malaysia chocolate fair 2010

owh... berkilau kilau warna warni coklat nih. boleh tempah special tau! siap dengan nice box :)

lagi coklat warna warni... custom made, made by order. xde ready stock. ni sample je

last friday, me and juwita was attended a Malaysia Chocolate Fair 2010 at midvally convension centre. beeessssstttttttttttt! kami makan baaaaaaanyakkkkk coklat! especially Juwita, tanpa segan silu, dia selamba je mintak coklat kat mana-mana promoter yang pegang tray, key! uhuuhuu... dan yang bestnya jadi mommy kepada budak yang comei, tak rasa segan pon nak mintak coklat lebey, sebab ade reason nak bagi anak makan! huawawawa!!

Actually, dapat tahu pasal chocolate fair ni dari plus size kitten. On the same date, i was planning to attend wedding expo, which is also was held at midvalley convention centre (sebelah menyebelah je event nye..) Jadi, sebelum masuk wedding expo yang giler glam tuh, kami isi perut dulu kat chocolate fair ni ha.


Ini adalah sedikit sebanyak info yang kami dapat (err... saya je kot, juwita x de info banyak) berdasarkan kunjungan kami ke chocolate fair ni...


1. malaysia chocolate fair diadakan selama 3 hari, 8 hingga 10 januari lalu, dengan kerjasama kementerian yang terlibat (ministry of plantation industries and comodities malaysia). government turut serta hokey, coz antara tujuan malaysia chocolate fair ni adalah untuk memperkenalkan orang ramai tentang produk2 coklat tempatan, serta mendedahkan orang ramai tentang coklat tempatan

2. Ada juga jenama antarabangsa/ imported chocolate yang turut serta dalam pameran ni... antaranya coklat hershey dan jenama coklat dari timur tengah.

3. selain produk coklat sebagai manisan dan kudapan, turut serta dalam pameran ini adalah produk penjagaan kulit berjenama yang terkenal dengan penggunaan koko butter dalam penghasilan produknya, iaitu Palmer's.

4. produk kosmetik tempatan dibawah bimbingan kementerian keusahawanan dan FAMA juga turut mempamerkan produk sumber koko butter mereka. Antara produk mereka adalah, lipstick, cream base, foundation dan losyen.

5. banyak produk coklat tempatan yang join booth kat sini. Saya tertarik dengan produk2 mereka yang fresh, homemade dan berkualiti tinggi.

6. ada jugak yang jual benda yang tak berasaskan coklat pon, tapi benda tu berwarna coklat dan ada gambar coklat... boleh la.... ihiks!


produk2 tempatan dari koko butter

booth kementerian
ministry of plantation industries and comodities malaysia

produk palmers' cacao butter. orang pompuan mmg mesti tahu brand ni punya. time peknen sapu2 kat perut yang stretch mark tu kan...

hehehe.... jual baju warna coklat yang ada gambar coklat... voley??? ni boleh ni...!
ok la tu, buat cenderamata...


ini pula antara yang kureng sikit masa chocolate fair ni.

1. pameran ini nampak kurang serinya. Bukan takde orang datang, orang berpusu-pusu sebenarnya, produk pon bagus, yang join booth pon best2, tapi..... ade somtin' missing yang membuatkan pameran ni macam kurang berseri. Pendek kata, suasana dalam pameran tu macam kita pergi pameran anjuran kerajaan lah... (teringat pameran buku kat melaka, masa kecik2 dulu abah bawa... macam tu la.. layout, susun atur booth, booth dia sendiri... semua booring!)

2. pintu gerbang nak masuk ke pameran pon nan hado jahh...! confius jap kat depan tu, terpikir2 kat tang mana nak masuk nih...

3. paling ketara adalah susun atur booth / layout la... dengan takde pandu arah.. pengunjung jadi terpusing-pusing. Ade booth yg kita lintas few times, ade yang kita tak lalu sebab tak perasan. Then tertanya-tanya, eh... yg ni kita dah lalu ke belum eh.... huhuhuuu....


haaa tengok!! aku dah cakap, mmg ramai orang datang kat pameran ni!!!
sapa tak suka coklat kan...

apa yang best dan menarik kami lalui semasa kat pameran ni

1. semua booth bagi sample atau tester untuk rasa. confirm kenyang bila keluar dari pameran. Juwita la yang paling seronok.

2. kat booth coklat dari timur tengah tu, diorang bagi teh panas sorang secawan. Bagus! buat lega tekak lepas makan coklat yang melekat kat langit2 kitorang. ngeh ngeh ngeh...

3. aku ditemuramah oleh TV3 dik nonnnn! glemer sekejap ahkak... ewww!! ketaq lutut sat, soalan mencabar minda siut betul...

4. time nak masuk pameran ni, terasa macam tersalah haluan je... sebabnya, kiri kanan depan belakang semua manusia2 yang ala2 layak masuk the biggest loser asia... adoyai... mana pergi orang keding? jangan tipu aaa korang tak makan coklat konon!!!! aku kalau makan coklat, cadbury 1 bar tu harus habis sekali hadap je tau!

5. Juwita taknak keluar dari pameran kauu!. Setelah aku pujuk dengan membelikan sebungkus coklat bunga ros, dia keluar sambil hisap coklat (dibuatnya macam lolipop pulak)

okeh, cukup dulu review dari aku yang tak seberapa ni ha... kalau tanya aku, aku akan cakap pameran ni dari sepuloh, aku bagi 6 bintang sahaja... owh ya, tadi pon aku dapat panggilan dari pengurusan pameran ni, buat post mortem la tuh.. pon aku komen benda yang sama. dan orang tu pon setuju dengan apa yang aku komplen.

Hopefully next time they can do it better than this. Its a good start though, to introduce our local brand chocolate to public. Lots of people doesn't realize that our local chocolate and cacao is actually high grade and high quality! Not forget to mention, local chocolate mostly offer a home made chocolate that made upon order, which mean its fresh and brand new without preservative! what more can you ask for a great chocolate?


yes! local it is.


coklat ini sangat mahal... tengok pon tau

yang row atas sekali tu seketul RM2. x daya den nak belikan juwita. bukan dia pandai nilai pon mahal murahnye... lagipon aku dalam proses menyimpan duit nih, xleh bazir beli coklat....

haaa... yang ni aku belikan hak juwita. habis makan kat sane je. marsmallow salut coklat.
yang macam lolipop bunga ros tu beli masa nak pujuk dia keluar...



cukup lah dulu review khidmat masyarakat dari kami sekeluarga. Rugi wooo sapa yang x gi pameran ni haritu. Next year jangan miss lagi key! tahun depan mesti lagi grand pameran nih!

hidup produk tempatan!!! hidup coklat tempatan! (lebih2 la pulak... ade ke aku kena bayar buat demo macam ni?) :P


sekian dulu.

next post,

1. 2010 wedding expo @ mid valley

2. our nuffnang friso family day out

Comments

Aidi-Safuan said…
nak pegi!!!
tapi time tuh gi genting!sedey2
~aSHa~ said…
lazatttttt nye...i love chocs
hida said…
rugi la kau aidi...

asha, pompuan mostly suka coklat :)
mYpRecious said…
Wahh beshnye tgk coklat2 tuh.. dah la saya ni hantu cokelat.. hikss.. =)
Sherry said…
wah nice x pergi.. worry see more eat more then fat
Sherry said…
parking hari tu full x?
Noor said…
me not parking there. my hubby just drop me by odw he went to work :)

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.