simple tapi complicated

Lelaki ini pelik sifatnya. Sukar difahami walaupon mereka sebenarnya agak simple. (ini adalah pandangan aku sebagai seorang wanita. Aku jamin, lelaki akan berkata demikian juga pada wanita jika ditanya)


Aku bagi contoh, kalau nak bersiap keluar rumah.


Wanita akan mengambil masa lebih lama dari lelaki. Kenapa? Kerana wanita tidak simple. Kami perlu sikat rambut, ikat rambut, pakai bra, underwear, pakai baju, seluar, anak tudung, lilit shawl, sematkan pin di sisi kiri dan kanan shawl, pakai losyen, sapu deodorant, pakai minyak wangi, pakai moisturiser, pakai compact, sapu lipgloss, kemaskan kening, oles eye liner, pakai jam, ... nah! kemudian kami check handbag, masukkan tisu, handphone, kunci, dan beberapa keperluan lain... baru lah siap.


Lelaki pula, mereka akan pakai t-shirt, underwear, seluar, jam, masukkan wallet dalam poket, masukkan kunci dalam poket.... siap!!!!! Bayangkan berapa banyak bezanya tu? Rambut pon tak perlu di sikat kerana pendek. Perfume pon tak sembur kerana budget wangi.


Maka adakah wajar dikata wanita itu lembab? Kami bukan lembab tapi kami ada lebih banyak perkara untuk dibuat untuk kelihatan presentable, manakala lelaki tidak ada! Namun, lelaki akan dengan mudahnya menjatuhkan perkataan lembab pada wanita. Adil kah itu?


Dalam situasi ini, nampak wanita itu complicted, tetapi lelaki adalah simple dan straight forward.


Sekarang, mari kita lihat contoh di situasi yang lain.


Wanita mudah mengalirkan air mata, manakala lelaki tidak. Apabila manusia menangis, secara rasionalnya, itu tandanya mereka bersedih. Apabila orang bersedih, secara logiknya, tentu dia mengharapkan untuk dipujuk. Sangat straight forward bukan? Tapi ia tidak pula difahami oleh lelaki!!! Mengapa?


Kerana lelaki jarang menangis.


Cuba lihat situasi ini pula. Apabila mengalami masalah. Wanita akan mengadu masalahnya pada seseorang. Tetapi lelaki memilih untuk berdiam diri masuk kepompong. Wanita memberitahu masalah mereka kepada suami, kawan, adik beradik atau ibu, kerana mereka akan rasa tenang begitu. Kami rasa sebahagian besar stress kami hilang bila kami berkongsi masalah dengan orang lain. Jarang sekali kami mengharapkan penyelesaian. Kami hanya mahukan pendengar yang setia, kerana menyimpan masalah di pundak seolah-olah terasa berat di dada, lalu menganggu pemikiran dan emosi.


Lelaki lain pula sifatnya. Mereka akan menyendiri dan berdiam diri. Orang kata, "masa menyendiri". Apabila terbuka hatinya untuk meluahkan apa yang terbuku, itu tandanya mereka mengharapkan penyelesaian dan perubahan. Mereka bukan nak kongsi masalah semata-mata. Mereka nakkan tindakan susulan!


Bab inilah yang wanita jarang mengerti. Kerana wanita biasa berkongsi masalah sesama sendiri, tapi kami tak pernah menghakimi bahkan tak pernah pula jadi problem solver. Kami hanyalah seorang pendengar yang setia.


Sesungguhnya, lelaki dan wanita itu sangat besar bezanya. Sampai adalah buku "man are from mars, woman are from venus"! Hanya satu yang mengikatkan lelaki yang wanita, iaitu cinta.


dan.... menyusuri alam rumah tangga itu adalah sangat gila jika tanpa adunan cinta!






~ berjaya buat red velvet cupcake!

~ hari ni ada kelas makeup.

~ seronoknya kelas renang semalam... walaupon mengah nak buat flutter kick!

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.