Jalan yang berliku dan panjang

Dari sehari ke sehari, aku tengok blog aku ni semakin menyimpang dari topik asal. Aku pon sampai lupa dah yang aku ada blog kadang-kadang. Dah tak ada mood nak update blog. Asalnya blog ni tercipta adalah demi memenuhi masa lapang aku keseorangan di rumah. Suri rumah kan, lepas siap kerja-kerja rumah, sambil tengok baby (Juwita) tidur, tulis la blog.


Cerita masa tu pasal Juwita, pasal pengalaman baru sebagai isteri, ibu, suri rumah... kadang-kadang perkara remeh macam keluar soping baju anak pon nak di blog. Ye, memang remeh. Tapi masa tu benda tu macam 'big-deal' jugak la. Event family tahu! harus di blog. Sekarang ni, aku tengok semua benda tak de apa. no big deal. Tak ada topik nak cerita. Bosan. Hidup aku bosan.


Aku sedang melalui satu fasa baru dalam hidup. Kalau dulu aku kurang tidur kerana menjaga anak kecil, sekarang aku kurang tidur kerana membuat assignment. Sejak aku jadi 'student' semula (well, e-pjj pon consider student jugak kan) sejak bulan 9 yang lalu, sebenarnya sehingga sekarang aku akui yang aku masih 'adapting'


Honestly, aku memang dah expect course aku ini tough. Tambahan pula dengan background aku yang tak ada kene mengena langsung dengan financing. Tapi aku tak pernah jangka ia adalah se-tough ini =( Kadang-kadang, aku buat assignment tengah malam sambil menangis (kalau buat dalam bilik). Sambil aku push diri aku untuk buat, sambil tu aku menangis-nangis. Oh, lepas habis nangis lega la sikit rasa, lapang sikit dada. Huuu~


Aku rasa nak give up, tapi tak boleh give up. Aku yang pilih course ini, aku yang pilih nak sambung belajar. macam mana susah pon aku kena jugak harung.


Macam semalam, aku nak ke Tevara Vet kat Bandar Baru Salak Tinggi. Aku tak pernah pergi situ sendiri. Maksud aku, aku tak pernah drive sendiri ke sana. Biasanya suami yang bawa. Tapi semalam aku kena pergi sorang-sorang. Macam mana takut pon aku, aku terpaksa jugak pergi. Jadi, hujan panas pon aku redah. Sampai tol KLIA aku call doktor Rahim. Doktor Rahim bagi instruction baik punya. Aku berdoa je dalam hati supaya dipermudahkan perjalanan aku. Alhamdulillah sampai aku ke Tevara Vet tanpa sesat! Terima kasih pada doktor sebab bagi instruction yang boleh diguna pakai.


Relate dengan keadaan aku sekarang, jalan yang aku pilih sangat lah sukar. Jalannya tidak rata, berbengkang bengkok, berbatu batan, bersemak samun... habis luka-luka kaki tangan aku jatuh berkali-kali. Tapi nak ke tak nak ke, aku terpaksa bangun jugak, walaupon mengensot, aku kena teruskan jugak jalan walaupon sakit.   Walaupon sepanjang perjalanan aku menangis, tapi kaki aku tak boleh berhenti melangkah.


Ya, aku takut. Aku takut aku give up. Aku takut dengan impian aku sendiri. Aku takut dengan target aku sendiri. Sebelum daftar pelajar dulu aku dah kata pada diri aku, aku nak dekan setiap semester. Tapi dengan keputusan test baru-baru ni, carry mark aku pada assignment.... aku takut. Aku takut dengan target aku sendiri. Aku rasa macam aku tak mampu nak bawa.


Kadang-kadang aku rasa aku dah berusaha keras. Tapi rupanya, ianya tidak cukup. Bila kita mulai ragui kemampuan diri... dan kita mula patah hati.... syaitan merasuk dalam diri, supaya berhenti.


Ia bukan tentang aku ingin memenangi sesiapa. Tapi tentang aku dengan musuh ketatku, iaitu diriku sendiri.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)