Rutin dan komitmen pelajar Master. Berat kah?

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih blog ini tidak berupdate. Kononnya nak tulis dua tiga artikel sebulan, rupanya dua bulan sekali pun tak lepas. Bukan hendak berdolak dalih, tapi sebenarnya akhir-akhir ini aku sudah mulai sibuk dengan kehidupan aku sebagai pelajar.

Sebenarnya ramai yang curious nak tahu life sebagai student di luar negara ni macam mana. Macam mana feelnya belajar di luar negara?
Macam mana dengan study peringkat master ni?
Commitment study tu macam mana?
Heavy macam mana? Ada exam kah? Jadual penuh kah?

Hmm, macam-macam kan orang nak tahu. Kalau aku nak cerita sikit-sikit tu boleh la. Tapi sebenarnya lain orang lain pengalamannya. Commitment dan weight of study tu bergantung pada banyak faktor; program yang kita ambil, course (course = subject) yang kita enroll (lain course, lain expectation dan requirement), universiti mana (again, lain universiti, lain expectation dan program requirement), dan banyak lagi lah.

Jadi kat sini aku share lah sikit life aku sebagai student. Life orang lain aku tak tahu ye.

Student Lawn, University of Melbourne

26 February lepas kelas pertama aku sudah bermula. Bermula kelas bermakna 2 minggu sebelum kelas pertama lagi kami sudah diberikan senarai bacaan (journal articles) yang berjela-jela untuk persediaan. Hendak pula apabila subjek itu intensive subject, jadi bacaannya memang agak heavy dan banyak. Secara purata, senarai bacaan setiap subjek adalah dalam 10 articles seminggu, dan setiap satu dalam average 20-30 muka surat.

Minggu ketiga adalah date untuk first assessment, iaitu essay sepanjang 1500 patah perkataan. Minggu ke enam pula (iaitu minggu terakhir subject ini) ada presentation untuk group project dan 3 hari kemudian pula submission untuk report group project tersebut. 2 minggu selepas subjek berakhir, ada submission untuk assessment 3, iaitu 3500 patah perkataan research paper.

Kalau semester long subject pula, biasanya ada 2 assessment juga. Yang pertama adalah pada minggu ke 7 (2 minggu dari sekarang) dan yang kedua biasanya 2 minggu selepas semester tamat (semester tamat minggu ke-12) atau ketika study week. Kedua-dua assessment adalah berbentuk essay atau research paper. Kalau subject tu ada exam, biasanya assignment kena submit sebelum study week. Jadi bila uni bagi 2 minggu study week, kita boleh study untuk exam. Tapi sebab aku tak ada subjek yang ada exam, kebanyakan submission untuk final assignment adalah pada study week.

Ini baru cerita komitment satu subjek ye.

1 semester wajib ambil 4 subject. Jadi biasanya, aku akan ambil 1 atau 2 semester long subjects, dan selebihnya aku ambil intensive subject. Jadi, kalau nak tahu load dan komitment belajar master ni, darab lah dengan 4 subjek. Kalau orang tanya heavy ke tak heavy studi Master, entah lah. Susah nak cakap. Kalau dah biasa membaca bacaan akademik banyak-banyak, buat research dan buat essay beribu-ribu patah perkataan, ini adalah jumlah yang standard.

Menunggu kelas mula

Untuk kurangkan load studi, aku juga ambil winter dan summer course (waktu uni break). Sebabnya, aku lebih sukakan intensive subjek berbanding semester long subject. Intensive subject lebih demanding dari segi commitment, the load of study, masa dan otak. Time frame nya juga lebih pendek. Jadi memang intense lah. Tapi aku suka.

Ini pengalaman aku tau, studi master di University of Melbourne (Uni Melbourne). Kalau uni lain, structure program tak sama. Tak semua uni ada pilihan intensive subject yang banyak macam Uni Melbourne.

Jadi biasanya, apabila semester sudah bermula, memang tak ada chan la nak buat apa-apa benda lain. Nak baca novel ke, nak tulis blog ke, atau nak layan whatsapp group lama-lama ke, nak jalan-jalan ke, semua dah tak ada masa. Kebanyakan masa sudah diperuntukkan untuk membaca, research dan buat assignment.

