Tak perlu menunggu kesempurnaan untuk mengejar kejayaan

Haritu (secara hilang ingatannya, aku lupa hari apa dan waktu apa) aku dengar di radio Hot FM, Uztaz Izi tu punya sesi ceramah. Owh... sangatlah aku suka tajuk pada hari itu, iaitu;


Tak Perlu Tunggu Kesempurnaan Untuk Mengejar Kejayaan (or something like that laa... ahahaa)


Sangat betul!


Dalam ceramah dia, bagi contoh masa zaman nabi, berperang dengan puak kafir... tak cukup senjata, tak cukup tentera. Tapi tetap menang! Sebabnya strategi taktikal yang tepat dan betul. Selain tu, Jati diri yang kuat, mind set yang kuat.


Bila pikir-pikir balik... dalam situasi diri sendiri dan perniagaan sekarang... memang sangat tepat. Kalau pikir nak tunggu semua complete, semua dah lengkap baru nak start niaga... sampai bila tak akan mula-mula pon.


Aku, kalau ikutkan, masa mula sebagai makeup artist ni, bukan lah banyak sangat ilmu. Seciput ilmu tu lah aku bawak bekal ke hulu kehilir. Alhamdulillah, sambil kita buat job, sambil tu kita belajar. Expecially bila job makeup melibatkan ramai makeup artist, kita jumpa banyak yang pro-pro. Banyak benda baru yang dapat belajar dari mereka. Bila banyak makeup muka orang, macam-macam jenis muka kita jumpa. Dari situ pon kita dapat belajar, makeup macam mana yang match dengan bentuk muka dan jenis kulit mereka. Kalau lah saya tak berani nak start dari dulu... sampai sekarang lah saya makeup muka sendiri aje.


Barang makeup, sikit-sikit saya kumpul. Lama-lama tanpa disedari penuh lah jugak beg makeup saya tu. Sampai dah tak muat-muat dah... hihihi


Husband saya pula, kalau lah 6 tahun dulu dia tak berani nak start business, mungkin sekarang cetakbaju.com tak sampai ke tahap ini. Waktu tu, dia cuma ada sedikit ilmu mencetak baju (silk screen printing). Dari ilmu sedikit tu lah, dia beranikan diri ambil job pertama dia. Bila dah berjaya buat job pertama, rasa gembira tak terkata. Semangat nak buat lagi berkobar-kobar. Dapat job kedua pula. Begitu lah akhirnya sampai sekarang, entah dah berapa puluh ribu baju dia print.


Sambil dapat job tu, sambil tu dia makin mahir skill mencetak. Ilmu pon makin banyak, sebab jumpa berbagai jenis design dan requirement customer yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Dari situ dia belajar lagi dan lagi dan lagi. Daripada ilmu printing, kemudian berjinak pula dengan embroidery. Semuanya sebab permintaan customer.


Bila sampai satu tahap, job dah banyak sangat sampai tak mampu nak buat sendiri. Hubby upah pekerja pula. Jadi sekarang hubby cuma monitor kerja dan uruskan production agar berjalan lancar. Hmmm...... kalau lah dulu husband saya tak berani nak mulakan langkah pertama itu.......takkan ada langkah kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya... kan??


Maknanya, apa yang perlu adalah keberanian yang lebih sedikit dari biasa serta langkah pertama untuk mula.


heee.....








Sebenarnya,


Sekarang, situasinya begini. Saya nak daftar kelas renang, tapi tiba-tiba muncul perasaan gemuruh di dada. Nak-nak pulak bila saya disogok dengan cerita-cerita tak enak dari adikku dan mama. Sebenarnya saya bersemangat nak belajar renang, memang lah ada sedikit gentar, tapi tak le sampai freak out.


Excited pon ada sebenarnya.... tak sabar nak shopping peralatan renang. Tak sabar nak tengok macam mana rupanya swimming pool tu. Tak sabar nak jumpa coach. Semua tak sabar lah~!!


Cuma..... haish... why la kan.... the first step is always the hardest






~isu sebenar tak kena sangat dengan tajuk dan contoh situasi... lantak lah..

~ owh yeah.. harini ada ceramah dan perjumpaan majlis silaturrahim dan kesyukuran lah kat taska Juwita... tajuk adalah " Keluarga Sakinah melahirkan anak solehah" ~motif berpakaian muslimah hari ini

~ malas betul nak update website makeup T__T

Comments

hana said…
erm..
btol tu..
kalo x berani nk m'cube smpai bile pn x bjaye..
hehe..
niat tuk belaja berenang tu dh bgs...
x perlu sgt dgr kate orng..
cube dulu..
bkn bnde x baek pn..
heheh...
=D
Anonymous said…
x de butang save untuk file ekatalog kt cetakbaju.com.

nak tunggu load lambat.

harap boleh buatkan file untuk didonlod '-'

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)