Langkawi Island Part 2: half day city tour


8/7/2011 Day 2


Hari ke-2 di Langkawi. Aktiviti kami adalah City Tour by car yang telah di arrange oleh pihak hotel.


Pakcik driver aka pemandu pelancong. Dia ni taxi driver juga.


Pakcik driver sampai pukul 9 pagi, dan kami terus gerak tanpa membuang masa. Dalam perjalanan, pakcik driver arrangekan perjalanan kami. Jadi kami setuju dengan rancangan berikut:

1. Oriental Village, Cable Car

2. Beras terbakar

3. Makam Mahsuri



Oriental village.

Boleh nak jalan-jalan dalam ni. macam-macam kedai dan aktiviti ada... tapi kami proceed terus ke cable car. lagipon pagi lagi, tak banyak kedai dah bukak.




Cable Car

Mengikut kata pakcik pemandu pelancong, kalau tak naik cable car, macam tak ada maknanya datang Langkawi. A Must Try. Jadi, Letak tanda Wajib kat cable car yeh. Tiket berharga RM30 untuk dewasa, Juwita kena RM20. Kalau datang time happy hour (pukul 5 -7 petang) dapat separuh harga.


Gambar dalam cable car diambil oleh couple arab dari Lebanon. Honeymoon kot, lupa pula nak tanya. Aku tengok wife dia teringat Nancy Ajram. Lawa betul!


Ni sampai ke peringkat pertama, sebelum tukar cable car untuk naik lebih tinggi.


Dah sampai atas sekali, ambil gambar sat, tengok pemandangan laut andaman yang sangat cantik, pastu turun tangga pergi ke jambatan tergantung yang merentangi 2 buah gunung ni. I must say, kalau tak pernah senaman, mengah jugak kot nak lalu tangga ni. Hik hik hik~~


turun ok lagi, nak naik kang... ada pulak yang pancit. Jadi dinasihatkan, pakcik makcik yang tak larat tu tak payah la turun sini....


Bayangkan, odw balik lalu sini, aku naik tangga ni sambil dukung Juwita. Pergh! memang workout gila lah! Banyak betol kalori aku terbakar.hik hik hik~~


sampai pon akhirnya... tengok si kenit ni tak tau takut langsung. Suka lagi ada la! Angin kuat gile beb! tu yang layannn je tu~


mesti uwan dia ngeri nengok cucu dia cenggini.. hik hik hik~


look what i found 709 meter above the sea level..... bunga senduduk! haha~


Dah puas hirup udara 709 meter above the sea level, naik balik kat tangga tadi, untuk catch up cable car turun.


Habis cerita cable car.




Makam Mahsuri

Dalam sejam lebih sikit selesai kat cable car, terus ke Makam Mahsuri. Makam ni kena bayar tau. Tak ingat pulak berapa (tapi tak mahal mana), bebaloi gak nak masuk sebab dia dah jaga elok, siap muzeum, semua ada.


Aku nasihatkan korang tak payah la nak ambil gambar dengan makam mahsuri ni. Aku tengok ramai yang sibuk nak bergambar dengan makam/ kubur arwah. Hello, dia orang islam, kau orang islam, sedekahkan al-fatihah cukup lah. Adat resam mana pulak kalau melawat kubur kena amik gambar dengan kubur?

Seperti yang aku cakap, macam-macam ada dalam ni.... ada perigi mahsuri. Dingin betul airnya~


ada replika perkampungan kedah. Boleh naik rumah dia ni..



Ada juga flora dan fauna dalam ni..


teman juwita tengok bangau. Dia nak tanya bangau tu macam mana engkau boleh kurus...macam aku... hahaha~


Kemudian, ambil gambar terakhir sebelum proceed ke tempat seterusnya...




Beras terbakar.

Masuk adalah percuma.

Untuk pemahaman yang lebih jitu, korang perlu masuk makam mahsuri dulu untuk tengok sejarah dah lagenda mahsuri. Nanti baru korang paham bilanya berlaku peperangan siam dengan kedah yang menyebabkan berlakunya kejadian beras terbakar ini.


Nak tau, pergi sendiri. Takkan semua aku nak cerita pulak.



Dulu masa kecik datang sini tak de pagar, sekarang dah ada pagar. So tak boleh la korek lagi beras terbakar tu. Agaknya beras terbakar kat sini pon dah habis kena korek. haha~

Kat area beras terbakar ni adalah tempat membeli kain batik dan survenir yang boleh dikatakan murah. Kalau nak beli kain batik, t-shirt buat buah tangan elok cari kat sini. Memang harganya lebih murah berbanding tempat lain sekitar Langkawi.



Disebabkan hari itu hari Jumaat, maka pakcik tu strict sikit lah. Kena settle by 1pm. Tak boleh lewat. Kalau buat hari lain, boleh kaw tim sampai petang pon takpe. Tapi wa cakap lu, memang letih city tour nih. Half day pon cukup lah. Tak payah la sambung sampai petang... hihi. Tapi kalau korang nak shopping, gunalah masa dan kudrat yang terlebih tu untuk ke pekan Kuah petang tu. Pergi lah cari barang-barang yang duty free yang kononnya murah sesangat tuh. Kami lebih selesa untuk bersantai sahaja.

4 jam city tour memang sedang elok je. Kami dapat cover 3 tempat. Balik dah letih.


Pukul 1 balik hotel semula, lunch dah tersedia. Badan letih, perut pulak dah kenyang... sampai bilik, terus pengsan! wahahaha~! Petang baru bangun, pergi swimming sebelum turun dinner pulak.


Malam rehat-rehat... aktiviti kami bersambung esok pagi.



Link ke entry berikutnya:

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu