POS MALAYSIA SUCK! CUAI CUAI CUAI!!!!

Ini bukan kali pertama aku mengalami masalah dengan Pos Malaysia. Dulu, aku pernah menjadi pelanggan setia Pos Malaysia sehingga peristiwa barangan dari luar negara aku sangkut di kastam dan aku melantik Pos Malaysia sebagai agen declaration. Nak dijadikan cerita, barang aku tu pecah. Aku hubungi pegawai atasan yang bertanggung jawab dan mereka mengaku sebiji daripada barang itu pecah ketika mereka membuka parcel (bukannya pecah dari mula sampai). READ CAREFULLY: pegawai (wanita) itu dengan selamba mengaku sebiji daripadanya pecah ketika mereka membuka dan periksa barang. pegawai wanita itu berkata, barang ini berinsuran, jadi siapa yang nak claim? Jadi saya jawab, SAYA lah nak claim, dah itu barang saya. OK. settle.

Aku ingat settle. Tapi bulan lepas (setelah beberapa bulan kejadian itu berlaku) aku menerima surat dari pos malaysia mengatakan bahawa aku tidak boleh menerima claim insuran itu kerana barang itu selah sedia sampai dalam keadaan telah pecah, dan pos malaysia tidak akan bertanggung jawab kerana barang tersebut di bungkus dalam keadaan yang kurang sempurna dan kurang selamat untuk perjalanan. Siap letak petikan akta untuk menyokong tindakan mereka itu (READ: untuk melepaskan diri mereka itu)

I was like... WHAT????? SERIOUSLY???

Memang aku hangin satu badan, tapi aku malas nak panjang kan cerita. lagipon aku dah dapat refund dari seller. jadi aku tak ada lah jadah sangat nak hadap duit pos malaysia tu. Tapi bagi aku, mereka tetap tidak bertanggung jawab dan kredibiliti mereka sangat-sangat tercalar dengan peristiwa itu. Aku tak pernah reveal selama ni sebab bagi chan, tapi nampaknya, sikap "negligent" mereka ini semakin menjadi-jadi, maka aku perlu juga reveal.


OK, tu kes 1. Kes kedua pula berlaku baru-baru ini. (sebenarnya kes-kes kecil banyak juga berlaku, tapi aku ceritakan kes yang agak besar sahaja lah)

Sekali lagi aku menerima barang dari luar negara. Aku check kat online tracking, barang aku telah berada di Sepang untuk pemeriksaan kastam. 2 hari aku tengok status barang aku masih di pusat kastam namun tiada surat kuasa dari Pos Malaysia yang aku terima (Pos Malaysia akan mengirim surat untuk bertanyakan samada mahu melantik mereka sebagai agen atau tidak) Jadi aku menghubungi pos malaysia sepang untuk kepastian dan aku juga bercadang untuk melantik Pos Malaysia sekali lagi sebagai agen declaration (bodohnya aku! dah terkena pon tak serik). Staff yang menjawab panggilan memberi tahu bahawa barang aku di tahan kastam. Dia bertanya sama ada aku menerima surat tawaran pelantikan dari pos Malaysia atau tidak.

Sudah tentu lah tidak! jadi staff itu suruh aku datang sendiri ke Sepang untuk membuat declaration. Dalam hati aku macam.... "laaaaaa..... macam tu pulak. Kalau aku boleh buat sendiri, dah lama aku buat kak oiii!"

Jadi aku mengambil langkah alternatif iaitu melantik agen luar. Nasib baik lah aku kenal beberapa agen declaration. Aku menghubungi agen keesokan harinya. Lepas berurusan dengan agen, tak sampai sehari, settle. Barang aku dah ada di tangan agen. Aku pon abaikan Pos Malaysia dan tak ingat langsung pasal hal ini lagi.

