Langkawi Island Part 3: Island Hopping


9/7/2011 Day 3

Aktiviti hari ke-tiga adalah Island Hopping by boat. weeehuuuu! naik bot!! Island Hopping ni termasuk dalam pakage yang kami ambil. Jadi tak perlu nak beratur beli tiket lagi kat jeti.



Seperti semalam, lepas breakfast kami tunggu tour guide kat lobby hotel. Pukul 9 tepat pakcik driver datang bawak kami ke jeti. Tunggu kat jeti kejap, pukul 9.30 baru naik bot. Speed boat hokey~


silau la...

Juwita tak puas hati sebab dapat jacket besau. Nengok le handbag dia tu. tak tinggal!

happy lepas ajak main air kat tepi bot...


Pulau-pulau yang kami cover adalah:

1. Pulau beras basah

2. Pulau dayang bunting. Pergi tasik dayang bunting

3. Watch eagle feeding. Dalam 10 ke 15 minit.

Semua aktiviti ni mengambil masa 4 jam dari start gerak dari jeti Kuah sampai lah pulang semua ke jeti Kuah.



Pulau Beras Basah. - 1 jam stop untuk mandi manda atau picnic


Ambil masa dalam 30 ke 40 minit jugak nak ke pulau ni walaupon bot kami tersangatlah laju. Jauh juga dari Jeti. Tapi sampai sana memang berbaloi-baloi! Cantik Hokeyyy! Air jernih, cetek pulak tu. Sedap nak mandi.


Juwita mandi dengan jayanya, terus jadi little mermaid kat situ. Aku memang tekad taknak mandi, jadi tak bawak extra baju pon. Hubby menyesal tak bawak baju mandi pulak. Itulah, aku dah tanya sebelum gerak pagi tu, nak mandi ke tak... kat sana pantai lawa... dia dengan kereknya kata tak payah la mandi-mandi. hihihi~ kan dah kempunan~

macam kat pulau tu dia sorang aje ada...

aku dah serupa hape...




Watch eagle feeding. - dalam 15 minit

Lepas Pulau Beras Basah, singgah kejap kat satu area tu, nak tengok Eagle Feeding. Banyak betul helang kat sini. Besar-besar pulak tu! Aku rasa kalau Juwita ni berbau ayam, mesti dia sambar punya. Dengan saiz kebesaran helang tu, boleh aje dia angkut budak kenit tu terbang.. hik hik hik.. tu pasal aku suruh Juwita duduk dalam kapal aje. Haa haa~


kalau kamera kau power, boleh la zoom sampai nampak bulu helang tu. Ni aku pakai kamera kompak je jahh~ gitu le hasilnya....




Pulau Dayang Bunting - dalam 5 minit. untuk ambil gambar aje

Bot ni memang sengaja stop kat satu spot ni untuk tengok Pulau Dayang Bunting yang memang serupa bentuk pompuan mengandung. Adalah lagenda mitosnya... korang cari lah sendiri.





Tasik dayang Bunting - 1 jam stop untuk beriadah.



Bot stop kat jeti Pulau Dayang Bunting dan kami semua turun. Masuk ke dalam hutan sikit, naik turun bukit gak la... ada tangga ye, tapi tangga dia tinggi-tinggi. Sekali lagi aku kena dukung Juwita naik tangga, sebab tangga dia memang tinggi. Budak susah kot nak panjat. Oooyeah... work out lagi. I loikeee~~



Banyak betul peringatan dan amaran sepanjang perjalanan.


Monyet pun banyak. Monyet tu ok behave, tak kacau orang. Tapi, jangan laaa bawak makanan... plastik bag pon jangan bawak. Terus keluar perangai monyet dia tu, habis kena rampas kat makanan tu kang




Sampai akhirnya! Wahhh!!!!! teruja betull!!!


Boleh berenang, tapi wajib pakai safety jacket.



Kami main paddle boat. Hubby pilih yang solar punya. Konon malas nak kayuh.. tapi kena kayuh jugak, cuma kurang guna tenaga la...

Ini kapten paddle boat

Ini pula kelasi kapal


musim arab bercuti. Mana-mana pergi pon mesti nampak pemandangan hitam begini...




Settle dah Island Hopping. Bot pon meluncur dengan lajunya pulang ke jeti Kuah. Pukul 1.30 camtu kami sampai jeti, pakcik driver dah tunggu. Apalagi, terus lah balik hotel untuk lunch dan tido! Sekali lagi kami pengsan di bilik hotel kerana keletihan.




Petang seperti biasa, lepas tidur seround, kami anak beranak terjah swimming pool. Berenang sampai kembang.


Lepas dinner, lepak dalam bilik layan movie. TV ada HBO, astro arena, astro ria, prima, tv 2, tv 3, discovery channel....puas jugak lah layan TV tiap malam! Sampai tertidur kami layan movie. Juwita leka main ipad aje~

menyelamatkan lembu dari alien. apa punya misi tah~ tapi layan aje main



Tamat hari ke-3. Percutian kami bersambung ke esok hari.......





entry-entry berikutnya ada di bawah:

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)