Tanggal 24 February merupakan tanggal bersejarah bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan umrah untuk pertama kalinya. Kesemuanya 11 orang dalam kumpulan kami iaitu kami bertiga, adik-adikku (wahed dan Ain), mama dan abah, uwan ku, induk ku (mak sedara/ adik mama), serta mak dan ayah pengasuhku. Kali ni, mama mengambil pakage melalui agensi Muhammadiyah. Flight kami patutnya pada jam 2 pagi 24hb telah delay ke 10 pagi. Jadi kami bertiga gerak ke KLIA jam 4.30 pagi. Semua ahli rombongan berjumpa di KLIA. Dalam group Muhammadiyah ni. kesemuanya ada 46 orang (1 bas). Dalam 1 bas ni, sebenarnya ada 3 group, group kami 11 orang, kemudian ada group penang (sebab orang penang belaka dalam tu) hampir 20 orang, dan selebihnya adalah group yang kami panggil kumpulan haji yalla yalla (sebab ketuanya adalah haji yang suka pakai tutup kepala macam orang arab tu) my uwan and my mama, atau bagi Juwita, onyen dan uwan. hehehehe OK. dipendekkan cerita, tentative