Bau dan aura buku


Sebenarnya, aku suka duduk dalam kedai buku dan perpustakaan lama-lama. Dalam kedai buku dan perpustakaan ada satu jenis bau - bau buku- yang best. Aku ada satu habit suka cium bau buku. Bila aku selak buku, aku akan cium helaian mukasurat dalam buku tu. Ada semacam rasa gembira dan bahagia di situ. Satu kepuasan dan ketenangan. 

Bila aku masuk ke kedai buku, sentiasa ada 3-4 buah buku yang aku teringin untuk miliki. Tapi bila melihatkan pada tanda harga, sambil telan air liur, aku akan letak balik buku itu kembali ke tempatnya. Kadangkala aku ambil semua buku yang aku teringin hendak beli dan aku ambil gambar, simpan dalam album. Mana tahu satu hari nanti dapat miliki. Aku cuba untuk tidak membaca buku di kedai buku. Rasa tak aci pula bila baca buku free.


 4 buah buku di atas ini pun hampir RM200 juga harganya... aku memang banyak novel non-fiction. Ada juga novel fiction yang aku baca. Biasanya sebelum beli buku, aku akan baca review dulu di internet.


Pernah dulu aku rasa hendak marah saja, mengapa buku yang bagus-bagus ini mahal-mahal pula harganya?
Bukankah kita hendak menggalakkan bangsa kita rajin membaca? Bukankah kita mahu bangsa kita penuh ilmu di dada? Jika ilmu itu mahal, bagaimana semua orang mampu meng-aksesnya? 

Tapi tidak lama kemudian aku menyedari bahawa bacaan sampah juga tidak murah harganya. Ada kawanku, hobinya membaca novel cinta. Beratus juga habis setiap bulan membeli novel cinta. Baru aku tahu novel cinta pun boleh tahan juga harganya. Aku tidak mengatakan novel cinta ini sampah, tapi yang hendak aku nyatakan adalah, harga buku bukan penentu kualiti bahasa dan isinya. Aku ada memiliki sebuah novel karya Prof. Hamka yang bertajuk Tuan Direktur yang aku beli dulu hanya pada harga RM13 sahaja. Isi dan inipatinya, fuhhh jauh melangkaui harga buku itu sendiri. Jika hendak jual karya Prof Hamka berdasarkan kualitinya, aku percaya RM13 bukanlah nilai yang sepadan. Barangkali aku tidak akan mampu membelinya.

Dengan buku aku merantau jauh ke Pakistan, Afghanistan, Paris, kepulauan Greece, India, Indonesia. Dengan buku aku mengenali beradaban dan budaya asing, memahami konflik dan kekusutan masyarakat lain. Dengan buku aku melangkaui zaman dan kembali ke masa silam. Dengan buku aku mengenali jiwa-jiwa asing, memahami manusia lebih dari pandangan mata. Malu pula rasanya, bila aku berkira tentang harga sebuah buku. Jika buku itu menambah ilmu, membuka mata dan menggerakkan jiwa, mengapa perlu berkira? 


      Ada sesiapa layan series ini? Jujurnya, genre sebegini bukan makanan aku. Sama seperti novel Narnia, Harry Potter dan LOTR. Aku kurang minat baca novel fiction fantasi. Tapi aku tak sabar tunggu movienya ditayangkan =D




"A book worth reading is worth buying"



Noor Hida,
Klang, Malaysia. 

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)