masak-masak sabtu: baked macaroni and cheese

(entry ni banyak gile gambar)


Sabtu minggu lepas punya aktiviti adalah mengemas rumah dan memasak sebelum packing kain baju untuk pulang ke Jasin, melaka. Jadi, pagi-pagi lagi aku dah mula menyapu, basuh kain, sidai kain, gosok bilik air sambil layan Juwita dan tengok cerita Barbie.


Tengah hari, aku masak nasi. Tapi Juwita taknak nasi pula katanya. Mintak mee pulak. Juwita ni, Mee dia adalah spagetti sebenarnya. Oleh kerana aku tengok macaroni ada, susu ada, mozarella ada, daging ayam ada, pastu yang paling penting aku baru beli frozen peas.... oh, buat baked macaroni and cheese lah!


Oleh itu kawan-kawan sekalian, mempersembahkan....... jeng jeng jeng!!! Baked macaroni and cheese!!! oo yeah~


bahan yang diperlukan adalah;

macaroni (of coz..)
frozen peas
ayam dada dipotong dadu
chive (ape eh... daun kucai ke daun bawang?)




untuk buat bechamel sauce. kita perlukan

butter + tepung untuk buat roux
susu segar
mozarella cheese
chicken stock (kalau takde, pakai la serbuk pati ayam tu bancuh dgn sikit air)
salt and pepper to taste




Owh.. mudah bangat nih!

1. mula dengan memasak macaroni sehingga al dente. (means hampir2 masak, tapi bukan sampai jadi lembut sangat. google lah sendiri maksudnya)


2. bila agak2 macaroni hampir-hampir al dente, masukkan daging ayam yang dipotong dadu serta frozen peas. masakkan sekejap lagi sampai ayam hampir masak. Dah sudah, toss kan benda2 tu semua.


3. Ok. Kita mula buat roux. Dengan memanaskan butter sehingga melted. Bila butter dah melted, masukkan tepung all purpose dan kacau sampai bersatu dan likat. Ini lah namanya roux. Dalam western cooking, roux adalah bahan utama untuk memekatkan kuah, especially kalau nak buat bechamel sauce/ sos putih (yang biasanya digunakan untuk membuat pelbagai jenis gravy, lasagna, dan banyak lagi). Benda utama yang buat Gumbo pon roux.. tapi roux tu dia masak lama sket, sampai perang.


1-2-3. teknik membuat roux


4. Kemudian masukkan susu segar. Kacau dan tengok kelikatan. Kalau terlalu likat, adjust dengan chicken stock tadi. kacau sampai takde lumpy, dan likat dia sedang elok. Means, tak terlalu likat, tapi tak cair. Tahap ini dah jadi white sauce/ bechamel.


5. Now, kita masukkan grated mozarella cheese, dan padamkan terus api. Kepanasan sos tu akan mencairkan mozarella tu.


(takde gambar untuk perkara 4 dan 5, sebab masa ni mmg kena full attention mengacau key... kalau tak kacau kuah akan melekat kat dasar, or worse, hangus kat bawah)


6. Masukkan bahan-bahan yang kita rebus sebelum ni, macaroni, frozen peas, dan ayam. Gaul rata, dan season with salt and pepper.




7. Masukkan dalam caserol dish. Tapi aku takde caserol dish (owh.. sangat sedih. patut mintak sebagai hadiah besday tahun ini). Aku masukkan dalam baking dish pakai buang ni je nyah~~


abaikan oven aku yang buruk tu T__T


8. Masuk dalam oven, bakar dalam suhu 190 drjah celcius (agak-agak la..) selama lebih kurang 25 minit ke 30 minit, dan permukaan menjadi keperang-perangan. Oh, ya.. masa korang buat roux tu semua, bolah la start panaskan oven. Ala.. macam lah tak tau kan.. hihihi~ Agak-agak dah 15 minit dalam oven, korang taburkan chive kat atas. Pastu sambung masak. Kalau tabur terus dari mula, nanti chive tu hangus pulak...


9. Taraaa~~!!!!! dah siap!. masa baru masak, dia akan jadi lembik sikit masa potong, sebab cheese tu cair lagi sebab panas. Sedap ooo makan time nih.. tapi kurang lawa lah time potong.




Bila dah agak-agak sejuk, dalam sejam dua lepas masak.. haa.. baru perfect. Cantik je bila potong tu.. tak de la dia meleleh-leleh... mozarella dengan bechamel sauce tu dah likat dan sebati. owh.. heaven makan di hari sabtu. lalalalala~~~




Haa.. apa kata korang pulak cuba kat rumah.. hihihi.








~ kan.. aku dah kata dah.. western dish, korang jangan celen aku. Boleh tahan hebat gak lah.. haha. Tapi jangan lah suruh aku masak kurma ka.. kari ka.. masak lemak ka... gua dengan merendah diri mengaku kalah awal-awal. haha.

~ minggu ni nak masak linguine carbonara pulak. zasss!

~ tahniah. Aku dah tak muat pakai levis jeans aku T__T. Nak jadi macam Giada... dia masak, tapi dia slim vouge seksi dan lawaaa gile!

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.