Penulis yang kesunyian

Penulis yang kesunyian


Penulis

Aku gambarkan penulis sebagai seorang yang penuh imaginasi, luas pengalaman untuk dikongsi, dan banyak kenalan manusia-manusia hebat. Penulis yang hebat menulis dari hati, berkongsi setiap inci pengalamannya dengan jujur dan terbuka. Penulis selalu membuat aku terbuka mata. Kagum. 


Aku

Aku menulis tapi kadang kala segan nak kata aku penulis. Imaginasi? Ya, aku ada. Luas pengalaman? Bolehlah. Banyak kenalan manusia-manusia hebat? Er...tidak! Mungkin ada, (bagi aku mereka hebat, walaupun tidak terkenal) tapi tak banyak. 

Bukan. Semua itu bukan faktor utama mengapa aku mula menulis. Jika korang semua lihat post pertama aku di blog dan lihat tarikh blog ini mula di "create", segalanya akan nampak "make sense". Aku mula membuat blog dan menulis sejak aku menjadi full time mother, di mana pada masa itu kebanyakan masa aku hanya tinggal berdua bersama bayiku (Juwita) di rumah. Keyword: sunyi. 

Aku mula menulis perjalananku sebagai seorang ibu muda, bagaimana struggle nya seorang ibu muda membesarkan anak dengan pelbagai pengalaman baru yang pahit dan manis (kebanyakannya manis-manis sahaja). Aku menjadikan blog sebagai tempat aku meluahkan perasaan. Namun tidak semua
perasaan dapat aku luahkan dengan mudah dan terbuka. 

Aku belajar bahawa sebagai seorang wanita, ibu, dan isteri, tidak semua perkara boleh diluahkan dengan terbuka pada public. Air muka perlu di jaga, nama baik suami, nama keluarga, maruah, dan segala-galanya menjadi dinding antara aku dan penulisanku. Di awal penulisanku di blog, ada beberapa kali entryku aku tarik semula dari paparan umum kerana "ditegur" tidak patut dan dikatakan "membuka pekung didada". Ya, aku akui. Mungkin terlalu terbuka sehinggakan memalukan diri sendiri. 


Belajar

Aku belajar sesuatu yang baru. Aku belajar bagaimana meluahkan perasaan melalui penulisan tanpa menyinggung perasaan orang di sekelilingku dan tidak meninggalkan calit noda pada mukaku. Aku belajar membuat satu penulisan yang jujur dan terbuka tanpa perkataan-perkataan itu mencucuk kembali memakan diri.

Kadangkala aku menulis secara puisi. Dengan metafora-metafora yang jauh dari realiti. Bila kubaca aku akan menangis sendiri. Namun orang lain yang membaca mungkin hanya akan nampak itu hanya "plain writing". Kerana bila aku menulis, aku menulis dari hati. Apa yang aku rasa. Apa di benak fikiran. Sebab itu aku jarang menulis isu semasa, kecuali jika ia benar-benar terkesan di hati. 

Ada sesekali aku menyentuh isu islamic finance, isu islamic bank, isu ASB dan syariah compliant.... Tapi tak banyak. Hanya sesekali. Kerana aku rasa itu penting, dan ia sangat terkesan di hati dan sudah berlegar-legar dalam kepala aku sejak sekian lama sehingga tidak dapat dibendung lagi. Jadi aku luahkan juga untuk bacaan umum. 

Selaras dengan perkembangan ilmu dan pengalamanku, penulisan aku berkembang dan terus berkembang. Dari penulisan yang hanya berkisar tentang keluarga, ibu dan anak, dan diary harian, penulisan aku berkembang kepada catatan perjalananku ke serata dunia, hujah aku berkaitan isu semasa, penulisan yang lebih ilmiah, lebih bermakna dan penuh isi. 


Popular?

Dan sebenarnya, aku tidak pernah mengharap penulisanku di baca oleh beratus ribu orang. Aku tidak pernah mengharapkan blog aku dapat beribu-ribu view sehari. Apatah lagi aku tidak pernah mengharapkan aku dapat pulangan apa-apa dari blog aku. Aku tidak kisah lagi jika orang kata aku menulis syok sendiri. Ada orang kata blog aku syok sendiri. Ah! Aku tak peduli lagi apa orang kata. 


Nuffnang

Aku letak nuffnang satu masa dulu kerana tak mahu orang kata aku tulis blog hanya membuang masa dan syok sendiri. Ya, aku tidak yakin pada diri. Aku kata pada orang  yang tulis blog pun boleh dapat wang. Huh, macam lah aku peduli sangat pada wang itu. Tapi jika hanya alasan wang dapat membuat orang membiarkan aku dengan apa yang aku suka, tak apa lah. Bukan susah pun nak masukkan nuffnang add tu dalam blog. Dan aku masih mengekalkan nuffnang itu sehingga sekarang kerana ia sudah terlalu lama di situ. Sayang pula nak buang. Sejujurnya, aku sangat jarang cash out nuffnang aku. Tidak ada masa untuk melihatnya pun. 


Introvert.

Seorang yang menggunakan penulisan untuk meluahkan kata hati adalah seorang yang bermasalah untuk bertentang mata dan bersuara. Suara aku kadang kala tenggelam di celah-celah bingit manusia. Suara aku kecil dan sunyi, hilang di telan kelam malam sepi. Aku lebih selesa menulis. Kerana hanya dengan menulis aku dapat luahkan dari A ke Z tanpa ada gangguan dan celahan. Hanya dengan menulis aku puas bercerita tanpa kecewa tidak didengari. Dengan menulis, aku tidak risau jika tiada pendengar. Aku hanya menulis, tanpa mengharap akan dibaca. Hanya dari menulis, aku puas. 



N. Hida
Penulis yang sepi
Klang, Malaysia. 




Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)