Monash Rd, The University of Melbourne

Aktiviti sampingan

Bila jadual dah heavy dan very demanding macam ni, aku pastikan aku ada aktiviti interval (sebaiknya aktiviti fizikal) untuk release. Kalau tengah tulis essay atau buat research, kita kena break seketika untuk mengelak dari writer's block dan burn out. Kalau aku, aku pilih untuk berkebun.

Aku berkebun samada di belakang rumah, atau di community garden yang aku volunteer. Setiap pagi aku akan ke backyard dahulu untuk melayan pokok-pokokku sebelum mula membaca atau buat essay. Untuk community garden, aku hanya peruntukkan seminggu sekali sahaja berada di sana, selalunya hari Isnin selepas seminar, atau hari selasa atau rabu petang untuk membantu apa-apa yang patut. Hari Jumaat pula aku ada kelas penuh dari pagi hingga petang.

Melbourne Uni Community Garden yang aku volunteer dan kini aku jadi Volunteer Coordinator. Sapa nak jadi ahli boleh email ye. 

Kerja part-time dan duit poket

Hari minggu biasanya aku kerja part-time lebih kurang 3 jam sehari. Tapi sejak semester mula haritu aku tak mula kerja lagi atas faktor kesihatan. Selepas itu ada submission pula, jadi aku tangguhkan terus kerja. Memang biasanya minggu yang aku ada submission aku tak ambil job. Dengan kata lain, aku agak pokai sekarang ni sebab duit semua sudah habis bayar yuran dan aku pula dah sebulan tak bekerja. Maka berhuhuhu la kita...

Nasib baik ada duit poket uni bagi. Walaupun duit ini tak banyak (dalam $100/week sahaja), duit ni memang sangat membantu dalam kehidupanku sebagai pelajar. Contohnya, selalunya bila habis kelas classmate mesti akan ajak sambung discuss dan minum-minum di bar atau cafe. Jadi kena lah spend duit beli kopi, pastry, atau minuman di bar. Kalau ada group project, lagi lah kerap kena buat group discussion. Maknanya lebih kerap lah berjumpa di luar waktu kelas. Paling-paling nak kena topup kopi, hot chocolate, dan sebagainya.

Time management & priority

Beginilah lebih kurang kehidupan aku sebagai pelajar. Tambah lah pula dengan rutin mak-mak, dan rutin surirumah tangga lagi, jadilah bertambah sibuk. Kadang-kadang  ada orang tanya, macam mana kehidupan sebagai student master? Haa.. macam ni lah. Subjek kan kita pilih sendiri, jadi pandai-pandai lah susun sendiri jadual kelas, kuliah, seminar dan tutorial. Pilih lah nak subjek intensif ke nak subjek semester long. Ada sesetengah subjek pula ada final exam, kebanyakan subjek tak ada. Sepanjang aku study ni, belum ada lagi subjek yang aku ambil ada final exam. Semua essay, research, dan project based sahaja.

Dah jadi master student ni kena la pandai urus masa, urus kewangan, urus prioriti sendiri dan jaga mental & physical health sendiri. Dalam masa yang sama kena pandai bahagi masa kalau nak bergiat aktif dalam aktiviti di universiti, volunteer, sertai kelab dan persatuan, berkomuniti, bersosial.... Kalau tak sertai apa-apa aktiviti pun tak bagus juga. Nak masuk uni tu pun dah susah (dan mahal), once dah masuk, kena lah utilise sebanyak mana service, program, dan aktiviti yang ada untuk dapatkan experience sepenuhnya, kan?

Kena lah aktif berpersatuan juga kan

Dah jadi student master pula, kena faham, priority adalah study dan universiti. Kalau yang dah berkahwin dan ada anak pula, kena pastikan keluarga memahami dan menyokong. Sebab tak tipu bila aku cakap, memang very demanding. Hobi, minat, dan perangai lama semua kena buang tepi. Memang kehidupan dan kepentingan akan berubah 360 darjah. Bila semester bermula kena terus full swing student mode. Belajar master ni bukan boleh menyambil-nyambil sambil bermalas-malasan atau cepuh-cepuh sebelah kaki. Kena masuk dua belah kaki, berenang-renang dalam tu ha.

Cabaran-cabaan lain

Arts West. School of Humanities and Social Science.

