early sign of aging


Bila umor dah melepasi 25 (walaupon aku rasakan 25 tu masih muda trang tang tang lagi), aku mula concern tentang early sign of aging. Memang lah, ramai orang cakap, "eh, 26 tu muda lagi la... lagipon aku tengok muka kau macam budak-budak je.. mana ada nampak tua! macam 14 tahun ade lah!" (ok, ayat last tu aku tambah sendiri)




Sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku telan je pujian orang-orang yang mengatakan muka dan tubuh aku nampak muda. (meaning dalam pemahaman aku, aku tak nampak macam mak budak, aku macam anak dara) ---gile daring punya masuk bakul.




Dalam hati, aku tau keadaan diri aku sendiri. Dengan pinggang dah tak align, punggung dah jatuh (atau mungkin perasaan aku je..entahla).. selalu sakit belakang, sakit pinggul, sakit bahu.. adoi... serius dah tua aku nih.


Oh, dan paling penting sekali, yang sebenarnya aku nak cerita kat sini adalah kondisi kulit yang mula menampakkan perbezaan. Kalau dulu aku tak hirau sangat pasal kondisi kulit. Kulit aku tak ada masalah. Normal, tak de jerawat tak kering. Sangat normal dan dicemburui rakan-rakanku. serius~!


Dulu, aku cuma ada pencuci muka je, yang aku pakai 2 kali sehari, so, sebulan lebih lah tahan 1 tube tu. Aku pakai Loreal je.. yang kaler hijau turqoise seingat aku lah... Tak de moisturizer, takde toner, cream ape tok nenek semua takde. Member aku siap ade bedak sejuk, mask, scrub bagai...


Start umur aku 26, aku rasakan kulit muka aku start berubah. Kalau tengok dengan teliti, ada bintik-bintik hitam kat bahagian atas pipi (apple of the cheek). Rona kulit tak sekata, tepi hidung kadang-kadang menggelupas, dan.. paling teruk, kat hidung mula nampak garis-garis halus!!!! ya! aku ada fine lines... kat hidung.. horizontal line ada kat batang hidung, kat puncak hidung ada vertical line. Sangat menakutkan hokey~~!! Kalau aku bangun pagi, kadang-kadang ada garis bekas tidur tu kan... sampai lunch hour tak hilang lagi! Maknanya, keanjalan kulit aku dah kurang. Kulit muka pon nampak kusam je.....






pergh... penat cerita kehuduhan muka sendiri. Meh sini aku cerita solution yang aku buat pulak.


Aku start google dan buat research pasal early sign of aging nih. Pastu, aku kan ada member baeekk punya expert pasal skin care... Tammy @ Miu @ Plus Size kitten tu (link dia ada kat sebelah tepi. aku malas nak letak hyper link kat sini). So, aku tanya dia semua pasal skin care yang target untuk skin damage dan early sign of aging.


Aku tanya dia, clinique ok ke tak.. brand kat guardian and watson macam hada labo dan beberapa produk lain ok ke tak... brand-brand yang dia pernah review sample pon aku tanya dia punya pengalaman sejujurnya. dan.......



Dia suggestkan aku 3 brand untuk dicuba




3. RMK


Selepas pikir segala aspek termasuk keberkesanan dan budget, aku pilih untuk mendapatkan Red Juvenus Shu Uemura. Kebetulan... tengah Warehouse sale... red juvenus tu sales sampai 50 - 60 % OFF!!!! Aku ape lagi, terus ambil peluang untuk dapatkan satu set terus.


Red Juvenus tu, kalau beli 3 barang ni, mau sampai RM660++. Tapi sebab sale aku beli RM380 je. Itu pon dah termasuk kos pos laju dan upah personal shopper aku (Tammy jadi personal shopper aku masa sales tu) Sangat puas hati.




Dan, sebab Tammy adalah sangat baik, dia dapatkan aku sample acai berry kiehls dan RMK product. Suka!!!! So, aku dapat try semua. (aku tak ingat lah pernah blog pasal ni ke tak.. tapi yang pasti ada satu album kat facebook aku pasal benda ni)


Red Juvenus ni, aku sangat lah suka. So far aku sangat berpuas hati dengan result yang dia beri. Tak sampai 1 bulan lagi aku pakai, tapi masalah kulit kering dah takde. Kulit muka aku pon tak nampak kusam sangat dah. Ade la berseri... ade la seri.... baru je berapa minggu pakai kan...itu pon aku perasan pagi tadi, bangun-bangun tido, nak cuci muka.. awat la berseri je muka aku nih~ wahahaha~~ glow gituh~~




Pencuci muka, Tammy belikan aku yang hijau ni, green tea. Red Juvenus takde pencuci muka. Yang bestnya pencuci muka Shu Uemura ni, dia Oil cleanser. Dulu aku agak skeptical dengan oil cleanser, sebab aku pernah pakai pencuci jenis oil, jadinya kulit aku naik bintil-bintil dan rasa berminyak! Tapi, Oil cleanser shu uemura ni sumpah sedap gile!!!! Serius bersih lepas cuci! Kalau pakai eye liner kohl, eye shadow tu semua dia cuci bersih sekali. tak tinggal apa. Kalau ada sisa eye liner tu, just wipe lembut dengan cotton, terus hilang. Pergh.. puas hati betul! Bau pon wangi....


Lepas cuci, aku pakai toner. Killer product Red Juvenus ni, the best ever.. adalah Vitalizing Refining Lotion work as a toner. Bau dia sedap.. pastu sejukk je bila pakai. terasa dia masuk dalam kulit dan baiki kulit aku (perasaan aku je ni). Lepas pakai toner, aku pakai pulak emulsion aka moisturizer. Memang terasa hydrate kulitku.


Masa cream malam, aku try-try lah guna sample yang tammy bagi. kadang kala aku pakai Acai beri, kadang kadang RMK. Dua-dua sedap! Memang lah 3 produk ni semua the best of the best lah. Cuma bergantung pada individu je nak pilih mana satu.





Cuma yang kiehls punya tu bau herba sikit. Ye la.. kiehls kan organic dan natural.. so, tak ada warna dan bau tambahan... tapi sedap la. Texture dia best kat skin.




So far, aku sangat berpuas hati dengan produk ni semua. Rasanya, ni lah produk terbaik yang aku pernah pakai, dan pelaburan untuk skincare yang aku ras paling berbaloi-baloi.


Last week pula, aku dapat satu lagi produk.. Body shop vitamin E capsule. Bukan makan eh, tapi cream sapu kat muka. Ni supaya muka nampak lebih radiance dan luminance la... excited gak nak try dan buat review, kalau ikutkan dari hari ahad haritu lagi aku nak cuba pakai dah. Produk ni pakai as a night cream.


Tapi sebab dia kena pakai 28 malam (sebab ada 28 capsul satu botol) non stop, maka hold dulu produk tu. Sebab sabtu aku nak gi Port Dickson jah... Kang sunburn lagi, tanned muka aku.. habis rugi 5 ke 6 ketul capsul kan.... membazir je pakai tapi lepas tu dok berjemur.


So, aku mengistiharkan aku akan start pakai lepas aku balik dari PD nanti.


Ok... cukup dulu. Oh, lagi satu, buat masa sekarang, 2 way cake kegemaran aku adalah bodyshop 2 in 1 compact! (itu yang aku guna sekarang) Aku bagi 4 bintang setengah!!!! yesss~~!!! (5 bintang tetap MSFN MAC. Terbaekkk!)


ok, daa~~~~xoxo





~ penat tulis entry nih...

~ masih di office, belum balik.

~ sabtu ni kami ke PD, makan BBQ. Lepas tu balik Jasin lepak-lepak. Takdak mood duduk hotel~

~ tahun ni aku menginjak 27 tahun. ooo yeah~~!!

Comments

AinSaniah said…
tangan yang pegang RMK sebuah tu tangan akuuuuuuu~~~~ lalala~

mood - nak interframe XD
Illiana Hidayah said…
nak try gaklah yang body shop tu...hehehehhe...

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)