Road to Melbourne. Special Episode: scholarship, tajaan, loan, dan segalanya.

Road to Melbourne.
Special Episode: scholarship, tajaan, loan, dan segalanya.

Sebenarnya ramai yang private message dari dulu lagi, bertanyakan scholarship aku dari mana? Biasiswa apa? Tajaan siapa? 

Dalam stage aku memohon untuk belajar ke Australia sampailah aku dah start orientasi kat uni, takde satu pun lagi scholarship atau tajaan yang aku dah secure. Gila ke tak gila? Dalam beberapa bulan sebelum aku ke Melbourne, dah berapa badan organisasi telah aku mohon scholarship.

Ini aku senaraikan satu persatu tajaan yang aku mohon dan aku akan cuba terangkan (setakat yang aku faham) mengapa permohonan aku tidak berjaya. Mungkin boleh jadi panduan pada calon lain yang hendak mencuba nanti. Ini juga untuk mengingatkan pada pelajar di luar sana, jangan ingat bila kita mohon scholarship, confirm dapat ye. Kekecewaan demi kekecewaan akan menimpa diri anda sebelum akhirnya, mungkin akhirnya dapat jua tajaan. Jadi jangan over confident dalam hal biasiswa dan tajaan. Berdasarkan pengalaman aku, apply nak masuk uni lagi senang dari apply nak dapat tajaan.


Berikut adalah senarai scholarship yang aku cuba apply:

1. Yayasan Khazanah - gagal. 

Aku lepas saringan pertama. Saringan kedua adalah online test. Ada total 4 test yang menguji IQ, oral/verbal, numerical, dan logical strength calon. Bapak susah nak mampos aku cakap wei!!! Bagi aku, IQ test dan verbal test tu senang. Logical test pula tiada salah tiada betul. Dia cuma nak tengok macam mana kita berfikir dan menilai sesuatu situasi. Numerical test tu yang seriously tough. Instruction akan suruh kita prepare pen dan kertas serta kalkulator. Tapi instruction juga suggest kita untuk tidak guna kalkulator kerana masa mungkin tidak mencukupi maka dia galakkan kita untuk congak sahaja. Haaa nampak tu? Instruction tu pun dah nampak yang kita akan diuji dengan masa dan kepantasan mengira. (Aku pula memang lemah mencongak. Sebelum buat lagi aku dah tahu this is my doom) 

Soalannya pula, kalau korang nak tahu, banyak soalan probability dan chance. Tak tahu apa itu probability dan chance? Sila lah mengucap dan pergi studi statistik. Lagi satu, soalan adalah di dalam bahasa inggeris tinggi. Kalau tidak mahir bahasa inggeris, silap-silap tak faham soalan pun. Nasihat aku, silalah studi lebih sikit untuk test yayasan khazanah ni (part numerical). Bukan main-main soalan dia. 

2. Endeavor Australia 2017 (scholarship luar negara) - gagal

Ini adalah scholarship penuh tajaan kerajaan Australia. Saringan memang ketat kerana permohonan diterima dari serata dunia. Aku rasa aku tahu mengapa aku tak dapat scholarship ni. Aku rasa aku tak terpilih kerana aku gagal kemukakan surat offer aku yang menunjukkan intake aku 2017 dan bukan 2016. Sebabnya, aku apply Endeavor ni masa aku dapat conditional offer lagi, jadi bila aku defer offer ke intake 2017, aku tak dapat offer letter yang baru. Kiranya aku gagal kerana masalah teknikal dan kecuaian aku sendiri. Memang hampa dan sedih juga sebenarnya. Nangis la juga bila dapat result tu. Tapi redha je la. Memang bukan rezeki aku dan Allah mungkin nak beri yang lebih baik. 

3. Yayasan Daya Diri - gagal

Ni, dari awal aku memang dah 50-50 sebab aku submit application sehari selepas tarikh tutup. Nak buat macam mana, offer letter aku dapat sehari selepas tarikh tutup scholarship ni. Ridiculous kan? Tu pun aku usaha la juga isi borang dan buat karangan sehari suntuk, dan tetap submit form aku walaupun aku tahu dah lepas dateline. Dah tu tak dapat, redha je la. Dari awal dah tau silap kita. Kalau dapat tu maknanya miracle tuhan nak bagi.

4. MaraBank Loan - gagal/ tak lepas saringan bank

Sebelum apa-apa, nak bagi tahu yang ini bukan scholarship mahupun tajaan MARA. Setakat yang diberitahu oleh pegawai MARA sendiri, buat masa ni MARA TIADA tajaan untuk pelajar master/PhD luar negara. Mungkin dana tak cukup. Yang mereka boleh tawarkan hanyalah ini, pinjaman bank rakyat melalui MARA. Walaupun pinjaman, kelulusan bukan 100%. Bergantung juga pada kelulusan bank. Oleh kerana ia adalah bank loan, maka ada keuntungan yang perlu kita bayar + principle, dan tiada skim pengurangan pembayaran pinjaman. What you get is what you pay plus interest. Kalau dah terdesak, apply je lah daripada tak ada. 

5. Scholarship award dari universiti. (Scholarship luar negara) - Harapan dan sinar untuk aku.

Sebenarnya, hampir semua universiti ada scholarship yang mereka sediakan untuk kursus tertentu. Contohnya, university of Adelaide ada fully funded scholarship untuk oversea student master by research. University of Melbourne ada scholarship award untuk international student graduate coursework. Tinggal lagi kita dapat atau tidak sahaja lah. Kelayakan adalah mengikut merit dan biasanya tidak perlu apply pun. Automatik di-consider jika kita layak.

Inilah satu-satunya penyelamat aku. University of Melbourne ada award yang dinamakan International Postgraduate Coursework Award (IPCA) yang memberi fee remittance kepada pelajar international yang layak.  Setiap fakulti ada quota masing-masing dan tak semua kursus ada award ni. Untungnya kursus yang aku ambil memang tersenarai dalam kursus yang boleh menerima IPCA.

Itupun aku macam gamble la jugak sebab sampai ke sudah tak tahu result IPCA ni. Lepas kami sampai Melbourne baru aku dapat result IPCA dan aku berjaya mendapat fee remittance sebanyak 25%. Mula-mula tau result tu macam hampa la jugak, eh 25% je potongan? Ingatkan dapat la 50% - 70% ke (sebab dalam website ada tulis Universiti boleh bagi fee remittance antara 25 - 75%. Rupanya fakulti aku cuma dapat bagi 25% remittance sahaja.

Bila fikir balik, eh dah cukup banyak lah 25% tu. Satu per empat hokey. Kalau pelajar international lain bayar AU$4,000/subject, aku bayar $3,000 sahaja. Maksudnya, orang lain bayar $16,000/ semester, aku bayar $12,000 sahaja. Kalau nak fikir cara lain, untuk setiap semester, aku cuma perlu bayar 3 subjek sahaja daripada 4 subjek yang aku daftar. Ok sangat dah kan? Syukurrrr.....


Jadi, benarkah scholarship tempatan sudah tidak banyak?

Dari pengalaman aku sendiri, memang tak banyak scholarship dan tajaan yang ada di Malaysia untuk pelajar postgraduate luar negara sepanjang 2016/2017. Sedih kan? Tapi nak buat macam mana, bukan boleh salahkan sesiapa pun. Ada orang kata, takkan tu je? Kau tak cari betul-betul ni. Aku tengok banyak je senarai scholarship yang ada.

Aku jawab, encik, encik tengok list tu encik ada baca tak kelayakan permohonan scholarship tu satu-satu? Tak baca kan? Kalau nak tahu, memang ada banyak scholarship lain tapi kebanyakannya adalah untuk undergraduate study dan kebanyakannya khusus untuk kursus tertentu, ataupun khusus untuk universiti atau negara tertentu sahaja. Bukan sesuka hati kita apply semua ye. 


Jangan putus harapan!

Apapun, paling penting, walau kerajaan taknak taja kita pun, tak bermakna kita perlu lupakan impian dan cita-cita kita. Walau terpaksa sehelai sepinggang sekali pun, jangan sekali-kali kita tunduk pada keadaan. Jangan mengalah dan jangan kecewa dengan kehidupan. Kalau kita rasa tidak ada yang appreciate kita di sini, ingatlah, ramai yang akan appreciate kita di luar sana. All we have to do is to believe. We have to believe that god work in a mysterious way. We have to remember that the heaviest rain comes from the darkest cloud. 

So, jangan putus asa okey? Teruskan usaha dan jangan takut pada cabaran yang menimpa. For everyone out there, yang teringin sangat nak sambung belajar, yang dapat offer tapi tak cukup dana, don't give up! Kita sekapal. Aku faham kau dan kau faham aku, aku tahu apa yang kau rasa dan fikir. Aku tahu jalan tersangat berliku sehingga terkadang rasa mahu mengalah. Jangan! Kita teruskan. Ok! 


Chaiyok! Chaiyokk!!!


Noor Hida
Carlton North

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)