Langkawi Island Part 1: dari LCCT ke Langkawi Seaview


Tarikh: 7/7/2011 Day 1




Flight sepatutnya pukul 10.20 pagi. Dah check-in. pukul 10 dia cakap delay 3 jam. Adooyai. Jadi flight kami pukul 1.20. Kerana itu, Air Asia telah memberi setiap penumpang Burger Mc Chicken dan air mineral. Jadilah... buat alas perut. At least takde lah rasa nak marah sangat sebab perut masing-masing kenyang. Punggung aje sengal, lama sangat duduk. nasib baik ada Ipad, jadi Juwita behave aje sepanjang masa tu.




Flight ambil masa dalam 50 minit. Sampai sana driver Langkawi Seaview dan tunggu dengan sepanduk. Terus masuk kenderaan dan shoot ke hotel. Hotel Langkawi Seaview ni terletak di pekan Kuah.


info:
One way Airport pick up ni aku tambah dalam pakage tu. Additional RM20/person per way. jadi aku tambah RM40 untuk diorang pick-up kami di Airport.


bilik delux ada 2 balcony besarrrr!


Aktiviti petang ke malam hinggalah pagi esok:

1. Tido. (letih wooo.... flight delay)

2. main Ipad

3. Swimming. (hotel ni ada swimming pool, walaupon tak besar mana, tapi jadilah..)

4. Dinner di hotel

5. tengok TV dan Tido..zzzzzzz


Info:
Pakage A (4 days 3 night) Langkawi Seaview merangkumi:-

~ 3 night stay in superior room including b'fast. (aku upgrade bilik kepada Deluxe. Jadi tambah RM30 per night. Total additional RM90 for 3 night.

~ Transport pergi balik ke jeti kuah

~ 3 kali lunch dan 3 kali dinner di hotel. (senang, tak payah susah payah keluar cari makan)

~ Half day city tour (boleh pilih nak gi mana, yang penting cukup 4 jam). Tiket tak dikira.

~ Half day Island Hopping by boat. (pakage pergi ke Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, watch eagle feeding). Memang cukup-cukup 4 jam.


Itulah dia benda dalam pakage tu. Aku rasa berbaloi sangat sebab tak payah pikir apa dah. Semua dah ada dalam tu. Balik dari city tour dengan island hopping, memang rasa heaven aje dalam jiwa sebab dah ada buffet lunch tersedia. Makan je terus.


Petang tak buat apa, memang tidur aje lah. Letih wooooo ~ percayalah! Dah makan, dah tidor, gi swimming kejap sebelum turun dinner pukul 7. Dah tersedia buffet dinner pulak. Memang tak payah pikir apa dah!


Untuk orang yang nak holiday tanpa pikir banyak, aku cadangkan elok ambil pakage macam ni. Ikut aje tentative tu sebab semua dah tersedia.


view dari balcony




sambung ke part berikutnya:



Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.