check satu-satu)
  • Pemegang graduate skill visa juga dapat pengecualian international student fee. 
  • Permanent resident (PR)
  • Pemegang bridging visa tertentu (kena bayar atau tak adalah mengikut visa yang dia pegang sebelum bridging visa. Pemegang bridging visa untuk asylum seeker dapat pengecualian international student fee).
  • Refugee/ Asylum seeker
Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih terperinci, terutama bahagian pengecualian international student fee, adalah sebaiknya rujuk di dalam website department of education negeri masing-masing. Kalau untuk Victoria, websitenya adalah di pautan ini: www.study.vic.gov.au

Ok. Harap jelas sedikit sebanyak bab yuran sekolah.

Tunggu bahagian berikutnya pula iaitu berkaitan cara daftar anak ke sekolah di Victoria.

Sampai jumpa!

Noor,
Carlton North, Vic.


Disclaimer 1: Perlu aku highlight bahawa anak kami bersekolah di Victorian Government School, iaitu public school (Bukan international school, bukan private school). Bahasa senang pahamnya sekolah kerajaan (macam sekolah kebangsaan) di bawah kelolaan kerajaan Victoria (Bukan South Australia, bukan NSW ye). Jadi info yang aku kongsi adalah berdasarkan pengalaman aku bergelumang dalam government school sahaja.


Menghadiri perhimpunan sekolah. 
Kat sini ibu bapa memang join perhimpunan sekolah. 
Perhimpunan bukan hari isnin pagi, tapi pada hari jumaat petang, sesi terakhir sekolah. 


Ini bukan sekolah Jejuw. Sekolah kampung sebelah.


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)