Road to Melbourne. Episode 7: Urusan imigresen, menterjemah dokumen rasmi, dan pesuruhjaya sumpah

#RoadtoMelbourne.
Episode 7: Urusan kami sepanjang minggu ini

Minggu ini aku rasa minggu yang paling sibuk antara segala minggu. Bayangkanlah, dalam 5 hari, baru hari ini dapat aku siapkan entry #roadtoMelbourne siri 7 ini. Jadi aku ambil peluang untuk tulis semua (mungkin bukan semua, tapi urusan yang penting) yang kami lakukan sepanjang minggu ini.

Sambungan kisah dengan imigresen Putrajaya

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku menterjemah sijil nikah dan sijil lahir anak, biarlah aku cerita sikit sambungan kisah aku dengan kes yang sebelum ini, iaitu kes hendak mendapatkan rekod pergerakan keluar masuk dari imigresen Putrajaya. Ingat tak aku pernah cerita yang imigresen telah benarkan aku untuk fax-kan surat dan dokumen kepada mereka, jadi aku tak perlu datang ke Putrajaya sekali lagi.

Maka bermulalah satu petang yang panjang di mana serata seksyen 7 Shah Alam kami mencari kedai yang ada perkhidmatan mesin fax. Bukan senang rupanya hendak mendapatkan khidmat mesin fax ini kerana rata-rata kedai photostat dan printing telah tiada mesin fax lagi. Hampir kecewa aku dan hampir juga aku menyumpah seranah kerana memikirkan betapa tidak "up to date" nya lah jabatan kerajaan ni, masih guna mesin fax sedangkan zaman sekarang semua benda orang email sahaja. Bukan aku tidak tanya tentang email, tetapi pegawai imigresen mengatakan mereka tiada staff yang urus email. Hmm layankan aja.

Akhirnya aku teringat tentang kedai fax di kampung aku di Jasin, Melaka. Kedai fax di kampung aku bukannya kedai printing dan design, bukan juga kedai printing digital dengan mesin canggih, tapi cuma kedai alatulis dan photostat yang sangat usang. Jadi aku cuba mencari kedai alatulis yang usang sekitar Seksyen 7 itu, dan ternyata, kedai itulah yang ada khidmat fax! 

Jam ketika itu hampir 4.30. Aku yakin staff imigresen pun mungkin sudah siap sedia mahu pulang, namun aku tetap mencuba menghubungi mereka untuk memastikan dokumen aku semua sampai. Namun jawapan yang aku terima dari hujung talian agak tidak meyakinkan.
Pertamanya, aku dipersoal semula mengapa aku fax dan tidak datang sendiri ke Putrajaya. Kedua, aku dipersoal mengapa lewat petang begini, pegawai sudah tidak ada. Ketiga, aku dipersoal siapa yang memberi kata dua pada aku boleh guna fax dan tidak datang sendiri. Saudara di hujung talian juga tidak dapat mengesahkan penerimaan dokumen aku kerana mesin fax berada di bilik admin sedangkan mereka berada di.....entah lah, aku tak tahu mereka di mana tapi yang pasti bukan berdekatan dengan mesin fax. Dan paling menambah anxiety aku adalah apabila pegawai itu meminta aku hubungi semula hari Isnin. 

Pada hari Isnin aku menghubungi imigresen semula. Aku cuma perlu mem-fax-kan semula salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan kerana tidak sampai. Selebihnya telah tiba di tangan pegawai yang berkaitan. Kalau tiada masalah, hari Khamis nanti sudah boleh ambil di Putrajaya.


Menterjemah sijil kelahiran anak

Untuk menterjemah sijil kelahiran anak, prosesnya mudah sahaja. Kita hanya perlu ke mahkamah dan di kaunter nanti, beritahu sahaja yang kita memerlukan khidmat penterjemah dokumen. Untuk proses ini, aku memberi tanggungjawab itu kepada suami untuk menyelesaikannya. Terjemahan surat beranak ini kami perlukan segera kerana urusan pendaftaran sekolah Juwita juga memerlukan surat beranak yang telah diterjemah. 

Di mahkamah memang ada interpreter. Jadi kita boleh menggunakan khidmat mereka untuk menterjemah dokumen rasmi. Bayaran mereka, dah tentulah bayaran professional. Untuk kes kami, interpreter tersebut mengenakan bayaran mengikut muka surat. Setiap 1 muka surat dicas sebanyak RM50. Ada juga yang aku baca di blog lain, interpreter mengenakan cas mengikut patah perkataan. Mungkin cas mereka ni lain-lain, mengikut budi bicara mereka. Proses terjemahan ini pun mengambil masa 2-3 hari juga rupanya. Suami aku hantar sijil kelahiran hari Rabu, hari Jumaat baru boleh collect. 

Sebenarnya selain di mahkamah, kita juga boleh menterjemah dokumen di Persatuan Penterjemah Malaysia. Kalian boleh google sendiri tentang organisasi ini di internet. Ada juga yang berkata, sijil kelahiran baru semua dwi bahasa, tidak perlu terjemahan. Boleh. Tapi kena tengok juga dahulu, terutama di ruangan jantina/ sex, adakah mereka menaip LELAKI, atau MALE? Jika tempat kelahiran Wilayah Persekutuan, adakah mereka tulis Federal Territory? Setakat yang aku pernah lihat,  soalannya sahaja dwibahasa, tetapi jawapannya tidak. Kalau begitu, anda tetap perlukan terjemahan yang lengkap.

Ini dia cop penterjemah mahkamah tinggi Selangor. Mana tahu ada antara pembaca memerlukan khidmat ini.


Menterjemah sijil nikah

Untuk menterjemah sijil nikah, kita boleh melakukannya samada di mahkamah, Persatuan Penterjemah, atau di Pejabat Agama. Iya betul, pejabat agama boleh berikan salinan sijil nikah berbahasa inggeris. Tapi satu sahaja masalahnya, pastikan kita hadir di pejabat agama kita mendaftar nikah dahulu. Jika kita daftar nikah di Jasin, memang tak boleh lah minta salinan sijil nikah berbahasa inggeris di pejabat agama Selangor. Perlu pergi ke Jasin. Ok? 

Aku punya kes, nak dijadikan cerita, sudah hampir 10 tahun kami berkahwin rupanya sijil nikah tidak pernah dikutip lagi dari pejabat agama. Nasib baiklah abah aku boleh mewakilkan diri untuk mengambil sijil nikah aku. Alang-alang, dimohon sekali salinan berbahasa inggeris. Maknanya urusan mendapatkan sijil nikah yang berbahasa inggeris telah diurus oleh ayahku. Settle satu kes. Aku cuma perlu pulang ke Melaka untuk ambil sijil dari abah. 

Contoh sijil nikah berbahasa inggeris yang dikeluarkan oleh pejabat agama. Tak boleh lah tunjuk semua kan... Ada 2 muka surat kesemuanya. Kalau bawa ke mahkamah untuk terjemah, kosnya adalah RM100.  Kalau buat di pejabat agama, free sahaja.


Klang - Melaka - Klang

Memang aku bercadang hendak pulang pun, kerana aku juga perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan mama dan abah yang siap disahkan ketua kampung untuk memenuhi kehendak permohonan pinjaman MARA-Bank aku. Maka hari Isnin, kami semua gerak balik ke Jasin, Melaka. Sekejap sahaja pulangnya, Selasa malam telah kembali ke Klang. Isnin itu sempat juga lagi singgah di kampung mertua aku di Felda Palong 1.


Sambil melengkapkan dokumen untuk visa, sambil itu menyiapkan dokumen untuk pinjaman MARA. Mana tak pening


Renew passport, dan mendapatkan pengesahan dari pesuruhjaya sumpah

Next, prosesnya adalah membawa semua dokumen yang siap diterjemah itu ke peguam atau pesuruhjaya sumpah untuk pengesahan. Ada 3 dokumen yang memerlukan pengesahan pesuruhjaya sumpah atau peguam iaitu: terjemahan sijil kelahiran, terjemahan sijil nikah, dan salinan asli passport. 

Hari Selasa pagi kami ke Ayer Keroh untuk renew passport. Walaupun passport aku masih berbaki 1 tahun 9 bulan, namun ia tidak cukup untuk cover tempoh visa aku nanti. Visa aku 2 tahun, jadi kena pastikan passport hidup sepanjang 2 tahun itu. 

Kalau passport mati sedangkan visa hidup, bagaimana? Bukan satu kesalahan, tapi bakal menyusahkan hidup anda 1 tahun 9 bulan kemudian bila perlu renew passport di embassy dan mengurus penukaran detail passport di visa nanti. Demi hidup yang aman kelak, lebih baik bersusah-susah dahulu. Kan?

Cepat dan pantas sungguh proses renew passport di kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, Melaka ni. Tidak sampai sejam pun urusannya. Sempat lagi aku menukar IC baru sementara menunggu passport siap. Itupun sudah hampir kena marah kerana semasa passport siap aku tidak berada di ruang menunggu passport. Pukul 11 dan settle semua urusan di kompleks KDN ni.

IC lama dengan muka toya. Selama ini tidak pernah terasa mahu tukar kerana chip nya masih elok. Tapi bila 2 pegawai imigresen di kaunter berbeza komen benda yang sama, katanya muka aku sudah tidak sama, perlu tukar IC supaya gambar up to date, jadi aku pun akurlah. Mungkin sudah tiba masa untuk tukar.


Bila sudah ada passport baru dan salinan, baru lah aku bawa semua dokumen salinan dan asli beserta tuan milik dokumen ke pesuruhjaya sumpah untuk pengesahan. Pesuruhjaya sumpah itu berada di tingkat dua, atas pejabat passport di Kompleks KDN itu sahaja. Pung pang pung pang, mengada ngada pula pesuruhjaya sumpah ini, dia cuma mahu mengesahkan dan menandatangani salinan passport kami. Itu pun katanya kerana dia tidak jamin imigresen ada stamping berbahasa inggeris. Sijil kelahiran katanya sudah cukup certified dengan tandatangan interpreter mahkamah. Sijil nikah pula dia tidak mahu tandatangan kerana sijil nikah bahasa inggeris aku itu adalah original copy dan sudah ada letter head.


Shah Alam - MARA HQ KL - Klang

Esoknya, hari Rabu aku telah berada di Shah Alam kembali. Urusan hari itu sebenarnya adalah untuk ke MARA HQ di KL untuk menghantar dokumen. Tetapi sebelum itu, surat pengesahan pendapatan suami perlu di sahkan pesuruhjaya sumpah. Kali ini, aku siap-siap photostat sijil nikah bahasa inggeris untuk mendapatkan cop pesuruhjaya sumpah. Senang aja berurusan dengan pesuruhjaya sumpah di Shah Alam ini. Tidak terlalu cerewet seperti pesuruhjaya sumpah di Melaka sebelum ini.

Before lunch dah settle urusan di Shah Alam dan MARA. Mungkin lain kali aku boleh ceritakan serba sedikit tips dan panduan berurusan dengan MARA ni. Rasanya ramai juga ibu bapa dan pelajar ingin tahu proses berurusan dengan MARA, betul tak?


On the way pulang dari KL kami singgah makan mamak kari ikan kampung atap. Suami kata, ini sekali seumur hidup kena try juga. Nak-nak sebelum pindah Melbourne ni, kena la makan mamak puas-puas. Haha!


Aku harap sangat dapat settle semua benda minggu ni sebab macam dah tak sanggup nak mengadap benda ni lagi dah. Lagi satu urusan persekolahan Juwita. Aduiyai, pening kepala memikirkannya. Cepat lah settle. Banyak juga lagi urusan lain yang kami buat minggu ini. Urusan dengan bank, urusan membayar yuran sekolah Juwita. 2 urusan ini pun sudah ambil masa seharian semalam. Berkampung di bank.

Semoga dipermudahkan segala urusan aku minggu ini. Tolongku Ya Allah...... Beriku kekuatan dan kemudahan!


till next time

Click sini untuk baca episod 8 #RoadtoMelbourne : Proses permohonan dan pendaftaran anak ke Victorian Government School 


Noor Hida Halim
#RoadtoMelbourne

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)