Rewind 2017

Oleh kerana 2017 hampir tiba ke penghujung, maka kali ini aku cuba untuk mengimbas dan mengimbau kembali segala pencapaian dan major event yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2017. Asalnya aku ingat nak buat resolusi untuk 2018. Tapi sebelum buat resolusi, adalah lebih baik reflect dulu pencapaian yang lepas-lepas. Maka dengan segala daya upayanya, aku telah cuba jejak kembali apa aku buat sepanjang tahun ini dan menyenaraikan peristiwa mengikut kronologi. Sebak pula bila imbau semula.

(aku, berjalan meninggalkan 2017 di belakang)

Tanpa aku membebel lebih banyak, marilah bersama-sama mengimbas perjalanan hidup aku sepanjang 2017 ini dengan gambar-gambar di bawah.

Januari


Awal Januari merupakan hari kami habis pindah dari rumah sewa di Klang ke rumah parent aku di Melaka. 95% barang rumah kami berjaya dijual. 5% lagi iaitu kebanyakannya merupakan pakaian, buku, dan peralatan kucing dibawa balik ke Melaka. (5% pun banyak nak mampos)

Kali pertama dan terakhir lah aku naik mayang sari ni. Nak muntah aku duduk 2 jam dalam tu.

Menghadiri IDP pre-departure talk di Kuala Lumpur. Mengambil kesempatan untuk naik KL Tower untuk pertama kalinya sebelum bermalam di Concorde. Perasaan dah mula berkobar-kobar.

Seminggu kemudian aku menghadiri pre-orientation pula anjuran Uni Melbourne di KLCC. Habis je majlis terus masuk Aquaria (kali pertama juga ni masuk Aquaria) lepas tu check in hotel kat Sepang. 

Kenduri terakhir sebelum flight

Februari

Dapat tawaran scholarship award dari university. Walaupun hanya dapat 25% fee remission tapi sangat bermakna bagi aku.

Packing cruiserboard aku untuk check in luggage seminggu sebelum flight. Aku mengalami insomnia dan anxiety yang teruk. Kadang-kadang bangun tengah malam sambung packing.

Hantar kesayangan buah hati pengarang jantung aku ni ke tuan baru. Hari yang paling sedih dalam hidup aku. Seminggu aku nangis dalam tidur.


Budak ni potong rambut dan beli spek 3 hari sebelum flight. 
Esoknya aku dan suami ke KL hantar kereta kami ke kedai kereta terpakai. Tak boleh digambar perasaan ketika itu. Rasa macam satu kelegaan yang luar biasa.

Notification phone aku sehari sebelum bertolak. Panik. 

Mengucapkan selamat tinggal pada keluarga dan kawan-kawan. Happy

Sunrise dalam kapal terbang. Bahagia

Selamat landing. Lega

AirBNB pertama kami duduk dari sejak sampai. Asalnya booking untuk 12 hari, kemudian extend stay lagi 5 hari. Cantik rumah ni, rasa nak duduk sini je terus.

Makanan pertama kami beberapa jam selepas check in AirBNB. Hari pertama di Melbourne. 

Esoknya adalah hari pertama Juwita ke sekolah. Tak de masa nak jet lag ke, homesick ke apa, terus kena adapt. Apapun, kali pertama jumpa guru darjah paling sporting dan kacak. 

Kali pertama lalu pintu gerbang ni semula (kali ini sebagai pelajar) selepas hampir 3 tahun lalu aku berikrar untuk pijak tanah kat sini semula sebagai pelajar unimelb. Hari yang paling sentimental bagi aku. Jalan sambil nangis. Kau rase?

Hendak pergi ambil kad bank dan verify akaun. Kali pertama dan terakhir menggunakan peta hari orientasi untuk cari building dalam uni.

Menghadiri hari orientasi budak master pelbagai bidang dan jurusan. Baru tahu course aku ada 13 orang sahaja. 

Menyertai program piknik ke Brighton Beach anjuran chaplain dari Uni Melbourne Church. 

Hujung Februari, kelas pertama bermula. Kali pertama hadiri kuliah waktu malam. 

AirBNB kedua kami inap. Hanya untuk 4 hari sebab lepas tu dah dapat sewa rumah.

March


Awal bulan 3, akhirnya kami dapat sewa rumah. Pindah dari rumah AirBNB ke rumah sewa naik tram dan jalan kaki je. Heret segala barang dan beg.

From nomad to renting. Lega

We thought we just renting, turns out we got an extended family! Meriah rumah tiba-tiba aku ada 3 anak perempuan hahaha! Anak-anak landlord datang bermain. We felt blessed!

Kali pertama menghadiri school fete. Anjuran sekolah Juwita

Kali pertama menghadiri Formula F1 Grand Prix di Albert Park. Dating dengan suami.

My first end of subject drink

Birthday budak ni 30 March. Bawa makan kuetiaw soup kat paparich. 

April

Kali pertama pergi interview kerja. Terpilih untuk hadiri training tapi tak datang sebab lepas dapat baru dibagi tahu kerja ni kena banyak outstation. Gile ke apa

Suami mula bekerja dengan motorsikal yang baru dibeli second hand. Upgrade dari basikal.

Konon nak balik konvo tapi tak jadi. 

Buat road trip ke Great Ocean Road. Sempat sampai 12 apostles sebelum matahari terbenam.


May


Aku terpotong jari dan kuku waktu cuba membuka tin. Ouch!! Sampai sekarang jari tu ngilu.

Beli kasut baru. Aku jarang beli kasut. Kalau beli tu maknanya....

Kasut kegemaran aku dah berlubang. Mana tak lubang, lenjan hari-hari, bawak pergi gardening bagai. Sian dia.

Husband beli scooter baru yang lebih power sebulan lepas beli scooter second hand. Upgrade lagi.

My second end of subject celebration. Kebetulan jatuh sehari sebelum Ramadan (Ramadan eve)

Kenangan bersahur. Mengekalkan tradisi bangun sahur walaupun di perantauan. Seronok!

Job gardening pertama aku. Naik basikal bawa pongkes bagai. kau rasa? Kenangan betul. 

Menghadiri forum 'How to affect change'. Ia tentang bagaimana wanita ini mengubah fenomena di Australia dimana dia memperkenalkan superannuation (macam caruman KWSP di Malaysia) yang bebas tembakau (tobacco free portfolio). Sangat inspiring.

Hadiah hari ibu dari Juwita. Dia beli dari charity market di sekolah.

Kali pertama merasai hujan batu (hail storm). Terkinja-kinja aku lari mengelak air batu sambil cuba menyelamatkan baju diampaian. 

Menghadiri public lecture yang bertajuk 'democratization of knowledge' yang disampaikan sendiri oleh Katherine Maher, iaitu Executive director Wikimedia Foundation, iaitu badan yang wujudkan Wikipedia. Sangat bertuah kerana dapat hadir. Tiket sold out. 

Slug raksasa masuk rumah. Geli gile! Kali pertama jumpa slug besar macam ni.

Bawa husband minum kopi kat cafe. Event ke ni? Event, sebab ni la kali pertama dan terakhir aku minum kopi dengan suami di cafe ni. 

Terpilih menjadi volunteer coordinator untuk Uni Melbourne community garden sesi 2/2017. Menghadiri sesi pengenalan dan training. Happy


Jun


Hantar juwita ke winter camp 3 hari 2 malam. Proud of her!

Menyertai kumpuan koir Study Melbourne. Kali pertama membuat persembahan di dalam Town Hall untuk majlis Melbourne Citizenship Ceremony 2017. Felt honored.

Memasak untuk keluarga dan rakan-rakan landlord aku. Kali pertama masak untuk ramai orang. Mereka semua sukakan kuetiaw goreng aku. (Ini lah keluarga landlord aku)

Dapat parcel dari Malaysia beberapa hari sebelum raya. Ada cermin mata dan baju raya. TQ abah

Berhari raya di Melbourne. Kali pertama aku masak semuanya sendiri: lodeh, rendang, kuah kacang, lengkap! Bangga.

Julai

Jaga information booth Melbourne Uni Community Garden semasa O-Week (hari orientasi)

Kali pertama pergi Brighton Beach. Takde la best pun tempat ni rupanya hahaa.

Ogos

Menghadiri birthday party member bertemakan coachella di tengah musim sejuk. Sapa tak pakai ikut tema tak boleh masuk. Gile betul.

Another end of subject party

Kali pertama menghadiri Melbourne Writer`s Festival. Berkesempatan bersua muka dan berbual dengan penulis terkenal di Australia, Kim Scott. Bukunya (Benang) memenangi anugerah peringkat antarabangsa. Happy

Pindah studio sebelah yang lebih cozy dan cerah. Saja pilih studio ni sebab banyak cahaya matahari.

Join volunteer jadi crew untuk Mudfest: Winter Arts Festival, Unimelb. Satu pengalaman baru dapat tengok banyak indie production, theater, dan hasil seni bukan mainstream. 

September

Kali pertama merasai musim bunga di Australia. Cantik!

Kali pertama harvest sendiri asparagus. 2 kaki pula tu panjangnya. Rekod paling besar kebun ini.

Kali pertama aku organize sendiri workshop dan present sendiri workshop tu (dengan bantuan coordinator community garden yang lain, of course). Workshop aku full house, sampai yang waiting list pun datang. Bangga dengan diri sendiri

Kali pertama menjejakkan kaki di Burnley garden dan belajar banyak tentang permaculture dan organic garden. Terinspirasi untuk memiliki kebun permaculture sendiri. 

Kali pertama family trip naik keretapi. Ke Anglesea.

Bercuti dengan kawan (parents dari CNPS) selama 3 hari 2 malam di cabinnya dia Anglesea. Happy and blessed.

Oktober

Aku mula bekerja sebagai fundraiser untuk Childfund Australia. 3 minggu lepas tu aku kena pecat hahahaha! Pengalaman berharga bekerja dan dipecat.

Kali pertama pergi Winter Night Market. Takde lah best sangat.

Bulan Oktober job gardening aku paling sibuk. Setiap minggu job masuk dan aku kerja sabtu ahad. Kali pertama aku betul-betul sibuk sebab 3 hari weekdays aku kerja fundraising, 2 hari selebihnya aku ada kuliah, sabtu ahad aku kerja gardening. Malam pula sibuk siapkan final essay. Nasib baik tak lama sebab aku kerja fundraising 3 minggu je.

November

 Menonton Juwita dalam persembahan muzikal Beauty and the beast. Proud of her!

Blog aku akhirnya ada domain sendiri: dari blogspot.com.au kepada .com

Hujung November akhirnya simpan semua baju sejuk.

Disember


Musim panas di Victoria dimulai dengan banjir kilat. 

Bila cuaca dah cantik, kitorang satu rumah pergi Catani Garden untuk ber BBQ by the beach! Aku datang lewat jadi sempat jumpa landlord sekejap je sebelum dia kena chau pergi airport. Diorg akan beraya sebulan di Europe.

20hb aku babai suami pula yang balik beraya 10 hari di Malaysia. Tinggallah aku berdua dengan dak Jejuw kat sini sambut raya.


22hb hari terakhir persekolahan. 

25hb semua orang tahu kan, krismas. Comel je pokok krismas rumah aku ni, budak-budak ni supply. 


Begitulah sedikit sebanyak perjalanan dan pencapaian hidup aku tahun ini. Mana yang aku jumpa gambar aja aku masukkan, yang tak ada gambar tak masukkan sebab tak rajin nak elaborate. Pencapaian akademik dan universiti pun aku tak masukkan sebab aku rasa kalau aku masukkan yang itu, confirm lagi panjang artikel ni jadinya.

Macam-macam pengalaman aku lalui tahun ini. Pahit manis semua ada.

Tahun 2017 sangat menguji kekuatan mental dan fizikal aku. Menguji IQ dan EQ aku. Menguji kesetiaan dan hati aku. Mengajar aku untuk lebih tabah, lebih memaafkan, lebih terbuka dan lebih bebas.

Tahun ini adalah tahun aku belajar mengenal diri sendiri, mengetahui kekuatan dan kelemahan diri, belajar untuk fully utilised my strength, accepting my weakness dan belajar untuk push the boundary.

Tahun ini adalah tahun aku mencabar diri, membuat banyak perkara diluar norma dan keselesaan sendiri, belajar sesuatu yang baru setiap hari, paksa diri melakukan sesuatu yang aku takuti.

Tahun ini adalah tahun aku belajar tentang hidup dan kemanusiaan. Tahun aku menghayati hasil seni dan ilmu lebih dari 33 tahun kehidupan, tahun aku mula menghayati hasil karya dengan mata dan jiwa yang baru, tahun aku membaca dan menulis lebih banyak dari sepanjang hidup aku.

Tahun ini adalah tahun aku tiada 'big goal' atau matlamat hujung, tahun aku hanya hidup dengan menghayati setiap moment, mengumpul kenangan dan mencari pengalaman.

2017, kau adalah antara tahun terbaik aku, namun kau hampir sampai ke penghujung. Tak lama lagi chapter kau akan ku tutup dan akan ku buka lembaran baru yang kosong.

2017, kau telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi untuk 2018. Kau telah berikan asas warna warni yang akan ku guna untuk mewarnai mukasurat tahun hadapan.

Terima kasih untuk tahun yang indah dan penuh pengalaman.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti dan selamat tahun baru untuk semua! Aku tahu sesi persekolahan di Malaysia dah nak mula tapi aku nak ucap juga selamat bercuti sebab kami di sini baru seminggu bercuti.

Akhir kata,

"May this new year bring you many opportunities, to explore every joy of life and turning all your dreams into reality, and all your efforts into great achievements"


Noor Hida, 
Carlton North, Vic

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.