Langkawi Island Part 5: Langkawi Airport


11/7/2011 Day 5


Akhirnya tiba juga ke part terakhir, iaitu hari terakhir kami di Langkawi. Phew~ jenuh juga nak menghabiskan cerita ni. Tapi kalau bertangguh takut hilang mood nak bercerita pulak nanti.



Pagi tu sarapan terakhir kami di Langkawi, di One Hotel Helang. Sarapannya, sedap sedikit dari kat Langkawi Seaview. Ahahaha~ yang aku suka sebab dia ada green salad. Pastu ada banyak sikit choice. Tak ada lah kena mengadap nasi dengan ayam tomato aje. Yang ni variety sikit.


apasal lah laki aku bergaya seperti itu -__-'


Selesai breakfast, terus kemas bilik dan check out. Awal gile. Pukul 9 dah check out. Pagi tu nak kena pulang kereta pukul 10.30. Alaa.. dah kawtim dengan pakcik tu, boleh tinggalkan kereta kat airport aje dengan kunci kat dalam.




Dengan masa yang ada dalam sejam lebih sikit tu, kami ke Beras Basah kejap nak beli t-shirt dan kain pelikat buat survenir. Habis la dalam RM100 kat sini. Apa yang sempat dicapai aje lah kan.


Pukul 10 pagi dah sampai airport semula. Terus aku dapatkan boarding pass menggunakan self check in machine. Pergh! senang gile rupanya! Dah ada Boarding Pass, drop baggage yang 2 ketul tu.... ingatkan nak terus masuk, tapi hubby ajak masuk kedai duty free ni pulak.


Tak ada lah beli apa pon. Cuma beli casing kamera sahaja. Juwita lagi best. Dia dapat bawak balik another Barbie sister lagi! haish~~ masuk yang ini, genab lah 5 ekor semuanya Barbie dia. kali ni dia beli "Barbie i can be... computer engineer". ceh! kemain!

kerek la tu~


dah nak mendarat

Flight tak delay pulak. hihi~ Kalau delay pon aku tak kisah.. tapi tak delay lah.. tepat 11.40 pagi dia gerak. Sampai LCCT dah dekat pukul 12. Terus shoot balik rumah.




Tamatlah sudah kisah percutian kami selama 5 hari di Pulau Langkawi. Maka tamatlah juga entry berangkai sebanyak 6 episod, 5 part ini. Percutian kali ini sangat seronok dan mengujakan. Dan lebih seronok sebab birthday aku di sambut di Langkawi.


Setahun sekali kalau bercuti lama macam ni memang seronok... mini-mini holiday boleh la pergi tempat dekat-dekat.. barang sehari dua.


Tahun depan plan grand holiday tempat lain pulak ye... =D hihi~



Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



Comments

AinatiEra said…
Salam, nak tanye, whole pakej Seaview tu sume brape RM ek? tq
hida said…
salam.
erm... dah lama x ingat dah.. tp klw x silap pakage tu dlm 1290 camtu, pastu tambah transfer dari airport ke hotel, pastu ape tah lagi add on jadi 1500++ lah utk berapa malam tu. sorry x ingat!

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.