Omong kosong itu bagai langau

Adalah terlalu sukar untuk menulis apabila tiada topik untuk ditulis. Sama seperti penulis buku fiksyen yang kekeringan idea, penulis blog juga boleh hilang dari maya seketika lantaran ketiadaan cerita.

Itulah yang melanda aku beberapa bulan ini. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku menulis dan publish post di blog ini. Yang pasti, memang sudah lama tidak dikemas kini. Kononnya, bila selesai sahaja theses final projek aku haritu, aku nak menulis untuk blog paling kurang seminggu sekali. Rupanya tak kesampaian. Blog aku ditinggal sunyi. Bagaimana mahu menulis kalau tidak ada isinya? (Nampak benar hidup aku membosankan)

Kononnya lagi, aku hendak buat pelbagai perkara sebaik sahaja tamat belajar. Aku siap buat "6 months bucket list to do" lagi . Sekarang ni nak tengok balik senarai tu pun aku segan sendiri. Tulis beria tapi jalannya tidak. 

Pernah aku tanya orang, topik apa ya yang hendak aku isikan tiap minggu dalam blog? Ada yang mencadangkan aku untuk
menulis perkara yang aku minati, contohnya travel atau kucing. Satu hal juga tu. Pertamanya, untuk menulis sesuatu tentang travel, aku seharusnya pergi travel. Barulah boleh cerita tentang travel. Aku juga kurang minat menulis tentang kucing di blog kerana aku telah ada page khusus tentang kucing parsi di facebook dan semua info, tips dan perkongsian tentang kucing telah aku kongsikan di sana. Aku rasa macam redundant jika bercerita benda sama di 2 tempat berbeza.  

Ada yang mencadangkan aku tulis dan sentuh tentang isu semasa. Katanya, kalau post berkaitan isu semasa, cepat naik rating, tinggi trafik. Lebih-lebih lagi kalau sentuh tentang politik. Ayooo, terus terang lah, isu politik memang aku tak suka sentuh langsung. Isu semasa pun aku jarang komen di blog. Bukan tak ada komen, tapi saja tak mahu public kan komen. 

Orang kata, diam bukan bererti dungu. Diam juga bukan bererti setuju. Di saat orang mocking kau untuk bersuara tapi kau kekal berintegriti dan istikomah untuk tidak bersuara, itulah tandanya kau sudah cukup dewasa. Cuba baca To Kill a Mockingbird. Kita semua ni umpama Jem dan Scout lah, sedang diuji ketahanan dan kematangan diri, apabila diejek, dihina dan diperli, adakah kita mampu tinggikan kepala dan berlalu pergi, atau tidak sedar bila penumbuk kita telah naik tinggi. 

Sama seperti menulis, adakah kita cepat melatah dan sentap dengan pendapat orang? Atau kita boleh baca dengan tenang sambil tersenyum melihat stupidity awam. 

Omong kosong itu bagai langau; kadangkala merimaskan. 

             
          To kill a mockingbird. Ada sesuatu yang boleh dipelajari dari buku ini. 


N. Hida
Klang, Malaysia.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)