lain di rancang lain yang terlaksana sebab Juwita suka taska.

Masuk office sampai pukul 12. Jemput Juwita kat taska. Lunch kat Shah Alam saja.... dan shoot ke Port Dickson. Itu planning hari ini. Malam ada BBQ dengan member-member hubby (si bujang-bujang terlajak) taklah.. gurau je...ada je yang dah kahwin.. heh heh heh...


Pagi tadi, rancangan asalnya adalah aku duduk di rumah, packing barang. Juwita stay dengan aku kat rumah. Tengah hari hubby balik rumah tukar kereta, dan kami shoot ke Port Dickson. Tapi Juwita taknak duduk rumah O__O apekah???!!!


Dia insist harini nak pergi taska. Taska bagus, Taska very good, Taska baru, nak teacher Siti, teacher Siti, teacher Siti...!!! ok.. Fine~~~~~ (tidak.. aku tidak terasa walau sekelumit pon) Sebenarya aku gembira dengan perkembangan positif anak aku => mulai suka ke taska dan happy pergi belajar. Yes! Aku puas hati setakat ini. Sangat ketara perkembangan sosial dan pembawaan diri dia. Dah tak nangis ke taska lagi, malah boleh babai ibu dan abah. Dah pandai cerita tiap petang harini belajar apa, nyanyi apa, buat apa kat taska. Malah dia sendiri cakap "taska Bagus"


Kalau tanya, "Aisha suka taska tak?" dia akan jawab, "taska baru kan.. suka!!" Ini taska kedua dia. Sebenarnya taska dulu tu cuma daycare saja. Kalau tanya Juwita nak pergi taska ke tak? dia akan jawab NAKKKKKK!!!!!!!! dengan kuatnya~


Jadi harini, setelah tak makan pujukan aku, malah melompat-lompat meminta agar dihantar ke taska (nasib baik taska buka harini), kami tukar plan. Hantar Juwita ke taska. Pagi tadi jugak lah aku bertungkus lumus packing barang ala kadar untuk aktiviti santai-santai kami di Port Dickson. Setelah habis BBQ malam nanti, kami shoot balik ke Melaka sebenarnya. Esok petang balik Shah Alam semula. Jadi tak ada apa sangatlah benda nak di pack pon.


dan.. maknanya aku sekarang berada di office. Yep. Office. I loike~~ (tapi rumah tak payah ceritalah...dengan berabuk, kotor, berdaki, baju tak lipat, baju tak sidai, baju tak basuh... segalanya ada.) Balik dari Melaka nanti wajib mintak off day untuk kemas rumah. Karpet pon dah berdebu jah~~~


Ok, last entry untuk minggu ni kot. Sebab tak plan nak bawa laptop. Oleh itu, see you guys next week and have a wonderful weekends~!!



xoxo







~ layang-layang lupa bawak pulak
~ happy sangat harini bila tengok perkembangan Juwita
~ ain, aku tak sempat beli detergent dan getah reben kau #__#

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)