Keliru

banyak betul group kat facebook. Group "ibu mengandung" la, group "ibu breastfeeding" lah, group "ibu-ibu bekerja" lah, banyak group untuk ibu-ibu ni. Kalau yg suka kucing pulak, ada group "pencinta kucing". Tak cukup group "pencinta kucing", ada pulak sorang lagi buat group "saya sayang kucing.. miaww... miaww". Tak cukup jugak, ada lagi yang buka group "kucingku kesayanganku". Masing-masing nak buka group, masing-masing nak jadi admin.


Yang aku tak paham tu, tajuk group "pencinta kucing" tapi post kat wall semua pasal penderaan kucing lah, orang myanmar makan kucing lah, kat cina orang bunuh kucing berjemaah lah, pompuan pijak anak kucing sampai mati lah, pengkid bunuh kucing lah... Mak confuse nokkk~~! Sampai dah banyak orang komen baru lah ada kurang sikit orang share benda-benda kejam camtu.


Sama lah juga dengan group yang dulu hot tu, "saya benci tindakan orang yg buang anak" or something like that lah. Tak sanggup aku nak masuk pon!!!! Gambar tak ada sensored, kejam-kejam gila, bersepai sana sini, lebam-lebam... Sapa yang nak tengok????? Katanya orang yang join group tu semua benci dengan tindakan orang yang buang anak, so wat pe nak tatap muka arwah-arwah baby tu semua? saiko apee???? Kalau ko ingat boleh bagi pengajaran pon, kat sapa? ko ingat orang yg membuang anak tu nak masuk ke group "saya benci tindakan orang yang buang anak" tu? Aku tak rasa group tu sampai pada sasaran kalau gitu. Aku sendiri tak sanggup nak cemari wall aku dengan gambar-gambar melampau macam tu. Seriau!



Ntah ape-ape je.



keliru. (sila nyanyi lagu keliru ajai dan nurul untuk mendapat mood lebih mendalam)

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.