Cabaran utama untuk student postgraduate, bagi aku, sebenarnya adalah dari segi expectation universiti terhadap kita punya tahap research ability (academic writing, cari artikel dalam journal, cari primary and secondary sources, guna journal library and archive, buat literature review, readings, dissecting, data collection and theses writing). At master level, universiti dan professior memang expect kita mampu buat semua tu independently dan pada tahap quality level master lah. Jangan ingat kalau coursework tak ada semua tu. Tak kisah lah master by coursework atau by research, at some point, universiti memang expect kita ada integriti dan kualiti yang tinggi dalam membuat research dan menulis academic essay.

Mungkin bagi yang dah terbiasa dengan exam oriented learning akan struggle dengan sistem open question/ essay based ni. Kalau tak biasa buat academic writing dan buat research/ cari bacaan secondary sources dalam journal article, mungkin dalam semester pertama pelajar tersebut akan terasa lost. Tapi jangan risau, fakulti dan library sentiasa bersedia untuk membantu. Yang penting kena reach out dan ada inisiatif untuk belajar. Kena extra extra work sikit lah. Banyak nak pickup semester pertama nanti.

Untuk pelajar yang bahasa inggeris bukan bahasa pertama, atau bahasa inggeris cukup cukup makan, kena faham, itu bukan alasan untuk submit essay yang shitty dan dipenuhi dengan grammar error. Kena extra work, proofread banyak kali dan guna lah apa kaedah sekali pun, macam suruh orang proofread kan ke, atau guna apps seperti grammarly ke, untuk betulkan grammar dan syntax dalam essay. University pun ada sediakan banyak workshop dan tutorial menulis academic writing ni. Kena rajin rujuk student council dan university services. Again, extra effort kena ada untuk belajar benda ni semua. Macam aku cakap, buat master ni tak boleh cepuh-cepuh sebelah kaki je. Kena full swing full time dan full commitment.

Bagi aku, kalau anda full time student dan tak ada komitment lain seperti menjadi ibu, atau isteri/ suami, tak aktif berpesatuan atau berkomuniti,  jangan lah bagi alasan tak ada masa. Bullshit. Sebenarnya kau procastinate banyak sangat je. Kalau ada usaha, pasti boleh berjaya. Dalam masa yang sama, kena pandai urus masa, jaga kesihatan, riadah jangan lupa, kalau ada family jangan lupa luangkan masa dengan keluarga, kalau beragama jangan lupa meluangkan masa untuk aktiviti keagamaan, sekali-sekala lepak dengan kawan-kawan, keluar jalan ambil angin. Terperuk je dalam bilik pun tak sihat. Lakukanlah hobi di masa lapang dan bersosial lah dengan rakan sekelas.

Setiap hari rabu aku akan volunteer jaga kedai di Farmers Market yang terletak di Union Lawn, dalam universiti.


Sebenarnya bila kehidupan kita penuh macam ni, kita tak akan ada masa untuk update status di facebook pun. Apalagi nak mengadap tulis blog yang mengambil masa dalam sejam ni. Nak termenung, mengelamun pun tak ada masa. Aku masa terluang ini pun sebab sekarang non-teaching period + easter break sampai minggu hadapan. Boleh lah letak tepi sekejap journal dan essay, walaupun sebenarnya ada je assignment nak kena siapkan.

Kalau ikutkan mood, cuti panjang, school holiday, tambah pula dengan birthday juwita esok, memang rasa macam nak pergi buat road trip 2-3 hari. Tapi bila kita student, benda tu semua tak ada dalam diari. Dapat spend time sehari di rumah dengan keluarga dah cukup bahagia. Hari ni pun aku rasa macam nak off, tak ada mood nak buat apa-apa. Rasa macam nak tendang orang pun ada ni ha. Argghhhhh!!!

Tulun! Nak terjatuh dah ni

Apapun, di harap perkongsian aku ni membantu la sedikit sebanyak. Kalau yang rasa nak buat master di luar negara tu, tapi masih terfikir-fikir, mampu ke tak mampu dari segi komitment, boleh lah rujuk pengalaman aku ini sebagai gambaran. Walaupun nampak macam very heavy, sebenarnya aku sangat enjoy kehidupan sebagai pelajar ini. Tapi macam aku cakap, ini pengalaman aku. Pengalaman orang lain tak semestinya sama. Bergantung kepada macam-macam faktor.

Yang penting, kalau ada usaha, pasti berjaya. Kan?


Noor, Carlton North

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur