Hebat sangat kah Antithesis sampai diharamkan kerajaan?




Antithesis diharamkan? Hebat sangat kah penulisan dan idea dalam Antithesis itu sehingga kerajaan takut sangat? Adakah idea dan pemikiran dalam Antithesis terlalu mendalam seperti The Malay Dilemma yang pernah juga diharamkan suatu masa dahulu? Atau adakah terlalu tajam seperti penulisan Pak Sako, Pendita Za'ba dan Faisal Tehrani? Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan mengatakan kandungannya mungkin akan memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai. Wow, menggemparkan fikiran pun tidak boleh. 

Rakyat dibenarkan baca buku-buku sampah sahaja seperti 99 kata-kata fattah amin, ataupun novel seperti suamiku encik sotong yang tidak menggemparkan pemikiran. Rakyat dibolehkan membaca bacaan khayalan fantasi jumpa anak orang kaya, cinta pandang pertama dengan CEO syarikat terkemuka, kahwin paksa dan akhirnya bercinta, kemudian honeymoon di luar negara. Buku yang menggemparkan fikiran adalah dilarang kerana ditakuti menggugat ketenteraman. Atau releven tak untuk aku kata, menggugat sistem dan institusi kerajaan, pendidikan, dan keagamaan yang telah sedia korup? Kerajaan takut berdepan dengan realiti dan tidak mahu lebih ramai orang menyedari kebenaran ini. Itu lah hakikatnya. 

Berbalik pada Antithesis, adakah ia terlalu influential, sehingga mampu mencetus revolusi? Aku rasa tidak. Ia hanya satu cetusan rasa disulami dengan pandangan dari sudut peribadi. Disebalik cetusan dan pandangan itu, ada kebenarannya. Dan kebenaran yang secoit ini lah yang ditakuti kerajaan. Benz Ali dalam artikelnya dalam Malaysia Kini mengatakan, aku direct quote, "yang ditakuti oleh kerajaan Malaysia ialah Antithesis tidak bercakap berbelit-belit dan berdolak-dalik. Antithesis bercakap dengan bahasa Melayu yang mudah, sangat senang difahami waima pembaca itu anak Felda, ataupun pelajar tahun 1 UiTM," (2017). (Celaka la kau petik anak Felda dan pelajar tahun 1 UiTM pula kan. Tapi aku maafkan kau untuk kali ini).

Pendek kata, Antithesis bukanlah sebuah naskah yang berpengaruh. Ia bukan seperti karya Karl Mark 'The Communist Manifesto' yang berjaya mencetus penentangan besar-besaran golongan buruh di Eropah terhadap pemerintah sekitar 1848. Atau jauh sekali seperti penulisan Rachel Carson, 'Silent Spring' yang telah mengubah landscape dan polisi kerajaan Amerika terhadap menggunaan bahan kimia DDT secara besar-besaran dalam industri pertanian pada tahun 1962. Hendak kata menggemparkan fikiran pun tidak seberapa kerana tidak ada pula teori atau dapatan luar biasa di dalam penulisan Antithesis seperti yang dilakukan Charles Darwin dalam naskah terkemukanya, On the Origin of Species. Sebenarnya Antithesis hanyalah senaskah luahan perasaan dan sindiran, tapi telah diambil serius oleh kerajaan yang hati tisu, emo dan tak tahan dikritik. 

Memetik kata-kata Faisal Tehrani, "menahan, melarang, mengharam kerja seni adalah perampasan maruah dan kehormatan manusia kerana hak untuk mewariskan produk seni ini dinafikan," (2017). Namun sebenarnya belum ada lagi kerajaan di dunia ini yang mampu mengharamkan pemikiran. Makin diharamkan makin lah orang hendak baca. Hendak tau isi kandungannya. Hendak tau idea nya. Aku sebelum ini pun tidak pandang lah buku-buku fixi seperti Antithesis ini. Tapi bila tahu ia diharamkan, geram lah aku hendak tahu, apa yang 'menggemparkan fikiran' sangat sampai kena haram? 

Di muka hadapan buku ini penerbit awal-awal sudah beri amaran, "jika anda mudah tersinggung, jangan beli buku ini". Lepas baca aku rasa ia biasa-biasa sahaja. Tak meremang pun bulu roma. Mungkin bulu roma kerajaan dan pak ustaz yang menegak bila baca. Maklumlah, tahi tepat kena ke muka. 

Ternyata kerajaan malaysia sejak zaman berzaman adalah sebuah entiti yang sangat mudah tersinggung. 


Noor hida
Carlton North, Vic.


Capaian lain untuk bacaan tambahan:

Benz Ali. (2017). Kenapa Antithesis Diharamkan, Malaysia Kini. https://www.malaysiakini.com/hiburan/407075

Faisal Tehrani. (2017). Meraikan Minggu Buku Haram, Free Malaysia Today http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/09/28/meraikan-minggu-buku-haram/

Badriyah Haji Saleh. (2016). 'Tahun 1945-1957 dalam sejarah Malaysia: Isu nasionalis kiri dan kanan, sejarah dari atas dan bawah, dan sejarah yang patut dan tidak patut', dalam Disebalik Tabir Sejarah Politik Malaysia 1945- 1957, Penerbitan USM.  Disebalik tabir sejarah politik Malaysia 1945-1957 (penerbitan USM)

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu