satu satunya gambar yang aku ambil. itu pon, lepas habis treatment. Sepanjang treatment, takdak gambar. X kosa aku hai.. aku nak enjoy jaa... lagipon, aku sehelai bersama kain batik lepas je.. mana nak letak kamera?
I chose Cendana Sri bonda Package which include:
flower foot bath,
herbal sauna,
whole body massage,
lulur & scrub
flower milk bath
Then i add on pedicure and medicure.
wallah! heaven sungguh aku haritu. Thanks a lot to my hubby yang menghantarkan aku ke spa pagi tu. Memang haritu, hubby bagi day off for me to do a spa. Sepanjang hari koo... dari pukul 11 pagi, keluar spa pukul 5. haha~~ memang completely rasa duduk kat dunia lain kott.. dunia spa. haha!
dalam package tu, paling aku suka adalah whole body massage dan flower milk bath. 2 tu memang sangat heaven rasanya. lulur dan scrub tu..... lain kali aku taknak buat selalu lah. memang lah bagus untuk kulit kan, jadi halus dan licin.. tapi letihnyaaaaa menunggu lulur kering! wakaka! aku ni mana boleh tunggu-tunggu macam tu.. Dia suruh tido, tapi aku gagal untuk tido pulak masa tu. Dah la terkebil-kebil aku setengah jam telentang, setengah jam meniarap, tunggu lulur kering.... -__-'
Sauna pulak, as usual, aku memang tak tahan lama dalam sauna. Paling lama pon 15 minit je... lama-lama kang jatuh pitam aku dibuatnya. Sebab aku ni senang sangat berpeluh. Baru masuk tak sampai seminit dah bercucuran dah peluh keluar.. haha!
Whole body massage, aku suka. sebab memang tu attention aku yang utamanya. nak hilangkan lenguh-lenguh badan semua... memang puas hati. Last sekali flower milk bath. Ini adalah paaaaaaaling aku suka! air susu tu hangat kat badan, bau dia wangi, dengan cahaya-cahaya lilin yang menerangi bath tub tu... then ada pulak kelopak-kelopak bunga ros merah yang serius sangat wangi~~~~ aku seperti dibuai-buai dalam kehangatan air susu..seperti berada di dunia yang lain. Sangat tenang, sangat peace, calm...relaxing.... mata aku pon semakin layu... Aku tertido tau sambil berendam tu!! (nasib baik tak lemas) sampai kembang aku berendam. Puas! (dekat sejam gak la...)
bagi sesiapa yang mencari-cari Spa area Shah Alam, boleh la try Cendana Spa ni. Memang puas hati. Make sure korang call dulu buat reservation, sebab dia layan korang personally tau. Takde walk in customer. Lagipon, diorang nak prepare bunga, air susu, sauna semua... so, wajib call for reservation key!
Nanti sebelum nak raya, cadangnya nak pergi sekali lagi.Nak buat massage, milk bath dan pedicure sahaja... Sapa nak ikut???? Ada geng best gak... boleh borak2.. haha~
~ Detail tentang Cendana Spa, contact and such, please ask me privately.
~ Sapa nak day off at Spa dengan aku pon boleh. contact je... saya baik hati
~ cendana spa ni, for ladies only, so, no worries key
Comments
kat Tini spa pulak, sy cuba yg pakage milkadeal, siap ada facial. sy x berapa into sangat pada facial. Tapi urut tradisional kat tini mmg best! sbb dia urut sekali muka dan kepala.
kalau nak pakage yg lebih menyeluruh, better kat tini sbb dia ada facial, slimming dan toning pon ada. Tapi kalau nk yg biasa-biasa cendana spa pon dah best dah