Sesungguhnya, sambil aku tulis entry ni, masih terbayang-bayang lagi kenikmatan fresh oyster yang diperah lemon juice malam itu. Lidah ni terkenang-kenang lagi pada kelazatan lamb chop, steak dan macam-macam lagi benda grill yang ada malam tu. Dessert dia... memang marbeles. Teh tarik dia memang kaww kaww...(kurang pahala puasa aku harini).
Harga untuk buffet di Laman Grill ni adalah RM55.50 untuk dewasa (harga minggu ke-2 ramadhan. 1st week ramadhan harga dia 49.90 je). Now tak pasti lah berapa dah harga dia ni. Tapi aku gerenti siapa yang mencuba tak akan kecewa dengan makanan dan suasana di Laman Grill tu. Ni aku cakap ni bukan sebab kena sponsor ke hape eh... aku bukan rapat pon dengan nuffnang atau mana-mana online advetorial nih.. Aku review sebab benda ni sedap dan layak mendapat review dan pendedahan. (kalau tempat tu tak best pon aku akan dedahkan jugak, supaya orang lain tak terkena.. kan?)
Cerita banyak pon tak guna. Meh tengok gambar je lah (sambil meleleh ayaq lioq)
oyster yang super sedap. Hubby makan sampai 8 ke 9 ketul tah O__O
dessert yang aku ulang2 dok amik~ sedap sangat! (especially yg bentuk macam dome tuh. my fav!)
Pasta untuk Juwita. Pon best gak nih. ada strip grill chicken.
Ada satu kaunter pasta kat sini, dia akan made to order korang nyer pasta ikut pilihan korang. So, pilih lah, nak pasta jenis apa, pastu pilih sauce apa, then pilih nak topping/ topup apa (ada mushroom, ada seafood macam udang dan mussel, ada strip chicken, then ada broccoli, dan macam-macam lah) Sambil tu, chef tu suggest lah apa yang sedap di padankan. Lepas tu chef tu akan masak terus depan korang dan terus serve atas pinggan. Seronok kan?
aku nyer pinggan. Spicy oglio olio tu sedap sangat! yang tepi kiri tu salad ayam dengan apple. pon sedap. (xde yang tak sedap kat sini. semua sedap)
aku nyer gak. ada cold seafood lagi. Mussel dia comel je. Manis tau sebab fresh. Udang lagi..
ni dia nasi dan lauk pauk kat bahagian tekak melayu. Aku tak jenguk langsung seksyen ni.
Banyak dah gamba.. mana nye grill nye??? hehe...
jeng jeng jenggggggg~~!!!!!!
Ni dia. Lamb chop ada, lamb cutlet ada, steak ada... macam-macam jenis bahagian daging ada. chicken wing pon ada, ikan pon ada. Sosej pon ada.
Lepas dah menkedarah dengan benda atas tu semua, kami rest kejap, pi solat maghrib kat surau. Eh... jangan ingat kitorang balik lepas tu. TAK DE MAKNANYA!. kata nak makan sampai lebam kan.. Apa lagi, sambung lah sesi ke-2 lepas solat tu. Lagipon buffet ni sampai pukul 10 malam. Banyak lagi masa kan... hihihi makanan pon tak tau nak luak (dah chef dia dok topup je). hahaha~
benda ni... dok ulang-ulang je semua makan... best sangat kisahnya.
tak caye nengok ni... haha~
Juwita sudahi santapan dengan buah apple. Banyak kali gak dia ulang-ulang makan apple je. Orang-orang dewasa ni ulang-ulang minum teh tarik kaww!
serius... memang sedap kat sini... tak caye tanya Juwita. (dah macam iklan power root 'saya menang moto' pulak)
OK. Perut dah kenyang. Dah happy, dah puas hati, dah bayar.. apa lagi, balik lah! time ni dah pukul 9 lebih dah ni...amik gambar kejap sebelum chalo
Akhir kata, kalau korang sedang mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga/ rakan/ reunion ke... boleh la consider Laman Grill. Bagi aku harga buffet yang dia letak tu sangat berpatutan lah kalau nak diambil kira dengan lokasi dan suasana tempat tu yang aman tenang (macam makan BBQ dalam taman), beserta dengan menu dia yang bertaraf hotel 5 bintang... memang berbaloi sangat! MUST TRY!
kat bawah ni ada flyers buffet di Laman Grill beserta list menu nya sekali. Memang terkeliur kan? Oh ya, kalau taknak buffet, mereka juga ada hidangan ala-carte bulan ramadhan. Boleh check out facebook mereka untuk maklumat lanjut. Reservation pon boleh dibuat melalui facebook aje. Senang kan? facebook laman grill
ok. Semoga puasa anda hari ini diberkati. Aminn~
~ next entry: Ole-ole bali @ empire mall
Comments