Sandridge Beach @ Port Melbourne

Oleh kerana siri #roadtoMelbourne dah dianggap tamat (sebab aku dan keluarga dah pun sampai Melbourne dengan jayanya), maka aku buat hashtag siri baru iaitu #MelbourneLife yang akan memaparkan tempat-tempat menarik yang kami lawati serta event-event yang kami sertai setiap minggu. Ok aku janji akan update #MelbourneLife seminggu sekali.

#MelbourneLife juga akan bagi review tempat-tempat menarik dan memberi sedikit sebanyak tips dan informasi berkaitan lokasi menarik tersebut. Semoga ia boleh jadi panduan untuk pembaca yang ingin melancong ke Melbourne kelak.


Sandridge Beach.

Tidak terkenal seperti Brighton Beach tetapi tetap seronok untuk dilawati. Oleh kerana dia kurang terkenal, maka kurang tourist di sini. Nak lepak-lepak, mancing, jogging, makan fish & chips, tengok laut, tengok feri ke Tassie (Feri ke Tasmania bertolak dari Port Melbourne, iaitu di sini. Kalau nak ke Tassie naik feri, naik dari sini lah), mengidam nak pegang pasir, tengok anjing cute-cute mandi laut, haaa sini lah.

Banyak apartment mewah dan rumah mewah di kawasan ini. Rate sewa tak tahu la pula berapa. Ada yang minat gaya kehidupan di tepi laut dan pelabuhan?

Ini waktu aku kali pertama ke Port Melbourne dengan mengikuti rombongan picnic anjuran Melbourne University Christian chaplaincy. Belakang tu lah feri ke Tassie.




Where?

Tak pasti korang nampak atau tidak, tapi area bertanda merah di dalam map itulah kawasan Port Melbourne. (click untuk tumbesaran)

Bila dibesarkan, nampak lah Sandridge beach ni letaknya di Princes Pier, Port Melbourne (click untuk tumbesaran)


How to go there?

The easiest way, you can take a tram no. 109 from CBD. Tram ni memang last destination di The Boulevard, Port Melbourne.

The Boulevard, Port Melbourne.


Transportation Cost

If you ride a tram, it will be about A$8/day/person.

You can ride a bike. But its gonna be a loooong trip haha!


Attraction

1. Tempat bersejarah: Princes Pier

Tempat bersejarah. Dinamakan Princes Pier selepas Prince of Wales datang melawat sini dulu-dulu. Asalnya nama tempat ni New Railway Pier. Sini juga merupakan tempat first migrant datang Melbourne dulu kala. Ada kesan jeti lama dan trail train/tram lama yang sudah tidak digunakan lagi.






2. Pemandangan dan suasana: Sandridge Beach

Best la nak jalan-jalan petang-petang sambil beriadah atau BBQ.




Kawasan beach/ berpasir di sini bagai dibahagi dua; satu bahagian ada manusia baring-baring main pasir, satu bahagian lagi ada manusia bawa anjing lari-lari main air. 


Ada BBQ pit. Kalau dah kat Aussie, mana boleh tak try Aussie style BBQ kan... Must try Aussie sausage dan pancake. Nyum!

Kawasan yang cantik, bersih, luas, dan convenience untuk aktiviti berkumpulan. Ni kumpulan rombongan picnic yang aku mentioned di atas tadi.


3. Makan-makan: Fish & chips dan gelato

Orang kata, di sinilah tempat kalau nak makan the best fish and chip in Melbourne. Tak tau lah betul ke tidak tapi aku dah rasa dan memang sedap pun.

Ini kedainya. Sebelah kedai ni ada kedai gelato. Orang kata sedap juga, tapi aku tak rasa. Mahal hahaha!

Salah satu set yang kami order. Ada Barramundi, calamari, chips, keledek, dan wonton. Portion besar, boleh kongsi berdua. 

Perah lemon, dan jangan lupa baca bismillah...


Ok. Kalau datang Melbourne jangan lupa singgah sini tau. Tak susah pun nak ke sini kalau naik tram. Kalau nak naik kereta, korang follow aja lah google map tu ya.

Itu sahaja buat kali ini. Lain kali aku review tempat lain pula.



Sehingga ketemu lagi.

N. Hida Halim
Carlton North, Vic


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)