warna warni makan malam ku


Aku suka bila hidangan yang aku nak makan tu berwarna warni. Buat nampak sedap dan menyelerakan lagi berkhasiat. Ye.. korang baca dengan betul, "BERKHASIAT". Maksudnya, warna warni disini bukan pada makanan seperti candy, kueh muih melayu, ataupon manisan yang berwarna warni, tapi pada makanan yang berkhasiat; ie natural color.


Contohnya, kalau masak ayam kicap, aku suka letak lada merah dalam tu supaya ada warna dalam hidangan dan nampak lebih menarik. Masa hidang dalam mangkuk pula, aku suka tabur daun bawang, supaya ada tambahan warna hijau-hijau pula.. buat tambah cantik plus, rasa lagi kick. Itu contoh untuk lauk pauk.


Ultimate kepada warna warni dalam makanan adalah pada hidangan favourite aku nih, iaitu salad. Bila aku buat salad sendiri, aku suka kalau ada pelbagai rasa dan warna dalam 1 mangkuk. Jadi seboleh-bolehnya perlu ada warna merah, kuning, hijau (dah tentu lah kan), putih, dan kalau ada stok, purple pon ada.




Dari segi rasa, ada yang beri rasa peppery, ada yang manis, ada yang kelat-kelat, ada yang masam, ada yang rangup, ada yang lembut, semua ada! Owh.. kepuasan dalam satu mangkuk. Kenyang pulak tu. dan, paling penting, Berkhasiat!






Eh.. ada pulak popiah otak-otak... hehehehe~~~ tambah 4 ketul untuk krupp krap krupp krapp.. buat rasa pedas2 sket. nyummm! (punyalah banyak aku letak rocket leaf/ arugula. Craving benda nih sejak haritu)




Untuk dressing, aku buat yang basic je. Extra virgin Olive oil + Apple cider vinegar + lemon juice + salt & pepper + raw honey = yumm! (sebab aku tak boleh la balsamic... tak leh terima kat hidung. haha~)


~ facebook agak lembab mengupload gambar aku. Agak-agak tutup tak facebook harini =P

~ Semalam adalah "pengalaman yang tidak dapat saya lupakan". Boleh buat karangan darjah 6 ni.

~ Bangun pagi dengan sakit-sakit satu badan, persis baru pulang dari mendaki gunung. Lama dah tak daki gunung!

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.