Holiday 2011: Langkawi island. (sinopsis)

Setelah memikirkan yang entry berkenaan langkawi ini akan mengambil masa yang lama, memerlukan beberapa entry untuk habis, dan gambar tersangat banyaknya, maka aku telah arrange entry ini terbahagi kepada 5. Ya kawan-kawan, 5 entry (tidak termasuk entry ini) untuk aku bahagikan holiday trip lepas berdasarkan 5 hari kami di sana. Jadi, 5 hari = 5 entry.


Tapi korang tak perlu risau andaikata malas nak baca karangan yang panjang berjela. Aku tak akan tulis karangan. Hanya short notes, dengan info yang selengkapnya untuk panduan orang lain yang ingin ke sana kelak. Dan.. gambar aku akan pastikan ada BANYAK ye kawan-kawan. Sebab kebanyakan masa, gambar lebih mudah untuk berbicara dari tulisan.


(mungkin entry pertama ini sahajalah yang paling banyak tulisannya.)


Sedikit info tentang holiday kami kali ini:

1. Telah dirancang sejak tahun lepas lagi. Tiket Air Asia ditempah tahun lepas ketika Promo. Dapat tiket berharga RM1 seorang sehala. Kami cuma bayar total RM161 untuk return flight (pergi balik) untuk 3 orang.


2. Percutian kali ini mengambil masa 5 hari, dari hari Khamis (7/7/2011) hingga Isnin (11/7/2011)


3. Hotel yang kami duduki adalah Langkawi Seaview (3 malam) dan One Hotel Helang (1 malam).


4. Kami booking pakage penginapan dan aktiviti 4 days 3 nights dari Langkawi Seaview. jadi, hari 1 sampai hari 4 semua under pakage.


5. Percutian ini tertumpu pada aktiviti yang menjurus kepada 'nature' dan relaks. Kami tidak shopping. Jadi perlu diingatkan kepada semua yang membaca, TIDAK ADA review berkenaan Idaman Suri dan barang-barang corningware-nya, tidak ada Haji Ismail dan coklat-coklatnya, tidak ada Corelle, tidak ada periuk belanga, tidak ada Minyak Gamat, tidak ada kain batik. Pendek kata, kami tak cover shopping menyoping. Kalau nak baca review shopping coklat pinggan mangkuk segala, baik cari blog makcik Lijah. (sekadar menyebut nama secara random).


6. Juwita adalah orang yang paling seronok sepanjang percutian.

7. Kebanyakan gambar kami berdua, Juwita yang snap.




Link-link entry berikutnya ada di bawah ini:



Semoga anda semua enjoy dengan pengalaman kami dan sedikit sebanyak dapat info yang berguna untuk panduan percutian kalian kelak.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)