Weekender Extreme Outdoor

Weekend Extreme outdoor activity


Gopeng. Pernah dengar? Melainkan kau lahir di Illinois, jangan mengaku kau anak Malaysia kalau tak pernah dengar nama tempat Gopeng. Apa ada kat Gopeng? 

Minat outdoor? Nature? Extreme sport? Tak semestinya semua. Salah satu? Hah, Gopeng lah tempatnya. 2 jam sahaja dari KL atau Penang. Perfect untuk weekender atau short escape. 


Jadinya, aku pergi lah ke Gopeng ahad lepas. Misinya hanya 2. Cave exploration dan whitewater rafting. Awalnya niat hati macam nak ambil waterfall abseiling, tapi benda tu aku dah pernah buat kat Cebu haritu. Jadi bagi chan buat benda lain. Member in crime pun awal-awal dah say no to abseiling, so kita proceed benda lain lah. Akhirnya sepakat buat cave exploration.

3 hari sebelum hari kejadian pun, dah rasa seram sejuk. Sebabnya, aku claustrophobia. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila nak lari dari ketakutan sendiri? Takut itu untuk dilawan, bukan di layan. Aku pun ambil package combo, cave exploration + whitewater rafting. Aku ambil package dari
Radak Adventure. Kosnya RM170 seorang termasuk sijil, makan tengah hari, dan minum petang. Okey lah bagi aku. Proceed aja. Maka pergilah aku dengan adik aku (siapa lagi kan kalau bukan Rauf, my partner in crime), dan kawan aku, Farah dengan husband dia, Kosta. 

Pukul 9 janjinya jumpa di exit Gopeng. 9.10 kot baru aku sampai. Sempat lagi pergi toilet dulu sementara tunggu kereta Farah pula tiba. Dah tiba semua baru berkenalan dengan Palee, group leader yang akan guide kitorg untuk 2 acara itu. Dibawa nya kami ke kem Radak. Betul-betul tepi sungai. Best. Patutlah  budak foreigner yang duduk situ taknak balik. 


Aktiviti mula dengan cave exploration di gua tempurung. Sampai depan gua, ok baru terperasan kebodohan sendiri. Seorang pun tak bawa head lamp. Hanya 2 orang guide dari Radak sahaja yang ada lampu. Rauf lagi cerdik. Dia kata, dia tak terfikir gua tu gelab. Kelakar betul statement kau tu Rauf. Macam statement menteri hahaha! Jangan kata headlamp, lampu suluh pun takde. Ah, gamble. Masuk je. 

Awal perjalanan. Ok je. Cantik dan mengagumkan gua Tempurung ni. Tinggi nya siling (kalau boleh dipanggil siling lah) gua ni. Batu-batu yang menarik disuluh dengan lampu sportlight. Batu-batu tu semua terjadi dalam pelbagai bentuk. Ikut kata Palee, kita kena ada imaginasi tinggi untuk masuk gua ni. Kalau tak memang nampak batu aja lah. Yang mana perempuan mengandung, yang mana osama laden, yang mana muka orang... Satu hapah pun aku tak nampak. Hahahaha! Nampak batu aja. Sorry, I left my imaginary hat at home. Ada walkway siap tangga dan handle. Memang selamat lah dalam tu. Tapi itu semua hanya permulaan.


Perjalanan cave exploration yang sebenarnya bermula di penghujung walkway tu. Ada satu tangga yang amatlah tinggi dan curam turun ke bawah. Di bawah itu ada satu sahaja lampu. Itu lah lampu terakhir yang ada untuk perjalanan seterusnya. Didepan sana, gelab gulita. Oh ya, waktu turun dari tangga yang curam tu, di tepi kami adalah satu batu yang amat besar dan bersinar-sinar. Tak tipu. Memang glittery, atau ikut kata Juwita, sparkling. Wahh.... Cantik! 

Maka bermula lah perjalanan kami dalam gua yang gelab. Hanya bergantung pada 2 lampu pada 2 guide sahaja. 


Perasaan? Sedikit takut + adrenaline rush yang banyak.  Sebelum mula memang takut. Bila dah ada dalam gua, gelab depan belakang, suasana keliling hanya batu dan air, yang mana nak tak nak terpaksa harung kalau nk keluar, walaupun jalan makin mengecil dan mengecil lagi mengecil... Aku harungi tanpa fikirkan sangat ketakutan itu. Aku rasalah, waktu itu mungkin adrenaline rush itu lebih kuat dari fear. Itu yang push aku untuk teruskan perjalanan, walaupun tak lama selepas itu kaki aku cedera (patah rupanya). Yang ini aku cerita kemudian. Sekarang nak cerita pasal cave exploration sahaja.

Lepas kaki aku cedera (patah) memang rasa macam nak give up. Tapi otak waras aku berfikir memang agak mustahil untuk aku give up. Sebab, aku fikir kalau bantuan nak datang, lambat kot. Lepas tu, nak hangkut aku tang mana? Lagipun kecederaan aku tu nampak kecil sahaja pada waktu itu. Tak logik nak panggil bantuan dari luar. Buat kena gelak aja kot. Lepas tu aku terfikir tentang patah balik. Pun aku rasa tak munasabah. Tangga turun tadi curam dan tinggi gila, kalau aku patah balik nak kena panjat tangga tu? Mampos. Lagipun tak fair untuk group member yang lain. Jadi aku simpan dalam-dalam idea sampah aku tu dan aku teruskan perjalanan untuk terus turun dan turun dan masuk dalam ke dalam sampai lah ke lubang keluar. Itu matlamat aku masa tu. Untuk keluar sepantas yang mungkin. Abaikan yang lain-lain.

Paling perit masa tu seingat aku lah,  apabila kena memanjat pula dalam keadaan kaki sebelah kesakitan. Kalau fikir balik memang kerja gila. Panjat batu-batu tinggi tu untuk naik ke atas dengan sebelah tapak kaki dah patah. Kalau aku tau masa tu tulang aku dah patah memang aku tak nak melangkah walau satu step pon hahaha!!! Itulah hikmahnya.


Jadi selepas kaki aku sakit (patah), aku kurang fokus pada kegelapan dan ketakutan. Aku lebih fokus untuk cepat keluar. What ever it takes. Memang ada takut. Tapi takut yang muncul selepas itu hanyalah kerana ketidak upayaan sebelah kaki aku untuk berfungsi dengan sempurna. Macam takut nk turun dari curam sebab tahu sebelah kaki aku dah tak boleh nak menampung badan aku. Takut nak panjat sebab tahu aku kena panjat dengan sebelah kaki. Fuhhh!!! 

Selebihnya, banyak bergerak secara merangkak dan meniarap dalam ruang setinggi 2-3 kaki lebih kurang dengan badan sepenuhnya ditenggelami air. Peliknya aku tidak takut. Tapi lega. Sebab, tak perlu guna kaki. Dalam keadaan normal, mungkin itu pengalaman yang menakutkan sebab aku sememangnya claustrophobia. Tapi keadaan telah mengubah fokus dan minda aku. Aku fokus untuk keluar, keluar, keluar. Hebat kan bagaimana otak berfungsi. Waktu itu aku teringat satu ayat dalam filem kegemaran aku. Watak utama tu kata, "fear and pain is just a state of mind" atau kalau nak terjemah kebahasa melayu, "ketakutan dan kesakitan itu hanya permainan minda". Jika kita boleh alihkan fokus daripada memikirkan 2 perkara itu, kita akan jadi kuat. Insyaallah. Itu yang aku pegang.


Dipendekkan cerita, kami semua berjaya keluar dari gua seperti dirancang. Walaupun ada sikit hiccup waktu aku terjatuh dan ambil masa lama juga untuk aku get back, berdiri, dan berjalan semula, tapi keseluruhan perjalanan tidaklah lambat seperti mengensot. Aku berjalan sepantas yang mungkin untuk tidak melengahkan seluruh pasukan. Tak nak lah disebabkan aku, semua benda jadi lambat. 

Jika difikirkan semula, kalau aku tahu waktu itu kaki aku sudah patah, mungkin aku tak berani nak jalan kot. Apatah lagi selepas itu aku memanjat, menggelongsor, melompat, masuk lubang tikus bagai. Walau hanya kejayaan kecil, tapi aku sangat berbangga dengan kemampuan diri aku sendiri. Benarlah orang kata, "kita tidak akan tahu kemampuan diri sehingga kita mencabar diri sendiri lebih dari biasa" 


Dan jangan lupa, ini baru sebahagian dari aktiviti hari itu. Petangnya selepas lunch, kami ada white water rafting pula. Ini pun, sebenarnya sebelum bermula, perkataan give up itu telah terawang-awang dalam minda. Bayangkan, kaki berdenyut-denyut. Sakit nya perit. Dalam hati kata, betul ke urat je, mungkin ada otot yang koyak kalau bukan tulang yang patah. Bengkak nya makin besar. Tinggal lagi tidak terucap kerana aku tak nak give up. Guide kata, rafting tak guna kaki. Hanya guna tangan. Ok fine. Tapi nanti kalau jatuh dalam air macam mana? Nak berenang kena pakai kaki. Guide kata, ada lifejacket. Tak tahu berenang pun akan float. Paddler akan ajar safety instruction. Paddler kata, its completely save. Jangan risau.

