Summer dan banjir di Melbourne

Summer di Melbourne tahun ini dimulakan dengan hujan lebat 3 hari berturut-turut dan suhu 16 darjah celcius. Yeah.. nothing like summer at all, but really sound like Melbourne. Waktu spring haritu, ada 2 hari suhu pernah mencecah 36 darjah celcius. Hujung-hujung spring tiba-tiba 3 hari hujan lebat, suhu terus drop jadi 16.


Rabu minggu lepas, suhu mencecah 36 darjah

3 hari kemudian, hari sabtu, suhu sudah jatuh ke 16 darjah. Malam 13 darjah. Memang sedap la tidur... 

Fenomena cuaca yang terlalu mendadak ini sebenarnya adalah biasa di Melbourne, terutama sekali pada musim bunga/spring. Adalah tidak begitu digalakkan untuk datang ke Melbourne waktu begini kerana beberapa faktor yang aku pernah cerita di entry yang dahulu.


Hujan lebat dan banjir kilat

Sebenarnya semua ni tak ada lah berlaku tiba-tiba. Media dah canang yang Victoria akan mengalami 3 hari hujan lebat seminggu awal lagi. Media juga dah warning tentang kebarangkalian untuk berlakunya flash flood dan banjir. Kiranya semua orang dah siap siaga dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Tahun lepas, kerajaan dah ter-underestimate keadaan ini dan menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir yang tak sepatutnya terjadi (unnecessary flood katanya). Ramai farmers marah sebab hasil tani musnah lantaran kurangnya persediaan terhadap banjir masa tu. Tahun ni pula, orang ramai marah sebab kerajaan telah ter-overestimate bencana ni sehingga meyebabkan orang semua terlebih berjaga-jaga, even my husband pun dropped his shift 2 hari berturut-turut (2 hari tak bekerja bersamaan dengan 4 shift) sebab news kata thunderstorm + flash flood bakal berlaku hujung minggu tu. Drop shift 2 hari bukan sikit, paling-paling hilang income kurang lebih 300 dolar.


Berita yang mengatakan bahawa: "Victorians have been warned of a '10 out of 10' storm and guaranteed flash flooding when an unprecedented burst of wet weather hits the state tomorrow." Konfiden je kan... 


Tapi memang ada sesetengah kawasan di Victoria dilanda banjir tahun ini, dan kebanyakannya kerana kenaikan paras air sungai. Kawasan yang terjejas adalah kawasan-kawasan sepanjang tepi sungai. Tapi tak ada flash flood tahun ini. Mungkin langkah pencegahan banjir telah berjaya, atau memang sebenarnya situasi tahun ini tidak seteruk yang dijangka.

Apapun, aku memang tak gemarkan wet days. Nak kemana-mana pun tak selesa. Yang bestnya tidur saja kalau waktu begini. Yang enjoy nya adalah dapat menikmati suhu dingin seperti awal winter, 15-16 darjah celcius dalam 2 -3 hari waktu summer. Bukan selalu nak dapat suhu bawah 20 darjah waktu summer. Lepas ni nak bersiap sedia menempuh panas summer 3 bulan pula. Haritu 36 darjah pun dah rasa macam tak nak buat apa-apa. Duduk depan kipas aja dan tak mahu keluar rumah. Kalau summer tahun ni cecah 47 darjah celcius, tak boleh bayang lagi macam mana. Nasib baik dah mula cuti sekolah nanti. Tak payah nak jalan tengah panas pergi ambil Juwita dari sekolah. Syukur juga musim basah dan musim panas ni jatuh pada musim cuti semester. Tak boleh bayang kalau kena berjalan pergi kuliah waktu hujan atau panas terik.

Nak rancang summer holiday pun tiba-tiba jadi tak ada mood sebab tengah hujan. Tapi kalau tengah summer nanti risau pula nak ke outer region tu sebab takut ada bushfire. Hmm... Nak lari ke hutan ke lari ke pantai ek? Cadangnya nak merasai pengalaman tinggal di pedalaman, tengah-tengah ladang, duduk dengan alpacas, biri-biri, angus, kuda, sambil dikelilingi pohon buah-buahan, sayuran, sungai, tasik, kolam, padang ragut saujana mata memandang.... cadang nya lah. Tengok lah nanti jadi apa.



Comments

Unknown said…
Ada dapat penajaan tak? Macam mana nak apy penajaan tu?

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)