Melbourne Highlight: Queen Victoria Market

Antara tarikan di kota Melbourne adalah Queen Victoria Market. Ia merupakan antara landmark utama kota Melbourne. Kalau ke sana, tak sah kalau tak singgah di QVM ( Queen Victoria Market) ini untuk window shopping, membeli survenir dan keperluan harian. Untuk pengetahuan semua, QVM ini sangat lah besar dengan beberapa bahagian dan segment. Ada ruangan indoor dan outdoor.




Bahagian indoor, segment seafood


Untuk pengetahuan pelancong yang bakal ke sana, QVM dibuka 5 hari seminggu. Tutup hari Isnin dan rabu. Masa nya adalah dari jam 6 pagi - 2/3 petang. Jika anda berhasrat membeli barang mentah, i.e ikan, seafood, sayur, jika nak dapat harga murah datang lah jam 2 petang tu. Kebanyakan seller akan jual borong barang jualan mereka sebelum tutup niaga hari itu. Dapat la sebungkus yg around 1 - 2 kg pada harga 10aud utk fish fillet. Berbaloi-baloi. Seafood di sini semuanya fresh tau. Not frozen. Syiok nya soping rambang mata betul!





Australia sangat mengagungkan produk tempatan mereka. Mereka juga sangat mengutamakan makanan yang berkualiti dan bebas bahan radikal. Jika masuk bahagian daging, anda akan nampak papan tanda dari seller seperti "grain fed" "no hormones" "pure grass fed" dan "free range" bermakna lembu yang mereka jual hidup dalam suasana yg sihat tanpa di kurung, tanpa disuntik hormon, dan makan makanan yang sihat. Harga nya? Dah tentu lebih mahal dari daging lembu import (tapi tak nampak pon imported meat di dalam QVM). Kalau lah halal daging kat sini dah lama saya beli lamb shank dan ribs!!




Masuk segment lain, ada jual condiment dan rempah ratus serta general merchandise.  Menarik juga untuk di lihat. 


Olives

Dip n sauce 

Bahan2 kering kot


Segment-segment di atas ni semua terletak dibahagian indoor. Di bahagian outdoor pula, ada bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Bunga juga ada dijual di sebelah tepi.

Ni bahagian buah. Bahagian sayuran lagi menarik



Ada juga segment khas untuk organic produk. Sesiapa yang mencari sayur, dan bahan tenusu yang organik boleh terus ke bahagian ini.

Food court juga ada di QVM ini. Tetapi oleh kerana masa kami pergi itu bulan puasa, jadi kami skip laju-laju segment ini. Takut kelioq! 


Di bahagian belakang sekali, ada street shop. Haaa bahagian ini, tourist suka lah. Boleh cari survenir, pakaian, perhiasan pada harga borong. Nama pon street shop kan, macam uptown kita, tapi pada waktu siang dan lebih menarik kot barang-barang nya. Jika pergi weekends, area street market ini lebih meriah daripada hari biasa. Shops pon lebih banyak. 

(Saya x jumpa gambar bahagian street market ni dalam album sebab kami singgah street market pada hari yg lain. Sebenarnya saya pon x ingat ada ambil gambar atau tidak! Sibuk shopping aje)


Ini husband dan anak bersama hasil tangkapan pada pagi itu. Borong sakan ikan, udang, kupang segala hahaha. Syurga barang dapo!! 



Setiap kali pergi QVM mesti wajib beli oyster fresh. Favourite saya dan husband. Bagi abah try makan, abah pon dah suka! Sedap nya kelioq balik dah!!

Dan bawah ini... Hasil tangkapan pagi itu dah jadi lauk buka puasa malam hari nya...





Eh lebih-lebih tunjuk makanan pulak. Dah lari tajuk ni.


Ok lah. Ini sahaja sedikit sebanyak review yang dapat saya hidangkan kepada anda semua. Ingat tau, jangan lupa ke QVM jika anda ke Melbourne. Jika tak membeli belah pon, sekurang-kurangnya jejak kan kaki ke sana. Market ini wujud sejak 1878 tau. Bangunannya klasik dengan rekaan yang mengagumkan. Jadi memang tak rugi singgah kerana ia merupakan sebahagian dari sejarah Melbourne.


Ok, sampai ketemu lagi di lain masa dengan Melbourne highlight yang lain. Ok baiii~~~


Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.