kompilasi menu sepanjang 2 minggu lepas


Banyak sangat benda nak cerita sampai tak tahu mana satu nak mula. Nak cerita pasal jalan-jalan cari makan, tapi banyak sangat pulak. Takkan nak buat entry satu persatu pulak kan.. blog ni bukannya blog makanan.


So, aku mulakan dengan menu secret recipe dulu. Ni macam last 2 weeks jugak lah makan. Masa ni pergi jalan-jalan kat Aeon Bukit Tinggi. Hubby punya adalah Chicken Chop with Mushroom sauce. Ni ha dia gambar nya. Memang nampak menyelerakan, dan memang menyelerakan pon. Ini adalah set Lunch kat Secret Recipe ni. Chicken chop + Ice lemon tea = Rm15 ++. Agak berbaloi-baloi lah nak makan.




Ni, menu aku engan Juwita. Spaghetti Bolognese. Dia letak atas tu dengn mozarella. Tapi aku tak suka lah. Nampak sangat menyelerakan, tapi rasanya so-so aje. A bit dry, pastu cheese tu pon macam dah nak keras. I tell you, cheese is unnecessary pon. Tak payah ada lebih baik. Naik terkecik aku makan, sebab Beef Bologna dia kering. Juwita pon takmau -__-'




Ni, dessert. Golden Nugget. Nampak sedap, macam unik je kan... Ia sebenarnya adalah kek pisang ye kawan-kawan. Kek pisang yang telah di re-branding-kan menjadi kek yang exclusive. Bendanya adalah kek pisang + layer dengan Chocolate ganache + cover dengan golden nugget = super yummeh! Golden nugget tu actually adalah campuran kacang bersama caramel. Rangup-rangup manis gitu rasanya. Tu kot yang buat dia sedap. Sebab dia tambah extra flavor dan texture pada overall kek tu. Tak de lah rasa plain kek pisang aje, tapi dengan coklat ganache yang melted dalam mulut, pastu kena kunyah-kunyah pulak nugget tu, memang agak heaven lah. Mungkin ada yang kurang suka lah, sebab dia tak macam kek yang konvensional, tapi aku suka.




Habis cerita Secret Recipe. Bawah ni pulak masa makan di cafe yang terletak di Pusat Maritim Putrajaya. Lepas aje berenang, lepak sini jap... ingat nak minum-minum aje, tapi hubby dah order pulak Bihun Goreng Singapore nih. Aku apa lagi, order lah Ceasar Salad kan. Memang fav aku lah tu.





Pastu tangan gatal nak order deserts pulak. Mula-mula nak amik Peach Melba, tapi nampak pulak ada Brownies with ice cream. So, proceed dengan itu. maka sia-sia lah sesi renangan aku selama 35 minit sebentar tadi, kerana semua kalori itu telah di-replace dengan brownies tersebut. -__-' (tahniah dayah)





beg renang aku.....


Ok, cukup dulu 1 entry pasal makan-makan. Betapalah banyaknya aku makan sejak 2 menjak ni. Ni nasib baik tak cerita pasal apa yang aku makan sepanjang 2 hari balik jasin.. dengan udang harimau nya, pari nya, cendol nya, nasi lemak, roti canai, bihun goreng, nasi ayam..... adoi laaaa~~~~


Ok, esok start puasa ganti.







~ Next entry, taman rama-rama dan reptilia.

~ Sebunya perut makan roti pisang. Patutnya puasa harini, tapi apakan daya... tak terjaga pulak.

~ Cepat lah petang, cepatlah petang... hehehe

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.