Book Review: The Communist Manifesto



The Communist Manifesto



Pengenalan dan latar belakang


Buku The Communist Manifesto jatuh di bawah kategori political phamplet yang ditulis oleh ahli falsafah berbangsa German, Karl Marx dan Friedrich Engels.  Buku ini telah diiktiraf sebagai sebuah naskah politik yang paling berpengaruh di dunia. Bila sebut komunis, kita di Asia Tenggara ni, terutama di Malaysia, agak rasa kurang senang sikit. Dari lahir kita dah diajar untuk membenci puak komunis tanpa kita memahami apa sebenarnya ideologi communism itu. Dan paling jelas, kita cenderung untuk melabel bangsa cina di tanah melayu sebagai komunis walaupun hanya secebis sahaja tentang komunis itu berkaitan dengan bangsa cina atau negara China. Mengikut argument salah seorang profesor aku, kalau diikutkan, negara China itu sendiri pun sebenarnya tidak sepenuhnya mengamalkan ideologi communism, tapi lebih kepada ceduk itu sikit ceduk sini sikit dan self claimed diri sendiri sebagai negara komunis. Malah, ramai juga yang jadi rebel, menentang kerajaan ketika itu atas nama komunis, tapi sebenarnya tak begitu faham pun ideologi pakcik Karl Marx ni.



Naskah yang aku baca adalah cetakan Penguin books 2004. Bahasa inggeris.


Seperti yang aku nyatakan di atas, buku The Communist Manifesto, yang berjaya menggoncang dan mengubah landscape dunia sekitar tahun 1800 - 1900 dahulu ni, ditulis oleh ahli falsafah German. German ye, bukan China. Ideologi ini, dipanggil juga sebagai Marxism beberapa zaman kemudian, mula bercambah di London (buku ini mula dicetak di London), kemudian menular ke German, France, Poland, Itali, Rusia (Soviet Union) dan akhirnya menular keluar Eropah apabila ia diterjemah ke bahasa Cina, Jepun,  dan juga Spanish untuk edisi Amerika Latin.


Ini pula adalah The Communist Manifesto edisi bahasa melayu yang di tularkan di tanah melayu. (credit to: Imagined Malaysia Facebook 


Apa isi kandungan buku ini?


Buku ini menceritakan tentang "class struggle" yang wujud akibat dari capitalism dan pembolotan kuasa dan harta oleh golongan atasan. Dengan kata lain, Karl Mark kata, sistem kapitalis telah menjadikan orang kaya bertambah kaya dan orang miskim semakin miskin dan kehilangan harta. (Macam familiar je kan ayat ni?) Buku ini bertujuan menaikkan semangat golongan kelas bawahan; wage labour, iaitu pekerja-pekerja kilang yang ditindas ketika itu (dengan gaji rendah, condisi kilang dan tempat kerja yang teruk, poverty, child labour, exploitation of woman and children, etc) yang digelar sebagai "proletarians", untuk bangkit menentang golongan "Bourgeoisie", iaitu golongan bangsawan, atau golongan kapitalis modern.

Menurut Karl Marx, sistem kapitalis telah membunuh golongan artisan: peniaga kecil, penjahit kecil-kecilan, tukang kasut kecil-kecilan, ahli tukang kecil-kecilan, pembuat roti kecil-kecilan, dan memaksa golongan ini menceburi bidang "wage labour" (buruh yang bekerja untuk wang) di kilang-kilang besar dengan gaji yang rendah. Marx kata golongan ini telah diexploitasi seteruk-teruknya demi mengkayakan poket golongan atasan, atau seperti kata pakcik Marx, "Exploitation of the majority for the benefit of the few". Pada zaman itu, golongan yang memonopoli kekayaan adalah the top 1% of the population, manakala 99% populasi pula merupakan kelas miskin melarat yang terus terusan diekploitasi dan di manipulasi demi mengkayakan lagi golongan top 1% tersebut. Macam familiar juga kan situasi ni? Perkara ini pakcik Marx kata merupakan satu yang tidak patut. Ia adalah satu bentuk penindasan pada tahap maksima dan patut dihentikan.

Pakcik Marx juga nampak betapa golongan gereja pun tergolong dalam golongan kapitalis ni. Orang agama menggunakan nama dan agama untuk mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan di atas kekurangan dan kelemahan penganut kristian masa itu. (familar juga kan?) Situasi ni, 'menggunakan agama untuk mengaut keuntungan', bagi pandangan pakcik Mark, memang perkara paling keji sekali dalam kapitalis.

Jadi, The Communist Manifesto ni tujuannya untuk membangkitkan satu kesedaran kepada golongan pekerja yang tertindas, dan diekploit ni semua untuk bangkit menentang ketidak adilan dalam ekonomi dan hidup. Bagaimana? Satu je cara, kata pakcik Marx, iaitu dengan mencetuskan revolusi menentang golongan kapitalis.

Dalam buku ni juga ada senaraikan 10 asas kepada sistem komunis di mana antara isinya adalah pendidikan percuma kepada semua public school, dan menghapuskan child labour. (familar juga kan idea ni?) Kenapa Marx kata pendidikan percuma dan no child labour? Kerana golongan bawahan pada masa itu tersangat lah miskin sampai anak-anak tak mampu pergi sekolah dan terpaksa bekerja bersama ibu bapa di kilang-kilang. Dah la tu, dibayar separuh lebih murah pula berbanding orang dewasa. Bila kanak-kanak ni tak berpendidikan, teruslah generasi demi generasi jadi hamba kepada golongan Bourgeoisie/ kapitalis moden ni. Zaman sekarang, kita panggil situasi ini "cycle of poverty" dimana golongan miskin kekal miskin kerana tiada jalan untuk mereka keluar dari kemiskinan. Sebab tu Marx kata, nak bagi dunia lebih adil, kekayaan sama rata boleh dinikmati, kita kena bagi semua kanak-kanak peluang mendapat pendidikan. Kanak-kanak juga tak patut kerja di kilang kerana ia merupakan satu ekploitasi yang paling hina sekali dalam sistem kapitalis.

Memang teruk sangat-sangat keadaan dieropah ketika itu dan ia dirasai oleh majoriti rakyat. Maka tidak hairan lah jika buku The Communist Manifesto ini diterima umum sebagai pembakar semangat mereka untuk memberontak menentang pemerintah. Kerana, buku ini sangat tepat menjelaskan situasi dan kondisi mereka ketika itu. Dan yang paling penting, buku ini menggambarkan possibility untuk golongan wager/ buruh ini untuk berkuasa dan menggulingkan golongan kapitalis.

Pakcik Mark kata, proletarians ada satu kuasa yang golongan Bourgeoisie tak ada, iaitu kuasa majoriti. Kalau kita semua bersatu, kita boleh hapuskan ketidak adilan dan gulingkan golongan kapitalis. Seperti kata-kata akhir Pakcik Marx dalam bukunya,


"Let the ruling classes tremble at a Communistic revolution. The proletarians have nothing to lose but their chains. They have a world to win. 
WORKING MEN OF ALL COUNTRIES, UNITE!" 
(Marx, Engels)


Legasi Marxist.


Ideologi Marxist ni sampai sekarang masih kuat dan menular di serata dunia. Sebabnya, sampai sekarang, bila kita baca penulisan Karl Marx, kita masih boleh relate dengan keadaan dunia hari ini. Ketidak stabilan ekonomi, income gap antara yang kaya dan miskin yang semakin besar, richer getting richer poorer getting poorer, exploitation of majority for the benefit of the few, exploitation dan pemusnahan alam semulajadi demi pembangunan, child labour, kuli atau hamba zaman moden, ulamak menggunakan agama untuk mengaut keuntungan, kerja untuk wang, rat race, excessive consumerism, manusia gilakan kebendaaan... semua ni Pakcik Marx dah sebut dan warning dah pada zaman 1800. Terasa meremang segala bulu bila membaca buku yang ditulis 200 tahun yang lalu pada tahun 2017.  Sedikit pun tidak terasa penulisan dia outdated atau absolete. Bergema lagi adalah (echoeing).

Begitulah naskah yang hebat. Sentiasa melangkaui zaman dan sentiasa relevant. Sentiasa menjadi rujukan zaman berzaman. Samada kita nak terus buta hati, malas membaca, dan terus prejudis dengan ideologi ini, atau kita boleh ambil apa yang benar dari pemikiran Karl Marx dan jadikan dunia ini lebih baik.


Sekian ulasan buku untuk kali ini.
Bagi aku masa 1 minggu nak baca buku yang lain pula.
Sampai jumpa!



---------------------------------------------------------------
(THE COMMUNIST MANIFESTO EXTENDED. )


Bahagian ini untuk sesiapa yang berminat untuk tahu lebih mendalam tentang pemikiran Karl Marx dan kenapa dia menulis The Communist Manifesto ni.

Karl Marx kata, kapitalist ni menyebabkan satu lagi masalah, iaitu overproduced. Bila kilang jadi terlalu cekap dan efficient, pakaian, misalnya, dapat dibuat dengan kuantiti yang tersangat banyak sehingga melebihi permintaan tempatan. OK kita masuk bab ekonomi sikit (sebab pakcik Marx ni lebih kurang pakar ekonomi jugak la kan. Dalam buku dia yang lain, iaitu Das Kapital, ada menceritakan dengan panjang lebarnya tentang kondisi capitalism dan kelemahan capitalism dan antaranya bab overproduced ni lah). OK aku cuba ringkaskan bab ekonomi ni bagi korang faham. 

Bila kilang dah terlebih produced, melebihi permintaan tempatan (supply melebihi demand), apa golongan kapitalis ni buat? Meraka akan jelajah dan menjajah penempatan lain pula demi memastikan barang yang dia produce tu ada permintaan. Siapa pernah belajar marketing dan business mesti biasa dengan teori ni. 3 cara nak tingkatkan sales? 

1. Increase production of product/ tingkatkan pengeluaran, 
2. Product diversification or variance/ keluarkan product yang pelbagai dan pasarkan kepada pengguna yang sama, atau,
3. Market diversification/ cari market baru atau venture kawasan baru untuk jual product yang sama. 

Dalam buku ni, pakcik Marx ni highlight pasal perkara ketiga tu. Pakcik Marx kata, akibat dari overproduction, maka wujudlah satu trend baru dikalangan western capitalist ni, iaitu colonization, atau penjajahan negara barat ke negara-negara luar eropah. Penjajahan ni, dari sudut ekomoni bertujuan semata-mata untuk 2 benda: pasaran dan cheap labour, atau menurut pandangan Karl Marx, exploitation of labour. Maka berlumba-lumba lah kapitalis ni menjajah negara-negara luar eropah demi memasarkan produk mereka. Hasilnya, negara-negara dunia ketiga ni pun terjajah dan termakan dengan agenda kapitalis, sehingga kita pun rasa macam hidup ni tak lengkap tanpa barangan keluaran mass produce dari barat ini. Sebagai gula-gula pemanis kata, kapitalis ni menjanjikan juga peluang pekerjaan di kilang-kilang kepada rakyat tempatan yang pada asalnya merupakan petani dan petukang kecil-kecilan. 

Sebenarnya, gula-gula ada makna tuuu.. kenapa kapitalis bagi pekerjaan kepada orang tempatan? Sebab orang tempatan tu jugalah merupakan consumer/ pengguna kepada produk yang mereka bawa tu. Kapitalis kena bagi orang tempatan kerja supaya mereka ada duit. Bila mereka ada duit baru boleh guna duit tu untuk beli barang yang kapitalis produce. Dalam subjek ekonomi pusingan ni dipanggil "the circular flow of economy".

Jadi akhirnya, siapa sebenarnya yang untung? Ding ding ding!!! Golongan top 1% tu juga lah.
Siapa pula yang tanpa sedar telah diekploitasi dan di manipulasi? Yess! the rest of population!
Sudahnya masih tetap sama, kapitalist yang kaya raya ni semakin kaya, manakala yang golongan bawahan ni kekal miskin dan jadi hamba selama-lamanya. 

Kesimpulannya, Karl Marx kata, jika kapitalis dihapuskan, penjajahan negara maju ke atas negara miskin dapat dihentikan. Senang kata, pakcik Marx ni cakap kapitalis ni is a root of all evil la. Ia menjadikan orang bawah hamba kepada orang di atas, dan negara miskin hamba kepada negara kaya. 

Ok. Habis bab ekonomi. 

Satu lagi, Marx melihat banyak kebinasaan alam semulajadi telah terjadi akibat dari kerakusan golongan kapitalis ni membina kilang. Udara jadi kotor, air jadi kotor, tanah jadi tak subur. Jadi, pakcik Marx kata, di bawah komunis, kemajuan indusri pembuatan perlu seimbang dengan agriculture/ pertanian. Mark juga nampak jurang perbezaan yang ketara antara kampung dan bandar. Kemajuan terlalu fokus di bandar manakala di kampung-kampung, rakyat melarat. (again.. macam familiar je situasi ni) Jadi, Marx kata sistem komunis akan menghapus perbezaan antara kampung dan bandar melalui equal distribution of population and income serata negara. Dengan menyeimbangkan pertanian dan industri pembuatan, tidak ada golongan yang akan ketinggalan dalam ekonomi. Petani pun akan ada peluang untuk maju dan memasarkan hasil tani mereka.

OK cukup lah dulu. Banyak sangat input nanti berasap pulak otak tu nanti. Ni semua intro je kepada main idea dalam buku The Communist Manifesto. Buku ni nipis je, lebih kurang 52 mukasurat tak termasuk preface. Tak tebal macam Das Kapital. Jadi ia sangat concise: sentuh sikit-sikit main argument dan problem masa tu, dan fokus kepada persuasive push untuk golongan proletarians untuk bangkit dan hancurkan golongan kapitalis ni. Enough is enough gitew.. Akhir kata,

"Kaum buruh semua negeri, bersatulah!" Kata pakcik Marx dalam bahasa melayu. 
-------------------------------------------------------------------



Noor Hida Halim
Carlton North, Vic.


Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kemas kini gambar passport anak anda

Persekolahan anak di Australia (part 1: yuran sekolah)

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

Road to Melbourne. Episode 3: Conditional offer, deferral of offer, & unconditional offer