Hotel Review: Nilai Spring golf and country resort

(ada 2 entry dalam draft, tapi kena hold dulu sebab tak kena dengan mood masa kini)



Berlaku seminggu sebelum kami berangkat menunaikan umrah. Dah alang-alang kami kena ke Nilai untuk kursus umrah (yang sebenarnya tak ada pon kursus pada hari itu), dan kemudiannya malam itu kena ke Senawang sebab ada kenduri untuk jemaah-jemaah yang nak pergi umrah, jadi lepak la kejap kat Nilai Spring ni sebab dah janji dengan Juwita nak duduk hotel.


check in sangat mudah kerana dah booking dengan full payment.


Owh, sangat la seronok hotel ni, sebab dia ada club house. Aman dan tenteram sebab jauh dari bandar, dan memang tersorok (kerana di kelilingi oleh padang golf). Oleh kerana itu, pemandangan adalah padang golf dan pengunjung pon rata-rata foreigner yang berpakaian sukan; samada mereka nak main golf, atau nak ke sport club.


sport club dia...


Seperti biasa, bila nak booking hotel di Malaysia ni, kami akan memilih untuk booking online di Agoda. Yes, http://www.agoda.com/. Memang berbaloi-baloi. Kalau tak percaya cuba lah survey sendiri harga dia...


Bilik kami, katil queen, tapi aku malas nak tangkap gambar haritu. Malangnya kami tak ambil breakfast, jadi pagi esoknya aku call room service saje untuk order omelet yang berharga RM15. Nasib baik sedap sebab kalau ikutkan, daripada rupa dia, tak begitu mengharap...


nyum nyum...


Swimming pool dia kecil sahaja, tapi kiddy pool dia siap dengan tema air, jadi Juwita sangatlah suka. Pool dewasa, dari 1 meter ke tempat paling dalam hanyalah 1.8meter. Aku main kat 1.8 meter saje sebab sebenarnya aku masih bertarung dengan trauma aku. Sejak aku hampir lemas itu hari, aku sangat terbayang-bayang ketakutan itu. Walhal bukan tak tau berenang, bukan x tau water treading... tapi ketakutan itu mengatasi segalanya =( =(


pemandangan dari dalam lif. Nampak padang golf dan kiddy pool.


Berbalik pada cerita hotel ni, keseluruhannya, kami puas hati. Best la untuk orang yang nak get away kejap dari hiruk pikuk bandar dan hilangkan stress bekerja. Hotel ni rasanya 4 bintang. range harga adalah RM200+++ (di agoda), kalau booking direct rasanya 300+++ atau 400+++


bergambar sebelum pulang...

Sekian.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)