Kenapa aku tak pakai tudung awning instant


Sebenarnya, banyak kali aku pernah di tanya oleh wanita dan lelaki, "kenapa kau tak pakai tudung instant? Tak ke lagi senang n cepat kau nk bersiap, sarung aje". Atau pun, ada juga soalan yang bernada begini, "kau x letih ke lilit-lilit tudung. Instant kan senang x payah susah-susah nak lilit, bawa brooch banyak-banyak, pin lagi". 





Yang lelaki kadang-kadang aku akan menjawab dengan berseloroh, "kau cakap macam lah kau tau pakai tudung khenn. Mana kau tau mana senang mana susah?" Confirm diam laki tu. Tapi kalau perempuan yang tanya, aku cuma akan jawab, "x minat tudung instant, muka aku nampak hodoh" senyap terus. Mungkin dia senyap sebab tengah bayangkan muka aku dengan tudung instant. 



Aku dah lama fikir. Dari sejak aku nampak gambar honeymoon anak pengasas tudung fareeda bersama suaminya di laman sosial, aku terfikir-fikir. Kalau korang tengok, di setiap gambar berlainan lokasi, lain warna tudungnya (walaupon pattern ropol-ropol dan brooch ultraman nya hampir sama). Tak mungkin tudung itu bertukar warna mengikut mood macam lipstick MLM, lagi x mungkin lah anak pengasas tudung fareeda tu dye tudung dia di malam hari. 



Mesti dia bawa baaaaaanyakkkkkkk gilerrrrrr tudung. Entah-entah satu beg isi tudung sahaja. Ya lah, tudung tu kan awningnya keras. Dengar kata dari pemakai tudung awning, tudung-tudung awning keras ni x boleh di himpit-himpit nanti kemek. Harganya pula bukan murah, beratus sehelai!!! Cara penyimpanannya? Ada teknik nya nak gantung tudung ni, bukan semborono tahu? Entah aku tak tahu sebab aku tak ada tudung awning. 


Dari cerita si pemakai tudung awning lagi, ada dijual pula tempat sangkut khas untuk tudung sebegini (hanger special). Bukan itu sahaja, ada dijual pula beg travel untuk membawa tudung-tudung 'mahal' ini agar tidak kemek dan terhimpit-himpit oleh baju lain. Perghhhh aku dengar pon ternganga. Gile gigih betul lah wanita bertudung awning ni. 


So...... Siapa tadi yang kata pakai tudung awning instant tu cepat dan senang???? 


Ok now aku nak korang bayangkan situasi aku pula yang travel setiap minggu ni. Aku akan masukkan baju seluar dan segala keperluan dalam satu beg (aku akan pilih beg terkecil yang muat semua barang keperluan, bergantung pada jangkamasa aku outstation). Kemudian aku akan pilih 2 atau 3 helai shawl (termasuk yang akan aku pakai pada hari itu) yang boleh match dengan hampir semua wardrobe yang aku bawa. 


Cara aku bawa shawl? Ambil shawl, lipat kecil, sumbat. Dapat yang memang meant to be crumble tu, apa lagi, gulung gulung gulung, sumbat kat mana-mana ruang kosong. Perlukah aku bawa hanger special? Nehi. Perlu ke aku sedia satu beg khas untuk tudung aku? Nehi! Aku hanya perlu satu beg pakaian dan satu hand luggage untuk ke sana kemari. 


Now you tell me, siapa yang lagi simple dimple? 
Siapa yang lebih complicated? 
Siapa yang lebih effortless? 


Cuba bayangkan macam mana complicated nya hidup aku jika travel ke sana ke mari dengan beg baju nya, mana nak bawa hanger nya, mana beg isi tudung semata nya, nk pikir awning kemek ke tidak nya. Deyyy!! Luggage tu di campak-campak je weii masuk perut kapal terbang. X de nye dia nak pikir dalam tu ada tudung fareeda or ariani yang awningnya keras so tak boleh kasar-kasar nanti kemek awning nya tuh. Nasib kau lah. Lagi ridiculous kalau aku bawak tudung dalam hand luggage. Apa gile, nak bukak pasar malam jual tudung ke hapa dalam cabin? 


Dalam bas, lagi lah. Siapa pernah naik bas mesti paham betapa tak praktikal nya membawa beberapa buah beg. Satu cukup lah. Maximum 2 beg. Kalau lebih dari tu kau dah serupa bangla pindah asrama. X cukup tangan derrr!!! Kau ingat ada orang nak tolong bawak naik dan turun ke beg kau? Terkial-kial la kau bagai si luncai dengan beg-beg nya, biarkan! Biarkan! 10 minit kau turun bas dengan beg-beg kau, 10 minit lah orang ramai merenung kau. Rasa nak lambai je kat orang ramai semua ala-ala princess Diana. 


Giteww. 


Berbalik pada tajuk, aku rasa aku dah menjawab soalan mengapa aku tak pakai tudung awning instant. Ke tak? 




Walaupon aku tak terangkan secara terus terang dan jelas mengapa aku tak pakai tudung awning instant, aku harap korang dapat tangkap apa maksud yang aku cuba ceritakan. Jika anda baca, terima kasih kerana rajin membaca. Jika x baca, tiadalah terima kasih untuk mereka, sebab mereka tak baca pon.


Apa pun, terima kasih kerana membaca. 




Xde awning pon ok. Kan kan kan?  Hihihi~~

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu