rumahku hangit! syukur Allah lindungi kami...


Pagi tadi... Sedikit chaos telah menyerang kami sekeluarga. Agak lewat juga keluar rumah tadi pagi. Dengan bersiap pon macam lampi sangat... Owh, ya. Baru aku teringat, selepas aku mandi, aku turun bawah letak sup ikan semalam atas stove dan aku nyalakan api. Pastu aku kembali ke closet, dok pikir nak pakai baju apa hari ni. Dengan mengambil kira petang ni aku nak gi makeup... so tak seharusnya lah aku pilih untuk pakai t-shirt kan... agak lama disitu...


Selesai pakai baju, siap pakai tudung, aku turun bawah. harini Juwita taknak mandi pagi. Gi mandi kat taska je lah... So, aku bawak turun baju dia, masuk dalam beg, pastu cari henfon aku. Naik atas balik cari henfon. Jumpa. Turun bawah, masukkan henfon dalam beg... Aku tengok kat pintu dah berderet barang mainan dan buku Juwita.


Tersengeh je budak tu, kata, " atu, uwe, ige, empat, ime...nak ikut" hoh! semua kejadah tu dia nak bawak! adoilaa~~~ layan kan je la... pujuk pon tak makan. Lagipon tu je benda-benda yang boleh buat dia nak duduk seat belakang.


Aku cari kasut primavera aku. nasib ada dalan civic. Hubby sibuk punggah barang, dalam Kelisa masuk Civic. uhhhh... pindah pindah kereta memang agak leceh, especially kalau barang banyak. haha~ Juwita nak bawak kaya lah, roti lah... hai... bawak je lah....bawak masuk kereta.


Hubby kunci pintu rumah, mangga. Pass kat aku kunci, aku keluar kereta untuk tutup gate. Civic keluar dari garage. Aku mangga gate, masuk kereta. Jalan.


On da way, buat roti kaya. Juwita makan 3 keping @__@. Start borak topik makan.

" banyaknye Juwita makan. Dah 3 keping!" aku kata.

"bagi je la... dia lapa tu..." abahnye cakap. Aku balas,

" itulah, tadi turun bawah awatnye tak amik nasi... sup ikan ada dalam periuk"


Full stop. Full stop kau!!!! berenti kejap jantung aku tang tu jugak!!!!!

"abang... baik patah balik!!!!!"

"apasal?" hubby tanya

"sup ikan!!!! saya panaskan!!!!"

"abistu?? tak tutup????"

"tak!!!!"

"apasal tak tutup api?!"

"lupa!!!~~~~~"


Terus kau, masuk shah alam, buat U turn, patah balik. Pecut 125km.... dengan kuasa i-vtec nye.... melencong segala umat manusia. pergh~ dalam 15 minit gak la sampai rumah. sepanjang perjalanan aku berdoa lah tak jadi apa-apa kat dapo aku.....


Sampai kawasan perumahan aku, kitorang lalu selekoh, nampak lah belakang rumah. Asap dah berkepul-kepul keluar dari dapo! suspen gile!!!


Berlari aku,....! tak sempat pakai kasut dah, terus bukak pagar, bukak pintu, mangga.... masuk dapo. Tengok api dah besar da.... aku ingat lagi, aku bukak api kecik je pagi tadi.... maybe sebab periuk tu dah garing...lagipon isi dalam periuk pon dah kering kan... jadi api jadi marak.


Hubby cepat-cepat tutup api.... Asap berkepul-kepul keluar. Satu rumah aku hangit~!


LEGA.


Syukur tak de jadi apa yang teruk. Periuk je yang jadi korban kejadian. Akan selamat ke tong sampah, insyaallah~ huhuuu~ (aku sayang gak periuk tu, beli kat ikea. Sangat bagus)


Apa pon, bersyukur sangat sempat sampai rumah on time, rumah tak jadi apa... Hanya sebiji periuk jadi mangsa.... dan rumah berbau hangit.






Hubby sempat bagitau sebelum keluar rumah,


"patutla tadi sebelum kunci pintu saya bau rumah macam hangitt"


LOL~~~




~ pengajaran hari ini: pastikan jangan cuai dipagi hari. Bayangkan kalau aku lupa langsung pasal periuk sup tu. Atau pon, tengah hari kang baru teringat... ish.... dah selamat hangus la rumah aku....(tak sanggup nak bayang pon!)

~ tak payah la nak panaskan lauk pagi-pagi lain kali.

~ Alhamdulillah lah Allah masih sayang dan lindungai kami dari bala bencana yang dasyat. Syukur padamu Ya Allah~

~ Tuhan ini caranya unik. Kita takkan tau betapa dia sayang dan lindungi kita kalau kita tak dijatuhkan sedikit musibah. Musibah itu hanya sebagai peringatan agar tidak cuai, agar kita belajar sesuatu dari itu. Tetapi kemudian, Allah bukakan hati kita supaya sedar. boleh pulak out of sudden timbul isu makan, pastu lauk... danggg! terus ingat lauk yang diperangat. Kalau Allah nak buat, boleh je dia lupakan terus minda aku pagi tadi. Terus lain ceritanya kat sini kan.... masya allah~




Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.