Rindu V.02


Aku suka duduk di luar.
Melihat pokok melambai,
Kapas awan berarak,
Rerama kuning terbang,
Angin lembut ke pipi,
Desiran dedaun yang damai,
Burung pipit berkicau...

Langit... Birunya! 

Sesekali kurasa terbang,
Membelah awan merentas benua,
Terasa bebas tiada derita.

Oh, rupanya sudah lama
Tak kutinjau dunia
Dari atas sana,
Dicelah jendela pesawat udara. 


Berangan luar rumah, 
Klang, 2015.




Comments

Unknown said…
This is lovely Hidayah. Very light and sassy .

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Tini's Spa

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti taska anak-anak

when Juwita met the rabbit

bon voyage!!

Hari simen kaki ku dibuka