Sehinggalah 3 hari selepas itu, posmen datang ke rumah aku memberi surat pos laju dari Pos Malaysia Sepang. Ya, itu adalah surat pengesahan surat kuasa yang sepatutnya aku terima 4 hari lalu. Kenapa tak sampai? Sebab....

ALAMAT AKU SALAH.

J7946 mereka tulis J796. Aku periksa parcel aku semula.... alamat yang di tulis sender betul. J7946. Jadi mana mereka dapat alamat J796 tu? Nampak sangat kan salah siapa? CUAI!!!

Nasib baik aku dah ambil langkah pantas melantik agen sendiri. Kalau tak.... tak pasal kena bayar lagi pada kastam kerana lambat buat declaration. Kat sini, aku berterima kasih pada Pejabat pos Jasin sebab mereka gigih mencari alamat aku walaupon alamat salah dan nombor telefon pon tidak tertulis (WTF??!) Tercatit pada surat aku itu perkataan"cuba lagi". Mungkin pegawai pos jasin menyuruh posmen mencuba cari alamat itu sehingga berjaya. Tahniah dan terima kasih.

Tapi Pos Malaysia Sepang??? Minta maaf, anda sangat cuai dan sangat tidak bertanggung jawab.

Ok, sebut pasal alamat salah, ini kejadian paling terkini yang berlaku. Minggu lepas, aku pos 5 parcel. 4 daripadanya sampai dengan selamat (terima kasih). Malangnya satu daripada parcel kena return. Kerana hairan, aku check pada tracking online, tertulis alamat salah.

Aku refer balik alamat pada salinan kertas pos laju aku dan bandingkan dengan alamat yang penerima berikan. Betul, tiada salah. Malah aku confirm semula dengan penerima, alamat yang dia berikan. Pon tiada salah. Itulah alamatnya. Ada beberapa perkara yang membelenggu otak fikiranku ini...

1. Benarkah alamat itu salah? Jika salah di mana salahnya?
2. Jika alamat itu betul tidak tepat, mengapa tidak double confirm dan hubungi penerima tentang perkara itu?
3. Nombor telefon penerima ada diberi (dan tepat), mengapa tak hubungi penerima?
4. Mengapa terus return parcel tanpa menghubungi penerima atau sender?
5. Paling utama sekali, MENGAPA TAK HUBUNGI PENERIMA??????

Saya rasa, JIKA BETUL ALAMAT ITU ADA KURANG TEPAT, tidak ada salahnya posmen menghubungi penerima terlebih dahulu. Atau paling tidak, check alamat itu di database. Ingat peristiwa surat saya tak sampai kerana Pos Malaysia Sepang salah letak alamat? surat itu tetap sampai pada saya walaupon lewat, tidak pula return. Mengapa kali ini return pula?

Sudahlah begitu, saya kemudian cuba menghubungi pos malaysia melalui talian malangnya semua nombor telefon mereka tak boleh pakai! Semuanya tidak dapat di hubungi, sila cuba sebentar lagi. Apekah???!!!! Ape pos malaysia dah miskin sangat tak mampu hired tukang angkat telefon dah???

Oleh kerana nombor telefon tidak dapat dihubungi, saya menulis email laporan kepada HQ Pos Malaysia. Sehingga hari ini, tidak ada satu reply pon yang saya terima selain dari auto reply yang mengatakan "terima kasih kerana menulis kapada kami". Ingat dengan reply dari robot tu saya puas hati ke????

(Sedang aku menulis ni, barulah aku terima email balas dari pos malaysia. Masih panas-panas lagi saya terima tu. Saya harap mereka dapat handle masalah ini dengan baik, jangan sampai keluar entry lagi satu pasal hal ini pula)

Saya rasa, Pos Malaysia tidak mempunyai SOP yang seragam di seluruh cawangan. Dan saya juga merasakan tidak semua cawangan pos malaysia mengutamakan pelanggan.

