menyusu badan tak datang period? menyusu badan tak mengandung?
(amaran: 15sx. entry kali ini adalah bersifat ilmu pengetahuan untuk orang dewasa) indahnya pengalaman menyusu anak sendiri Selalu sangat aku dengar soalan2 begini diutarakan. Biasanya kalau ada ruang untuk aku jawab, akan ku jawab dengan berhemah. Tapi kebanyakan masa, aku hanya bertindak berdiam diri dan mendengar hujah2 doktor doktor tak bertauliah mengutarakan pandapat masing-masing. Kadang-kadang, perkara ini bukan timbul dari persoalan, tapi dengan yakin dan tanpa ragu-ragunya mereka menyatakan perkara ini. Muktamad! seolah-olah mereka adalah pakar sakit puan terkemuka pulak. Percaya atau tidak, inilah antara 2 mitos yang paling dipercayai oleh kebanyakan ibu-ibu diluar sana. Sampaikan jika kita nak cakap sebaliknya pon dah tak boleh. Ini betul betulll!!! bukan cobaaannnn! nchobaaaannnnn.....(macam pendekar bujang lapok) gitu le... Maklumat ini aku dapat dari doktor pakar feberet aku, Dr. Kamal Baharin dari Damansara Damai Medical Centre (DDMC). dia yg buat monthly check up aku, ...