Road to Melbourne. Episode 3: Conditional offer, deferral of offer, & unconditional offer

#RoadtoMelbourne.
Episode 3: Conditional offer, deferral of offer, dan unconditional offer

Bila aku dapat conditional offer dari University of Melbourne, perasaan aku bercampur baur. Sebenarnya pada mulanya aku berharap sangat agar aku dapat unconditional offer dari uniMelb sama macam aku dapat dari Adelaide, jadi bila dapat conditional, memang agak sedikit hampa. Tapi dah dapat tu pun syukur la kan? Jangan lah tak bersyukur. Bukan senang pun nak dapat offer dari uni Melbourne ni. 

University of Melbourne merupakan universiti yang tersenarai dalam top 20% universiti di dunia. Ranking uni ni adalah nombor 33 dunia dan pertama di Benua Australia. Melbourne pula merupakan the best city to live and study in the world berdasarkan satu statistik yang pernah dibuat. Jadi, bila dah dapat offer dari University of Melbourne, mana boleh tak happy! Wajib happy! Dan wajib accept! Ia adalah peluang once in a lifetime!!!

Tapi, setelah mendapat consultation dari agen aku iaitu IDP, aku ambil keputusan untuk defer my offer. Apa tu defer my offer? kenapa aku defer offer aku?

Apa itu "defer the offer"? 

Defer offer adalah proses dimana kita mohon untuk pihak universiti mempertimbangkan kita untuk enroll di semester berikutnya. Contohnya macam kes aku, aku pada asalnya dapat conditional offer untuk intake mid term/July 2016. Atas beberapa alasan teknikal, iaitu kemustahilan untuk aku penuhi condition yang ditetapkan, dan hakikat yang aku sebenarnya masih belum tamat degree, dan tak bersedia lagi, serta ketidak cukupan masa untuk mengurus segala urusan legal (visa, rumah, scholarship, dsb), dan ketiadaan duit, maka aku mohon untuk defer enrollment ke semester berikutnya iaitu intake early year/feb 2017. 

Kan aku dapat conditional offer dari University of Melbourne. Maksudnya ada condition yang perlu aku penuhi sebelum layak mendapat full offer atau unconditional offer. Condition yang aku perlu penuhi masa itu adalah, final transcript dan letter of completion of study. Memang mustahil lah untuk aku dapat dua benda tu kan, sebab aku memang belum complete study. Official/ final transcript takkan keluar selagi kita belum tamat. Jadi redho je lah dengan keadaan. Mungkin masa tu, tuhan taknak aku rush dan tergopoh-gopoh. Itulah hikmahnya. 

Proses deferral ni mudah je sebenarnya. Pihak IDP yang buatkan.


Bila IDP dah isi permohonan deferal, terus aku dapat email macam ni dari uniMelb. (Maaf lah memang tulisan kecil. Print screen dari ipad sahaja)


Dan ini pula email yang aku dapat beberapa hari selepas itu, menyatakan bahawa deferral aku diterima/ approved. Disitu juga menyatakan bahawa once aku dah penuhi condition yang diperlukan, automatik mereka akan issue unconditional offer. Tarikh enrolment baru aku adalah 27 February 2017 iaitu early year intake. 


Bila aku defer offer dan deferral aku granted, aku lebih tenang. Bila dapat defer, maknanya aku ada extra 6 bulan untuk buat preparation. Aku lebih fokus pada final exam dan viva final project aku masa tu. Aku juga boleh menyambil survey rumah sewa, dan slowly apply scholarship sebanyak mungkin. Itulah hikmahnya. Mungkin itulah cara Allah nak ingatkan aku untuk take it easy, slow and steady, and take one step at a time. Planning, planning, planning. Yang penting, dalam mengejar impian, kita kena banyak bersabar. Good thing come to those who wait and finally, always believe in god's plan. His plan is always the best for us. 

Bukan mudah ye, transition dari degree ke master ni. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kita dan keluarga kita kena pindah ke luar negara. Banyak benda nak kena fikir selain dari yuran belajar dan daftar subjek; seperti rumah sewa, kerja, sekolah anak, visa family.... Tu untuk settle down di sana. Nak kena fikir juga benda yang kita kena lepaskan di sini; seperti rumah yang kami duduk sekarang ni perlu ditamatkan sewa, barang-barang rumah semua nk kena jual, kereta nak kena jual, anak nak kena diberhentikan sekolah, unifi coway dan segala subscription nak kena terminate, kucing nak di rehome ke tidak, eh banyak lah benda nak kena clear. Pendek kata, bukan senang nak jadikan kami bertiga ni tinggal sehelai sepinggang dengan luggage, wang, buku dan document sahaja untuk move on ke Australia. Kena lepaskan macam-macam attachment dan tanggungan. Nanti aku cerita lebih lagi pasal ni di entry lain.

Kena ingat, If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your fears and liabilities that weight you down.

Fulfill the condition

Dapat je final result, terus aku contact Ined tentang cara mendapatkan transcript. Rupanya aku dah boleh terus minta official transcript dari bahagian rekod pelajar dan konvokesyan. Wah, apa lagi, memang aku terus ke menara SAAS lah untuk mohon official transcript aku. Transcript ni sebenarnya semua pelajar akan dapat lepas convo nanti, tapi kita boleh mohon untuk mendapatkan satu salinan sebelum convo dengan bayaran RM10. Bukan dapat segera ye, ambil masa 5 hari bekerja. Alang-alang, aku mohon sekali untuk dapatkan surat completion of study. 

Bila dapat je 2 benda ni 5 hari lepas tu, tak sempat sampai rumah, dalam kereta lagi aku terus snap gambar dan terus email kepada IDP. Terus IDP email kepada uniMelb hari yang sama juga. Ini lah sebab kenapa aku suka sangat dengan IDP ni. Service mereka tak pernah menghampakan.

Oh ya, bila dapat result akhir tu, gembira gila dan bersyukur tak terkata aku sebab aku dapat juga status ANC. Kisahnya, masa aku sem akhir dulu, Ined pernah cakap ada kemungkinan aku tak boleh tamat dengan ANC sebab final sem aku, tolak industrial training, hanya ada 9 jam kredit. Melalak aku balik rumah weiii! So, memang sangat bermakna cetakan tamat dengan ANC tu pada aku, sebab ANC tu hampir-hampir terlepas dari genggaman.


Result sem akhir. Tertulis COMPLETE dan ANC (Vice Chancellor Award). Satu achievement juga ni selain dari offer UniMelb. Tinggi sikit pointer aku dari Ahmad Maslan. Semoga aku lebih bijak berkata-kata berbanding dia. Hahahaha!


Unconditional offer from University of Melbourne

Akhirnya!! Saat yang aku dinanti-nantikan sejak beberapa bulan yang lalu, kini menjadi kenyataan. Tak sampai 2 minggu IDP submit final transcript dan letter of completion of study aku kepada uniMelb, terus aku dapat unconditional offer. Gembira tak terkata. Speachless! Aku ingat lagi, masa tu bulan Oktober. Dua tiga hari juga lah aku tersenyum lebar. Sujud syukur aku setiap malam. 



Akhirnya aku dapat juga unconditional offer. Official letter inilah yang dinanti-nanti sejak sekian lama. Meleleh air mata woi bila dapat ni.


Maka, bermulalah fasa berikutnya dalam perjalanan aku ini, iaitu fasa untuk accepting the offer, mencari dana, sponsor dan scholarship, dan fasa pening kepala.


Next, aku akan ceritakan proses dan bagaimana aku accept offer dari uniMelb ni, dan cabaran-cabaran fasa pertama yang ku lalui.


till next time.

Click untuk baca Episod 4 #RoadtoMelbourne di sini


Noor Hida Halim
#RoadtoMelbourne

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kemas kini gambar passport anak anda

Persekolahan anak di Australia (part 1: yuran sekolah)

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master