Please lah ye Pos Malaysia. jangan sampai orang maki hamun anda baru nak buat kerja elok sikit.


regards;

pelangganmu yang keciwa






Comments

hilwaaz said…
Salam, boleh tak recommendkan utk saya a reliable 3rd party declaration agent? Saya ada barang dari US baru sampai di Sepang and need to be declared, dengar cerita brg pecah tu, risau plak saya. TQ!

BTW, you ada pernah kena tax tak?
hida said…
Agent can be anyone, tp sy mmg suka my agent ni sbb dia buat kerja bagus. Klw nk contact number, please email saya nnt saya bagi contact agent tu. rasa x secure pula nk letak nombor telefon kat sini.

Selama sy import barang dan beli oversea... Most personal item x pernah kena tax, tp brg2 yg obvious beli byk, consignment pon besar dan berat... Confirm kena tax punya. Jarang terlepas. Just be prepare lah duit cukai dlm 10 - 30% dari total price (include freight) . Cuma a good agent pandai nego dgn kastam, so maybe dpt la less.
didie said…
saya nak jugak ctc ejen tu bleh x? dpt dah surat cinta pos malaysia tu.xberani lah pulak nak appoint depa bile bace entry ni..

tp agak2 kalau saya brani gak nk appoint pos msia, brg ttp smpai gak kan kt penerima? lama xmasa die ambik nk proses?
hida said…
boleh appoint diorg ni, tp mmg ada charge handling + custom tax (jika ada). jika rasa2 hati tu berat nak kena tax, baiklah cari agen freelance yang buat. tapi kalau barang biasa2 dan rasanya lepas dari kastam boleh appoint pos malaysia. nnt barang lepas declare dia akan hantar ke pusat serahan yang terdekat dengan alamat. kena buat pembayaran dulu kat kaunter baru boleh ambil barang. diorg bukan hantar terus ke alamat
hida said…
boleh appoint diorg ni, tp mmg ada charge handling + custom tax (jika ada). jika rasa2 hati tu berat nak kena tax, baiklah cari agen freelance yang buat. tapi kalau barang biasa2 dan rasanya lepas dari kastam boleh appoint pos malaysia. nnt barang lepas declare dia akan hantar ke pusat serahan yang terdekat dengan alamat. kena buat pembayaran dulu kat kaunter baru boleh ambil barang. diorg bukan hantar terus ke alamat
Unknown said…
salamm..boleh bgi sy x no contact agent yg dimksudkan tu..
sbb sy ada barang dri luar negara nk ambil...tp xtau kaedah mcm mana nk ambil ...urgent sgt ni
emel di emel sy saiful_bassist@yahoo.com
Anonymous said…
Salam.. bole tak bagi contact agent tu di email saya: serendity_me@yahoo.com.

saya nk email awak, tapi xtau email apa.

saya ada nak ambil barang dr kawan belajar luar negara. thanks..
Anonymous said…
Salam.. bole tak bagi contact agent tu di email saya: serendity_me@yahoo.com.

saya nk email awak, tapi xtau email apa.

saya ada nak ambil barang dr kawan belajar luar negara. thanks..
Anonymous said…
Salam Kak, minta tolong sangat bg no contact agent tu.. Barang saya kena tahan.. Nak email akak, saya tak tahu email akak ape,, thanks Kak. muszaz@yahoo.com
Anonymous said…
salam kak, nak mintak no contact agen tu boleh? barang saya kene tahan kastam klia... saya nak email akak, tapi tak tahu ape emailnye.. akak email saya ye.. muszaz@yahoo.com. LOTS OF THANKS..
Unknown said…
as salam hida, nak tanya if kita dah lantik pos malaysia tu berapa lama ambil masa brg sampai ke pejbat pos berdekatan ye..then macamana nak tau brg tu dah ada di pjbt pos tu?tq
Anonymous said…
Slm kak,
boleh bg no hp agen akk..sy ada brg dr luar negara nak beli & nak kepastian apa jenis barang yg kena tax & brp kg bru kena tax. email: hrozaini332@gmail.com
Unknown said…
Salam kak... Boleh tak akak tolong saya bagi no contact agen declaration tu? Terima kasih... Email saya: adlaniqsuhaimi@gmail.com
Arry said…
Salam akak. My 1st time buying from oversea. Parcel saya sekarang di tahan di Kastam KLIA. Boleh saya dapat no phone agent akak tak. Email saya arryshy@yahoo.com. Terima kasih
Anonymous said…
Salam kak. Nk num agent tu jgk boleh x? And nak tnye klau nk lantik pos malaysia tu mcm mane eh? Email sy nurulsyaznasir@yahoo.com
Unknown said…
Salam kak, barang saya pun stuck di kastam��. Kak boleh dapat no phone agent kak tak?
Email sy e.musicangel@gmail.com
Anonymous said…
Salaam kak, barang saya pun stuck di kastam Klia. Boleh saya dapat no telephone agent kak?
Email sy : e.musicangel@gmail.com
Anonymous said…
salam kak. barang saya pun stuck di kastam dan saya pun tidak dpt surat mereka walaupun kastam klia sudah call. Boleh saya dpt no telephone agent kak tak? dan juga mana boleh lantik agent pos malaysia?
Email sy: e.musicangel@gmail.com
TERIMA KASIH!
Anonymous said…
Salam nak tanya berkenaan agen ni..barang tak sampai.tracking ems tak update..nak mohon bantuan..ada contact no tak?
Unknown said…
Assalamualaikum ..

sy ade masalah ttg penghantaran keluar negara. barang tak sampai dah 2mggu . tracking ems tak update. refer poslaju/klia xde jawapan dan menyakitkan hati je. mohon bantuan klau ade penyelesaian .

noorhafni@ymail.com
Unknown said…
Selalu brg yg berat ke kene tahan? Klu setakat dlm sekilo je n hntr plak sebagai gift pun kene blok jgk ke di kastam?
s15 said…
Ada kastam lihat KGM tapi biasanya value invoice tu yg jadikan manifes di hold sebagai k1 (borang kastam 1)
Elyna Rahim said…
salam kak boleh email no agent nya? elynarahim@yahoo.com
Unknown said…
Salam.brg sy di kastam.boleh email sy contct agen bertauliah email saya pacebookads@gmail.com. Tq byk
Nurul Afifah said…
Salam kak.. Boleh sy tau num contact agen tu? Barang sy juga ditahan..
michiru.afifah93@gmail.com
Nur faizah said…
Salam sis,kalau tak kisah boleh tak kongsikan dekat saya number phone agent tu. Barang saya kena tahan dekat kustom sekarang... Harap sis boleh bantu. Terima kasih sis.

Ini email saya:-
nursafiya.alisya25@gmail.com
Anonymous said…
Assalamualaikum Kak Hida,
Saya sangat memerlukan bantuan kak hida untuk pertanyaan mengenai parcel dari luar negara. Detailnya tidak dapat saya cerita di sini kerana terlalu umum. Saya mohon sangat kak hida dapat membalas comment saya pada alamat email peribadi saya seperti berikut : lady_heart@live.com.my . Saya jumpa blog kak hida pun dari engin search google mengenai parcel dari luar negara. Saya sangat mengharap kak hida dapat membalas komen saya di email yang saya berikan.
Anonymous said…
Assalamualaikum Kak Hida,
Saya sangat memerlukan bantuan kak hida untuk pertanyaan mengenai parcel dari luar negara. Detailnya tidak dapat saya cerita di sini kerana terlalu umum. Saya mohon sangat kak hida dapat membalas comment saya pada alamat email peribadi saya seperti berikut : lady_heart@live.com.my . Saya jumpa blog kak hida pun dari engin search google mengenai parcel dari luar negara. Saya sangat mengharap kak hida dapat membalas komen saya di email yang saya berikan.
Mr MM said…
haha kesian kt sis. lain kali saya suggest guna Viabox je :)

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)