Tanjung Ringgit

Tanjung Ringgit. 

Apa lagi hendak diceritakan? Biarlah gambar berbicara. Tapi sebelum tiba di sini, mungkin anda akan ter-menyumpah di dalam hati, betapa jauhnya tempat ini, teruk nya jalan, aduh rosaklah kereta. Berkilometer jalannya tidak berturap dan berlubang sana sini. Tidak dapat bayang kalau hujan bagaimana. Nasib baik cuaca baik di hari-hari sebelum. Lopak lopak air telah kering, meninggalkan kesan tayar 4WD yang dalam di sepanjang jalan. Tidak seperti jalan ke pantai Mawi dahulu, berlumpur dan bertakung airnya!

Bila tiba di hujung jalan, terubat segala kesabaran tadi. Indahnya Tanjung Ringgit, membuat kau percaya, dunia ini ciptaan sempurna.

Seperti berada di hujung dunia. Di depan sana laut lepas. Lebih tepat, aku kini mengadap lautan hindi. Dengan bot, 2 hari 2 malam boleh tiba tanah besar Australia. Melihat Lautan Hindi, semacam ada satu perasaan yang sukar digambar dengan kata-kata. Mengetahui hakikat bahawa lautan yang sama ini lah aku berenang di sebelah hujung sana, tahun lepas, di perairan Maldives. Lautan yang sama. Air yang sama mengalir sebahagian dunia. 

Melihat ombaknya menghempas batuan ditebing tanjung cukup menggerunkan. Kegerunan yang sama, seperti yang pernah aku rasai dahulu. Kepekatan birunya cukup mengundang misteri yang tidak terungkai. Sama. Kerana ia lautan yang sama. Aura yang sama. Sentiasa menggetarkan jiwa raga. Lautan hindi, dari sebelah mana pun ia dilihat, tetap dengan kekuatan yang sama. 

Alangkah indah dan sempurnanya dunia. Betapa agungnya maha pencipta. Betapa kerdilnya manusia. 

Sesuatu yang sukar dicerita kepada mereka yang hanya duduk senang di tepi meja. 

Di sini aku kongsikan sedikit gambar di Tanjung Ringgit. Semua gambar adalah unedited. Original. 


















Penuh album dengan Tanjung Ringgit je. Tak puas dan rasa tak cukup gambar rasanya hendak menggambarkan keindahan Tanjung Ringgit ini. 360 darjah view. Tak cukup frame. Kena pergi sana dan lihat sendiri, baru nampak real. 


Tips dan peringatan:
Panas terik! Pakailah topi atau sunscreen kalau kulit tak tahan/ taknak sunburn. Bawa air minuman. Takut stroke haba pula nanti. Jalan hendak ke hujung tanjung ini memang agak teruk. Sabar je. Disebabkan kedudukannya di hujung pulau (tip of the island), keadaan muka buminya unik; atas bukit (cliff) dengan cerun yang curam, pantai dan ombak yang kuat nun di bawah tu.... sesiapa yang gayat tu boleh goyang juga rasanya. Dinding cerunnya sangat cantik. Teksturnya seperti ada tangan yang besar dan tajam mencakar dinding itu, atau memotong batuan itu menjadi seperti itu. Hasil muka bumi yang terbentuk ribuan tahun. 

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu