Baby turtle di Pulau Redang

Turtle conservation and awareness program


           Hatchling aka baby turtle berumur 1 hari


Sewaktu kami di Redang haritu, Juwita dapat peluang untuk mengenali penyu dengan lebih dekat, dan paling berharganya, dia dapat melepaskan anak penyu yang baru menetas ke laut. Program ini bernama turtle awareness dan pusat pelindungan penyu di Redang ini bekerjasama dengan pelajar uni
(maaf aku lupa uni apa) mengadakan satu program kesedaran tentang penyu di tepi pantai di hadapan Laguna. 


Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang habitat, makanan, dan pemangsa kepada penyu. Dalam program ini juga ada menyentuh tentang tanggung jawab kita untuk melindungi haiwan ini dan bagaimana kita boleh membantu dalam program konservasi. Kalau tengok pada statistik, dulu penyu memang banyak di Terengganu. Aku ingat lagi semasa aku sebaya juwita dulu, kami ke Rantau Abang untuk melihat penyu bertelur. Sekarang penyu dah tak datang Rantau Abang. Nasib baik lah ada lagi tempat lain yang aman dan bersih untuk penyu bertelur.  


Penyu ni, dah lah masa kecil dia sangat fragile, banyak pula pemangsanya, tambah pula lagi dengan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri menyebabkan penyu diancam kepupusan. Bayangkan, penyu termakan plastik yang terapung di laut kerana dia ingatkan itu obor-obor. Ada juga penyu yang tersekat di jala, tersangkut pada sampah-sampah.... Tak kasihan kah?


Lebih sadis, adalah apabila aktiviti tourism menjadi faktor penyu diancam kepupusan. Penyu kehilangan pantai untuk bertelur. Pantai-pantai berpasir halus telah dikomersialkan menjadi resort-resort mewah, yang penuh lampu warna warni, dan gamat dengan muzik dentam dentum. Cahaya dan bunyi bising menjadi halangan kepada ibu penyu untuk mendarat dan bertelur, tapak kaki manusia pada pasir pula menjadi halangan kepada anak penyu untuk ke laut. 


Atas sebab itulah, sebahagian kawasan perlu di gazetkan untuk program konservasi. Memanglah gerakan ini biasanya kurang popular di kalangan investor, kapitalis dan kerajaan negeri kerana program konservasi biasanya tidak memberi pulangan keuntungan seperti tourism. Nyata nya, kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga keseimbangan alam dan memastikan sustainability sesuatu spesis itu masih lagi di tahap yang amat rendah. 

Sebagai manusia yang ada akal fikiran, kita perlu fikir tentang itu semua. Redang memang cantik. Tapi jika semua orang mementingkan diri sendiri, buang sampah merata-rata, rasa-rasanya sempat ke kita bagi cucu cicit kita rasa apa yang kita rasa sekarang? Dalam kita seronok dan ghairah bercuti, ingat-ingatkan sikit diri sendiri dan anak-anak untuk menghormati alam semulajadi. Didik diri dan keluarga untuk tidak membuang sampah merata-rata. Didik anak-anak untuk kutip sampah dan buang di tong sampah. Didik anak-anak untuk mengasingkan sampah mengikut kategori. Bagaimana nak didik? Dengan bermula dari diri sendiri dahulu. Berikan contoh tauladan yang baik.


Ok habis dulu bab itu. Jadi, Juwita dan Raof menyertai program melepaskan anak penyu ke laut. Dengan donation RM20, kami dapat button badge "i love turtle" dan dapat peluang lepaskan seekor anak penyu. Bagi Juwita, peluang ini bagaikan "dream come true" bagi dia. Sebabnya, dari hari sebelum itu lagi, dia berharap sangat dapat jumpa turtle masa snorkeling. Malangnya tiada turtle yang muncul. Jadi dia rasa agak hampa kerana tidak dapat berenang dengan turtle. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tiba-tiba ada program ini. Juwita dapat peluang pegang baby turtle (hatchling) dan melepaskan ia ke laut. Memang dream come true lah bagi dia! 


Disebabkan sebelum acara melepas penyu itu Juwita sudah baca bunting yang diletakkan di kaunter, jadi banyak juga info yang dia tahu pasal turtle ni. Fakta tentang pemangsa kepada penyu sangat terkesan di hati dia. Sampaikan dia pesan punyalah banyak kat penyu tu sebelum lepaskan penyu itu ke laut. Bila aku tanya, Juwita pesan apa? Dia cakap, "stay away from shark, stay away from crab, stay away from boat, stay away from net, don't eat plastic, be save, be brave....swim fast...." Banyak kan dia pesan! Hahaha! 


           Juwita sedang beri pesanan pada anak penyu itu.


Secara keseluruhannya, aku rasa program ini agak berkesan dalam memberi penerangan dan kesedaran kepada orang awam dan dalam masa yang sama, memberi peluang orang awam untuk melihat penyu dengan lebih dekat. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dari mata turun ke hati. Mungkin apabila kita sudah melihat sendiri makhluk tuhan yang unik ini, barulah timbul rasa sayang dan ingin melindungi. Mungkin dari situ hadir rasa tanggung jawab untuk menjaga dan memelihara alam semulajadi. Semua donation dari orang awam akan digunakan untuk meneruskan program konservasi dan kesedaran.


Turtle oh turtle, may you survive in the ocean and live up to 100 years! 


           Raof bagi goodbye kiss pada turtle


            Juwita sedih kena lepaskan baby turtle tu ke laut. Jadi dia adopt turtle ni je. Dia namakan turtle ni Turtle Leia



N. Hida
Klang, Malaysia.


Trivia: tahukah anda, kajian pakar mengatakan, dalam keadaan semulajadi sekarang, setiap 1000 anak penyu yang lahir, hanya 1 ekor sahaja yang mampu hidup sehingga berumur 100 tahun. 

Fikir-fikirkan. 


           Turtle selfie = turfie


           Macam race pulak kan? Ada turtle yang laju, ada yang slow. Semoga semuanya selamat dilaut lepas.



            Program "Release the baby turtle" mendapat sambutan hangat. 2 batch pelepasan dilakukan petang itu. 

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)