Rauf sudah pulang, dan saya dapat ini.....


Rauf baru pulang Malaysia hari Jumaat lepas. Kami sekeluarga sangatlah seronok. Tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain (yang pulang setiap kali cuti semester....seolah-olah belajar kat UPM aje), Rauf ni adventurous orangnya. Summer break tahun lepas dia habiskan dengan bercuti ke serata Australia. Even cuti-cuti lain pon (walaupon cuti itu bertindih dengan raya aidilfitri seperti tahun lepas) dia tak balik. Oleh itu, 2 tahun punya kerinduan adalah seperti himpunan baju-baju kotor di rumah aku yang semakin hari semakin meninggi dan kian tengik dari hari ke hari. Bila dapat masuk mesin dan putarrrr itu washing machine, sangat lapang dan bahagia.


Aku tak ambil dia kat airport. Wahed sahaja. Kami semua tunggu Rauf kat rumah. Settle di situ. Sampai rumah, salam bersalaman, peluk-pelukan dan kemudian bacaan doa. (Nasib baik bukan kenduri doa selamat bagai...heh heh heh). Kemudian, sesi memberi buah tangah. wahhhh~!!!! semua ceria bagaikan menang moto!!!


Ain, dapat Ipod. senyum sampai telinga. Confirm mimpi indah 7 hari 7 malam. Wahed, settle dengan Lumix nya... waaahahaaa~~~~ aku??? hehehe... aku dapat hadiah paling berharga. Rauf pilih dari wish-list aku (sangat considerate dan prihatin + concern, kan dia???? kan? kan? kan??)


Owh.. juwita pon dapat tau.. dia dapat Barbie fashionistas. Bagi yang mengikuti Barbie, (samada ko peminat Barbie atau anak ko minat) mesti tau yang Barbie Fashionistas ni adelah koleksi terbaru dari Barbie. Kepala dia boleh bukak dan tukar-tukar untuk tukar style rambut dia. Juwita pernah mintak ni dulu, tapi aku tak layan sebab ini new arrival, maka tak ada Jusco sale jah~~ wahaha~~! So... bertambah lah saudara mara Barbie kat rumah aku tu... BTW, ni barbie Juwita yang ke-3. tengok... dah cukup dah 3 saudara dalam lemari tu.. Thanks a lot to Uncle Raop.




Aku pulak dapat benda nih...






hehehe... seronok! buku tu dah terletak di meja office aku. Memang rujukan paling lengkap dan complete untuk aku. Hadiah yang aku rasa paling match dengan situasi, kerjaya, minat, dan interest aku sekarang. Thank you sooo much!!!! MAC Angel lipstick tu pulak... aku dah ngidam sejak awal tahun lepas lagi. Entah kenapa tak beli-beli.. Rupanya tu petunjuk yang ada orang nak bagi FREE. hehehe~~~~patut la bila nak beli je rasa berat hati.. ngee~~


Selain tu, kami kenduri buah Ceri segar. Rauf beli 1 kotak kat sane... dia repack balik, sumbat masuk beg. Sangat sedap. Puas makan tanpa rasa bersalah langsung (sebab terlalu banyak).




Rauf juga bawa kan aku Raw Organic Honey yang sangat best. Dah aku cilok masuk beg semalam masa nak balik Shah Alam. haha~~~ puas lah aku makan Honey sebulan dua nih. Maaf orang rumah...




Rauf kata dia nak datang rumah aku. Tak sabar pula nak tunggu dia datang. Banyaknye plan aku nak buat masa dia kat sini nanti... bawak jalan, pergi window shopping tempat-tempat baru, bawak gi picnic, buat kek (apekah?..haha)... dan macam macam lagi lah.


hehee~~~~ hari yang indah......lalalaaaaaaa~~~





~ Rasa seronok je bila teringat yang rauf ada kat rumah.. walaupon bukan berdekatan sini..tetap seronok bila memikirkan yang dia ada di tanah air... haha!

~ 3 hari balik kampung, hancur diet aku. Tiap pagi menu nasi kooo! holiday kat PD lagi healthy..

~ wish list saya kembali UP UP dan UP!!!! banyaknye benda nak dapat!!!! (read: banyaknye benda nak beli!!!)

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)