Passion or ....

PASSION or.....


15 minit masa aku habis memikirkan perkataan bahasa melayu yang paling tepat untuk ku terjemah perkataan "passion" dan "passionate". Lemah sungguh bahasa melayu aku. Bukan nak guna banyak kali pun, cuma nak guna untuk tajuk entry kali ini sahaja. Eh susah nya! Jadi aku biarkan entry ini bertajuk "passion or..." lalu aku teruskan dengan isi. Mana tahu, timbul perkataan bombastik dari pundak aku nanti. 


Idea yang aku nak luahkan kali ini adalah tentang hati tidak boleh dipaksa. Hati bukan dibuat-buat. Hati bukan ikut-ikutan. Hati apa? Bukan hati cintan cintun ye. Ini kita cerita tentang passion dan passionate. 
Kegemaran dan hobi. 
Kecintaan dan keterujaan. 
Keminatan (ada ke perkataan ni?) dan kesukaan. 
Pada apa? Pada apa sahaja.


Macam apabila kita tengok trend orang tiba-tiba semua nak main kucing. Semua pakat nak lawan kucing sapa paling gebu. Semua pakat nak kata kucing dia kucing parsi. Maka berlumba-lumba orang mencari kucing parsi. Tapi hakikat? Terikut-ikut dengan orang je. Termakan dengan igauan palsu. Kau ingat senang bela kucing parsi? Kalau tak cukup "passion", 2 bulan je aku cakap kau, 2 bulan je kau mampu bela. Dengan bulu nya, dengan tahinya, dengan sikat menyikatnya, dengan makanan bak raja nya, vitaminnya, pasir nya, tear stain nya, tangle nya, pendek kata, kau bela nanti baru kau tau. Baru kau sedar kau sebenarnya memang "passionate" pada kucing parsi, atau kau sebenarnya hanya "adore" GAMBAR kucing parsi cantik je. Ingat senang nak maintain kucing parsi jadi cantik macam dalam gambar google? Boleh, kalau kau ada cukup "passion" untuk menjaga kucing parsi.


Itu baru satu contoh. Contoh lain, trend sekarang orang berduyun-duyun dengan bangga nya share dan mengaku bahawasanya mereka traveller dan mereka adalah backpacker. Eh, trend eh? Memang trend. Sebabnya dah macam ikut-ikutan. Orang lain buat, kau pun nak buat. Masing-masing nak tunjuk dia paling hebat travel. Masing-masing nak tunjuk dia paling backpackers. Masing-masing nak tunjuk dia travel paling rendah kos. Travel itu bagus. Pergi lah manapun nak pergi, lama mana pun nak pergi, cara apa pun nak pergi, berapa banyak mana pun kos nak guna, at the end, bukan itu ukurannya. Pergilah berjalan merata dunia pun, tapi jangan tinggalkan otak dan hati. Mengembara dan berkelana seharusnya membesarkan jiwa dan mengembangkan akal. 


Ukuran harga dan bilangan negara bukan penentu pengembara sejati. Ada orang berkelana serata dunia, namun masih pulang dengan diri yang lama. Yang hanya dikumpul, hanya selfie di landmark utama dan check in location di "social media". Pengembara tidak memerlukan 50 negara untuk dia belajar sesuatu tentang dirinya. Kadang kala, satu destinasi cukup untuk membuka jiwa dan hati, melihat dari mata berbeza, menilai dari hati berbeza, menerima dengan jiwa berbeza. Hanya satu tempat, cukup untuknya menjadi manusia berbeza. Dia pulang tanpa 1000 gambar, tapi dengan 1000 makna. 


Perkara sama boleh jadi pada benda lain. Macam tiba-tiba kau rasa kau suka baca novel, sebab terikut dengan seorang member di muka buku yang asyik kongsi sinopsis novel-novel. Lepas kau borong 30 biji novel di big bad wolf baru kau sedar yang kau sebenarnya tak boleh duduk lama-lama mengadap satu novel. Baru baca 3 muka surat kau dah bosan tahan gaban. Baru baca 1 chapter kau dah menggelupur nak check handphone.


Contoh lain? Kau rasa macam rupanya kau ni suka buat dan hias kek. Cantiknya tengok gambar kek cantik-cantik. Nampak macam senang je orang tu deco dalam video youtube tu. Kau pun belilah segala peralatan dan bahan. Siap pergi kelas belajar deco cake. Lepas tu? Baru kau sedar bahawasanya tensyen ya amat nak hilangkan minyak pada bekas-bekas isi krim tu. Lepas tu sinki kau berminyak-minyak. Lepas tu sinki kau tersumbat. Baru kau tahu benda paling teruk dalam deco cake adalah membersihkan bekas-bekas krim dan loyang-loyang. Maka minat kau terus padam. Cukup lah sekali kau bakar dan hias kek sendiri. Lain kali tempah aja lah. 


Sound familiar? 


Passion bukan sesuatu yang dibuat-buat. Bila terikut-ikut dan buat-buat, jadi banyaklah tak kena. Kerana terpedaya dengan luaran yang cantik-cantik sahaja, bila dah tau sedalam-dalamnya, semuanya serba tak kena. Semuanya hanya kerana tak kena dengan jiwa. 


Passion bukan lahir dari cantiknya gambar kek, gebunya gambar kucing parsi, indahnya pemandangan sesuatu tempat, atau menariknya cerita novel yang dikongsi. Passion bukan lahir dari kecantikan luaran. 
Passion lahir dari pemahaman yang mendalam. 
Paham cantik dan buruknya sesuatu itu. 
Paham tentang kecantikan disebalik ketidaksempurnaan. 
Paham tentang penerimaan seadanya. 


Jadi sebelum tiba-tiba buat sesuatu selepas melihat perkongsian di muka buku, tanya diri dahulu, "adakah aku akhirnya berjumpa dengan passion ku? Atau aku hanya terikut-ikut dengan rakan-rakan facebook" 



N. Hida
Klang, Malaysia



Menang besar masa HHP cat show. My 1st home breed alter boy. This is where my passion to persian and showing cats came from.



.....and its getting addictive day after day. The best things about cat show is not on winning (of course getting a beautiful rosette and generous prizes are good, but what i am satisfied most is showing my beautifully groomed cats, and hearing the judges says "nicely groomed cats" or "perfectly groomed" to my cats are enough to pay all the efford, money, and time spent. 


Gambar lama, di Phuket. Have to admit, that during that time, i was not travelling as a traveller but more like a tourist. I have many picture but not many to tell. 



Melompat lebih tinggi

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.