day 3 : damai shuttle bus, sarawak cultural village, juwita menari, umai, ayam pansuh, damai beach.


hari ketiga di kuching diteruskan lagi. Punyalah lama baru nak sambung entry ni kan.. hehehe.


Damai shuttle bus.

actually ia adalah van, yang dipanggil shuttle bus ke damai beach dan kampung budaya. Kami pon awalnya agak keliru.. err.. bas ke van? ikut dalam tour guide tu tulis shuttle bus ke damai beach dan kampung budaya tunggu kat sekian sekian tempat. So, kami pon ikut aje lah. Memang van pon, macam kes van kilang yang ditulis bas kilang.. ha gitu le shuttle bas tu.


Untuk dewasa, return ticket shuttle termasuk tiket masuk kampung budaya adalah RM75. (kalau beli asing-asing, return tiket adalah RM20 campur tiket masuk RM60. Jimat RM5 sahaja pon). baby masuk percuma, cuma bayar shuttle sahaja. Senior citizen ade diskaun untuk tiket masuk kampung budaya. So, tiket masuk kena beli kat sana. Bayar shuttle bas je dulu. (phew, banyaknye explanation -_-")


juwita dan hubby dalam shuttle. seronok yee..x lama tu tido~


shuttle ni selesa lah, van hiace kot~~~ tapi jangan expect perjalanan yang smooth la ye, sebab jalan ke damai beach adalah sangat bergelombang, berlobang, dan melambong-lambong! haha! took about 40 minutes to reach there by the way.. keluar-keluar semua huyung hayang~~ heh!


Sarawak Cultural Village

tiket masuk, like i mentioned before is RM60/pax. baby macam juwita is free. kanak2 actually half price. senior citizen pon half price juga. Dengar macam mahal kan? rasanya ni la tempat yang paling mahal kena bayar kat sini (muzeum mostly free, ade satu je yang bayar, tu pon 4 hengget je). tak nak masuk rasa macam rugi plak... orang kata, tak sah kalau tak singgah sini kan?


dah kat dalam kampung budaya. dapat passport masuk kampung budaya sorang satu (yg hubby pegang tu) ade 7 ke berapa rumah tah, atau check point. so, bila dah sampai rumah tu, chop kan dalam passport tu, tanda kita dah sampai. :) menarik kan konsep dia nih? :)


hehe... korang jangan risau lah, i guaranty u all, berbaloi-baloi sangat RM60 tu. puas hati. Segala macam benda, pertunjukan, show, rumah2, dalam tu semua, aku rasa worth it lah dengan tiket RM60 tu. Bukan senang woo nak maintain semua rumah2 tu dalam keadaan baik. kos buat rumah2 tu pon gile punya mahal, lagi mahal dari nak buat banglow kat bukit antarabangsa. percayalah! tour guide tu yang cakap. kalau dia tipu, tipu lah aku hahaha!

orang ni la yang cakap macam tu kat aku. hehe... dia orang melanau, yang jaga rumah melanau tu. dulu dia tinggal kat sini, sekarang dia dah ada rumah kat santubung. So, dia ulang alik aje.





banyak lagi benda ade dalam kampung budaya ni. Boleh tengok aktiviti harian mereka. Ada yang buat manik, anyam tikar, buat sumpit, masak makanan tradisi. kalau nak beli pon boleh, and, and... please... bargain as lowest price as you can. memang diorang akan letak harga tinggi. tawar2 dapat half dari tu kot... hehe... diorang dah tau the value of money laa... heh heh heh...


juwita menari

satu benda yang jangan miss kalau dah sampai kampung budaya, adalah persembahan/ show dia wah la wei!!!! best giler dowh show diorang! aku dengan effortless-nya menepuk tangan dengan penuh kagum sambil mulut ternganga! serius! Show ni, dalam sejam kot (maaf, tak tengok jam pula). mempersembahkan tarian-tarian dari semua etnik di sarawak. semua best!


di penghujung show tu, mereka akan mengajak penonton untuk naik ke pentas dan menari bersama mereka. pergh... Juwita paling excited! bayangkan, sejak show mula sampai la nak habis, dia ikut terlompat-lompat kat seat dia. Tu tak kira dia menjerit-jerit sama masa mamat yang sumpit belon tu menjerit. Sampaikan mat saleh yang duduk di row tepi pon boleh tengok dia je instead of tengok show atas pentas. haha!

tengok tu, punyalah excited giler! mat saleh kat hujung tu dok usha dia je


dia dok teruja nengok orang ni ha...


aku suruh abah nya bawak juwita naik. Haa kau!!! ligat!!!! sukati la juwita~~~~ asalkan ko bahagia~~ haha! Sampai ke sudah dok cakap "best nari-nari! best!!!" ayoo... anak aku...! -_-'


anak akuu~~~


umai dan ayam pansuh.


ini umai


ini ayam pansuh, dah keluar dari buluhnya


lunch kami tak kemana. Makan dalam kampung budaya tu aje. (pendek kata, serba lengkap juga kampung budaya ni, semua ada. Yalah, bukan dekat nak kesana, dan bukan murah juga nak masuk!) err, tapi makan tak termasuk dalam harga tiket lah ye. Kena la beli lain, hehe. Tapi murah. i mean tak semahal harga makanan kat bandar kuching. Kat dalam ni consider cheap jugak la.


so, mu hubby order set umai, my mom order set ayam pansuh. Me, as usual la kan, mee kolok lagi daa. my dad, erm... lupa dah ape dia makan... haha!


umai adalah ikan mentah yang di perah asam limau, cili potong, bawang dan daun ketumbar. asid limau tu akan me-masak-kan isi ikan mentah tu. sedap wooo! menu ni dihidang sejuk tau. very very the refreshing. fav nih!


ayam pansuh, secara ringkas adalah ayam yang dimasak dalam buluh, bersama daun2 herba (kalau tak silap 15 jenis daun). pon sedap lagi berkhasiat!!! ngeh ngeh ngeh! suka jugak ini benda~~ tak jumpa kat semenanjung.


damai beach.

rancangan asalnya nak singgah ke damai beach selepas habis round dalam kampung budaya. Tapi punyalah luas kampung budaya tu, punyalah penat (walaupon dah lunch tadi), then punyalah panas~~~ tak larat nak jalan ke damai beach. Terus tunggu van jemput balik.


Tapi, memang lucky lah, van tu stop pulak kat damai beach resort, tukar van. So kami minta diorang tunggu sekejap, coz kami nak pi tengok beach kejap. haha! boleh ja kan. berlari la kami semua ke laut!!! setakat amik gambar, tengok2 je lah... tak de lah duduk lama. van da tunggu woo

tak banyak gambar. ni pon in a hurry je tangkap. Juwita dah resah gelisah nak main swimming pool -_-"


sampai bandar kuching dekat pukul 5 dah... rehat2 (pengsan kot! letih giler, muka pon da itam T__T) malam baru keluar cari makan. adoi... hari ketiga yang amat letih, walaupun 1 tempat je pergi... takpe, janji puas!


nantikan rentetan hari ke-4 di entry berikutnya

Comments

teringat kecik2 dulu penah wat show kat scv tuh... T_T.... tp kisah kecik2..dah besar x penah jejak kaki ke sane da pun.hahaha
wa wah wah wah bercuti tidak mengajak daku..acececece mcm kenal je


waaa such a nice place to go!
Sherry said…
nice la.. last time I went kuching the ticket sarawak culture only $20 plus.. sebb tu attraction tourist dah mahal sgt x pergi lagi.
Nurul Says said…
wah shuttle tu kena cari kat mana ya? reply me tsukinano@gmail.com

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)