So, aku proceed. Walaupun kaki berdenyut sakit dan makin membengkak, selepas makan pain killer dan 100plus, aku teruskan cabaran. Dalam otak dah fikir, its now or never. Dah datang jauh-jauh, takkan nak tengok je orang lain buat kita melanguk? Eh, tak boleh jadi. Kaki je kot, bukan sakit satu badan. Gamble je aku proceed. Lagipun lepas makan pain killer + 100plus tu, adrenaline dah lain macam. Macam telan morphine pulak kah kah kah (macam lah pernah telan morphine). Kaki rasa kebas. Fokus dah ke arah rafting, rafting, rafting. Walaupun kaki aku dah bulat membengkak, aku lagi excited nak naik raft tu lagi. 


Sebenarnya, aku takut sikit pada strong current atau rapid (air deras). Dengan keadaan kaki aku yang sakit, memang terhad lah kemampuan aku untuk berenang melawan arus jika aku jatuh. Memang terpaksa bergantung sepenuhnya pada lifejacket dan bantuan keselamatan. Gamble. 

The first rapid, wow! Adrenaline rush dia syiokk woo!! Lepas tu ketagih nak lagi nak lagi. More rapid please! Hati aku menjerit. Lupa dah kaki bengkak aku. Aim aku, paddle elok-elok, ikut arahan, jangan bagi raft terbalik, jangan tercampak. Jangan terbalik, jangan tercampak. Sumpah. 13 rapid kami lalui, raft kami tak terbalik dan aku tak tercampak. (Kecuali campak dalam air yang disengajakan oleh ketua paddler sendiri) Kosta ada tercampak jatuh masuk air sekali. Farah pun aku perasan ada sekali nak tercampak, tapi tak jatuh dalam air. Pehhh! Aku dok cakap kat diri aku, jangan tercampak hida, jangan tercampak.... Mujur aku takde tercampak. Hahaha!


Memang pengalaman yang sangat best la whitewater rafting ni. Kesimpulannya, aku boleh repeat whitewater rafting next time, but NO-NO to cave exploration. Hahaha!! Cukup lah sekali aku masuk gua. Dah boleh dah tick "bucket list been there done that" aku, but will never repeat. Cukup lah sekali. 


Jadi jika anda andrenaline junkie, boleh pergi ke Gopeng untuk challenge yourself. Atau boleh checkout website Radak Adventure (atau fb dia pun boleh) untuk check out package yang ada. Actually mereka ada camp site. Memang aku ada niat nak camping kat situ, tapi my brother tak nak pulak masa tu. Dah sampai sana, dah tengok tempat, dah jumpa orang-orang Radak, baru dia suka. Baru dia nyesal tak camping. Next time boleh la datang bersama keluarga; camping, fishing, mandi sungai, BBQ, main batu seremban, main baling selipar...... Kan? Tak sabar nak bawa Juwita camping. Bagi dia enjoy the nature. She exposed too much with ipad, laptop, and modern toys. Time to bring her back to mother nature and enrich her senses. 

Ni minggu depan dia cuti panjang. 9 hari cuti raya cina dia. Cuti sekolah dia combine sekali dengan mid term. Dalam plan-plan aktiviti keluarga, teringat pulak yang kaki ku dah bersimen dek patah dalam gua tempurung tu. Alamak. Chisss... Apa nak buat ek, dengan kaki bersimen ni. Alaaaaa~~~ 



N. Hida Halim
Klang

"I own every second that this world could give, i saw so many places and things that i did, and with every broken bones, i swear I LIVED" 



excuse my oval face. It's annoying me too sometimes -__-'


common landscape with uncommon perspective


 



 
pintu masuk gua tempurung


 
 kaki ku. Nampak macam tak apa-apa kan? =D
 

 hampir ke pintu keluar. Sempat posing. Ini aja gambar yang nampak muka yang lain gelab gelita tak nampak apa.


 
pintu keluar gua tempurung. Senyum lebar masing-masing. Puas hati? Lega? Seronok? Nak lagi? hahaha!


 proceed with white water rafting.  
Safety instruction.


 The starting point


 take a break halfway. 
being childish and being silly





 rehat-rehat, 
borak borak, 
minum minum, 
makan makan, 
lepak lepak
......


##Rasa tak lengkap pula tak tunjuk video kami rafting. Masalahnya belum upload ke youtube lagi. Lain kali baru tunjuk lah.



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu